GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label BANJIR14. Show all posts
Showing posts with label BANJIR14. Show all posts

19 April 2015

BANJIR KELANTAN: Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mulakan Operasi - SPAD


Bencana banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia penghujung tahun lalu merupakan banjir paling dahsyat pernah dialami oleh negara dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah berbilion ringgit. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian paling besar (KLIKSINI) akibat kerosakan teruk pada infrastruktur mereka akibat banjir. Hampir semua laluan pantai timur terpaksa ditutup untuk tujuan pemulihan semula. 


ANTARA laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilanda
banjir di kawasan pantai timur baru-baru ini.
Apa tidaknya, stesen kereta api yang terjejas akibat banjir ada 10 buah kesemuanya, dan ada di antaranya yang turut roboh akibat arus air banjir yang sangat kuat. Banjir yang berarus kuat juga telah memusnahkan beberapa batang jambatan di jajaran Gua Musang-Dabong. 


Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan 


Perkhidmatan bas henti-henti melalui Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan operasinya bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Kini penduduk setempat boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang sedia ada bermula sejak 13 April, 2015 lalu.

Menurut SPAD melalui kenyataan medianya, Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong, pada 14 April lalu.


Baru-baru ini juga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat mengenai keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut dan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh ditambahbaik.
.

21 January 2015

PLKN : Dikaji Semula Dan Ditambah Baik


PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan bagi remaja yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri serta mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional selain membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.




Pengerusi PLKN, Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid yang ditemui selepas majlis pengumuman tersebut di Putrajaya, berkata pengumuman itu melibatkan pelatih pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana pengambilan pertama sudahpun selesai.

“Ini langkah penjimatan oleh kerajaan... dan juga peluang yang baik untuk kita kukuhkan struktur yang ada.

“Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus-tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.

Ehsanuddin yang juga AHli Parlimen Kota Tinggi berkata, penangguhan PLKN itu boleh juga memberi rahmat kepada golongan lain, terutama mangsa banjir.

“Mungkin di Kelantan, sementara menungguh Kerajaan membina rumah kekal yang akan mengambil tempoh antara enam hingga sembilan bulan, kem PLKN dapat digunakan sebagai penempatan sementara. Kita boleh meningkatkan kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.

"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini.

Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.



12 January 2015

Siapa Menduga Musibah Banjir Dasyat Melanda Negara - Dato' Mashitah Ibrahim.


Bencana banjir yang menyaksikan 90,250 mangsa melibatkan penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis yang terpaksa berpindah adalah antara jumlah yang terbesar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Tentunya tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat ini akan melanda.

Hinggakan ada mangsa yang terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit dan bangunan-bangunan tinggi akibat kebanyakan kawasan ditenggelami air keparas yang amat mambahayakan.

Lebih sayu melihatkan anak-anak kecil dan orang tua terpaksa tidur tanpa ada khemah dan terdedah kepada kesejukan malam.

Bencana yang melanda turut menenggelami beberapa sekolah pondok. Kemeriahan anak-anak menimba ilmu lenyap dek kerana bencana yang melanda di beberapa negeri yang terlibat.

Namun, kita bersyukur dimana saat-saat tragedi dan bencana seperti ini berlaku, rakyat di seluruh negara menunjukkan tahap solidariti yang tinggi dengan mengetepikan sebarang kepentingan diri mahupun ideologi dalam membantu mangsa.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia mengambil tanggungjawab membantu dan sempat membuat beberapa tinjauan awal dan menghulurkan bantuan kepada Pondok yang terlibat disekitar negeri-negeri yang dilanda banjir.

Berikut senarai lokasi-lokasi Pondok yang terlibat dilanda banjir KLIK SINI.


Marilah sama-sama kita membantu, sekurang-kurangnya menghulur doa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa di lindungi Allah khendaknya... Amin.

BANJIR PANTAI TIMUR : Tiada siapa mahu ianya terjadi... - Pengerusi PLKN


Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat ditengelami banjir. Bencana yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur baru-baru ini, bukanlah banjir biasa, sebaliknya kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan menyayat hati.

"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..." 

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Dalam apa keadaan sekali pun, untuk mangsa yang terbabit membina rumah kekal sudah tentu mengambil masa lama. 




Pengerusi PLKN, Datuk Ehsanuddin membuat lawatan bersama Timbalan Menteri Pertahanan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.



Agihan bantuan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir 
di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas

Untuk membantu nasib dan kesulitan pihak mangsa, kerajaan mengambil inisiatif membuka beberapa penempatan sementara terlebih dahulu di beberapa lokasi pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.


Bagi tujuan itu, pada mesyuarat Kabinet yang diadakan kelmarin, Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu.

Pemilihan kem-kem berkenaan sebagai ‘rumah sementara’ keluarga yang kehilangan tempat tinggal itu akan membolehkan mereka ber­ada dalam keadaan lebih selesa. Ia kerana pelbagai kemudahan asas sedia ada di kem-kem tersebut daripada tandas, dewan makan dan bilik kediaman, akan menyenangkan mereka meneruskan rutin hidup.

Datuk Ehsanuddin (Pengerusi PLKN) di pusat PLKN meluangkan masa bersama peserta
yang terlibat dengan banjir di Batu Jong, Kuala Krai.
Namun, ada juga beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdepan nasib yang serupa. Di mana kira-kira 1,000 peserta PLKN terjejas dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamaakibat bencana banjir besar yang turut melanda kem-kem tersebut.


Kerja-kerja pembersihan pusat PLKN yang terjejas akibat di naiki banji

Antara kem terbabit adalah Kem Cenderawasih Cador di Marang, Kkem Saujana Jabi di Besut dam Kem Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu.

Manakala di Kelantan hanya satu kem PLKN yang terjejas iaitu Kem Batu Jong, Kuala Kerai dan Kem Tasoh di Perlis.

Bagi ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai situasi pelatih terbabit diminta menghubungi talian 03-4027 4747 atau emel kepada pelanggan@khidmatnegara.gov.my




11 January 2015

1000 Tan Bekalan Bantuan Mangsa Banjir - MCA


MCA telah menghantar sekurang-kurangnya 1,000 tan bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir di pantai timur setakat ini.


Bekalan itu mula dihantar pada 26 Disember lepas dengan tumpuan utama di Kuala Krai dan Gua Musang.


"Penghantaran fasa pertama bantuan makanan tersebut dilakukan menggunakan jalan udara (helikopter) kerana kedua-dua jajahan berkenaan tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat....

Manakala fasa kedua ini, kami akan fokus kepada keperluan asas penduduk seperti tilam dan pakaian sekolah untuk murid-murid terjejas banjir," 

- Datuk Wee Ka Siong



Sebanyak 6,303 helai pakaian seragam sekolah diserahkan dalam satu majlis ringkas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Cheng dan bantuan 
berkenaan akan diagihkan kepada 15 SJKC, dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) termasuk sebuah sekolah cina persendirian.


Dalam pada itu, Datuk Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap kerajaan negeri pimpinan PAS dapat mempertingkatkan agihan bekalan air bersih kepada penduduk.

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR
Sukarelawan diperlukan!
Berminat, sila KLIK pada poster dibawah:

Important Notice: 
Minimum volunteer age is 18 and must be in reasonably good health and medically fit.

6 January 2015

VOLUNTEERS WANTED: Jommm! Mangsa Banjir Perlukan Bantuan...


Semua pihak digesa tampil menghulurkan bantuan dalam meringankan beban mangsa banjir di negeri yang terjejas. Semalam Datuk Seri Liow turut membuat tinjauan ke beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu.

Turut serta Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Kelantan Datuk Dr Hou Kok Chung. MCA turut mengerah skuad bantuan krisis CRSM di kawasan terjejas

MCA setakat ini telah berjaya mengutip hampir RM3.5 juta dalam usaha membantu mangsa di negeri-negeri yang dilanda banjir, kata Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Selain daripada jumlah bantuan itu yang terdiri daripada RM2.26 juta dalam bentuk dana dan RM1.18 juta dalam bentuk barangan, parti itu juga telah menghantar 500 tan barangan kepada mangsa, katanya.

"Kami akan terus menghantar lebih banyak bantuan ke kawasan yang terjejas," katanya.



Berjaya Group of Companies adalah antara penyumbang terkini.

Mewakili pengasasnya Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corporation Bhd Datuk Robin Tan menyumbangkan sebanyak RM300,000 kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) sebagai usaha membantu mangsa banjir.

Mah Sing Foundation, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ng Chai Yong, menyerahkan sumbangan barangan bernilai RM150,000.

"Sekarang, dana tersebut akan digunakan untuk membina semula rumah-rumah dan kami sedang menggerakkan lebih ramai sukarelawan untuk membantu di kawasan terjejas," katanya pada majlis penyerahan bantuan bencana banjir di ibu pejabat MCA di sini, Isnin.

Beliau berkata CRSM akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk mengagihkan bantuan dan menggesa rakyat Malaysia menyokong kerja-kerja agensi kerajaan dan tentera untuk membantu mangsa.

Beliau berkata Kabinet akan bermesyuarat pada Selasa untuk mendapatkan lebih banyak cadangan bagi membantu mangsa banjir.


Ditanya bila perkhidmatan KTM ke Pantai Timur akan dipulihkan sepenuhnya, Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata pihaknya akan menilai kerosakan landasan kereta api berikutan banjir.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau telah meminta laporan penilaian kerosakan daripada pemimpin-pemimpin kampung baharu Cina dalam tempoh 24 jam.

"Terdapat sebanyak 607 buah kampung baharu di seluruh negara dan penilaian kerosakan telah dimulakan di Gua Musang, Kelantan," 
kata Datuk Wee Ka Siong.

Dr Wee berkata MCA telah membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, termasuk di daerah Kota Belud di Sabah.



MISI BANTUAN MANGSA BANJIRSukarelawan diperlukan!Berminat, sila KLIK pada poster dibawah:


Those who wish to volunteer or register to return to Kelantan can contact 
Youth Care Malaysia coordinator Nicole Wong at 
0123269069 or Sean Tan at 0166596888.
Important Notice: 
Minimum volunteer age is 18 and must be in reasonably good health and medically fit.

29 December 2014

MCA Janji Tolong Semua Pihak - Datuk Wee Ka Siong



Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini dikhabarkan semakin bertambah buruk. Antaranya negeri Terengganu, Pahang termasuk Kelantan yang terus bertambah buruk dengan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi berada di pusat pemindahan sehingga hari ini.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Namun begitu, bencana yang melanda dinegeri-negeri terbabit di lihat tidak dibiar dan terbiar begitu saja. Selain kerajaan pusat, bencana yang melanda turut mendapat perhatian dan bantuan dari pelbagai pihak termasuk NGO serta beberapa pemimpin kerajaan juga parti.

Ia membuktikan sekali lagi betapa tingginya sikap prihatin pemimpin-pemimpin tertinggi serta rakyat negara ini terhadap mereka yang ditimpa musibah.

Segamat di Johor, antara satu lagi daerah yang telah di naiki air, sejak kelmarin.

Yang menarik perhatian MP iaitu penglibatan serta bantuan pihak MCA khususnya Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dalam menangani keperluan mangsa banjir di seluruh negara.


Menyedari kesusahan yang dialami oleh rakyat. Ahli Parlimen Air Hitam, Datuk Wee Ka Siong telah mengambil sikap proaktif melawat selain membantu menyediakan keperluan pusat pemindahan banjir serta mangsa.

Dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini ketika melawat kawasan banjir di Pantai Timur berkata, pihak MCA amat prihatin dengan keadaan mangsa-mangsa banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur, terutama dari segi pengakutan barangan keperluan yang amat diperlukan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Beliau berjanji bahawa MCA akan memastikan barangan keperluan akan dibekalkan secara berperingkat kepada semua mangsa banjir dalam masa terdekat.

“Saya telah melawat beberapa kawasan banjir di Pantai Timur bersama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM (Crisis Relief Squad of MCA) Dato’ Lua Choon Hann. Kami memahami betapa desaknya mangsa-mangsa memerlukan barangan harian dihantar kepada mereka. Dalam perkara ini, MCA akan memastikan kesemua barangan keperluan diagihkan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dengan kadar segera.”



“Kami dalam proses untuk mempertingkatkan cara pengangkutan barangan keperluan ke semua pusat pemindahan. Pada masa yang sama, kami juga mengambil alternatif untuk menghantar barangan melalui jalan darat. Walaubagaimanapun, kami akan terus menghantar barangan keperluan yang amat diperlukan oleh mereka (mangsa banjir) sekarang.”

Beliau juga berharap agar mangsa-mangsa banjir lebih memahami dengan kesukaran yang dihadapi dalam proses penghantaran barangan keperluan tersebut, seperti kadang-kala helikopter tidak dibenarkan berhenti di sesetengah tempat dalam keadaan tertentu. Faktor-faktor sedemikian merupakan penyumbang kepada kelewatan barangan keperluan sampai ke pusat pemindahan.


“Walaubagaimanapun, MCA akan tetap menghulurkan pertolongan dari semua segi dan memberikan bantuan kepada semua pihak dalam usaha-usaha membantu mangsa banjir. Itu janji kami.” tambah Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong juga merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Nampak tak? Betapa bertanggung jawabnya pemimpin-pemimpin kita dalam Barisan Nasional. Bukan saja pemimpin UMNO, malah pemimpin dan parti-parti komponen yang lain tidak sekali pun melepaskan tangan dan melepaskan pandang dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang dalam musibah.







Baru-baru ini juga, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib turut mengarahkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dipercepatkan pada pertengahan Januari depan.

Keputusan itu diambil dengan tujuan dapat digunakan bagi menampung perbelanjaan terutama anak-anak mangsa memulakan sesi persekolahan awal Januari ini.

Selain daripada pengistiharan dana RM500 juta bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir... Datuk Seri Najib, bertindak tidak mengisytiharkan darurat bencana untuk Kelantan kerana katanya buat masa ini masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian selepas mengambil kira implikasi yang akan berlaku.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi pada kerosakan harta benda serta kenderaan yang sudah tentu kosnya adalah tinggi.

MP berpendapat, keputusan Perdana Menteri termasuk pemimpin, kumpulan NGO serta individu-individu yang sanggup meringankan tangan membantu nasib mangsa dengan segera tanpa mengira masa dan juga warna kulit.

Berbeza kalau kita lihat pada beberapa gambar yang tersebar di laman sosial, apabila menunjukkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang dan pelbagai berita mereka yang seperti langsung tidak mahu mengambil kisah. Antaranya seperti dibawah ini...

Apakah ini tindakkan dan sikap pemimpin atau sebagai rakyat Malaysia yang patut dipilih memimpin dan jadikan tauladan untuk kita?




Sebagai kerajaan, pemimpi serta rakyat dan sememangnya Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinnya, sudah tentu tindakkan kalian yang rela menghulurkan tangan membantu adalah wajar selain tepat dalam meringankan beban mangsa banjir.

Tahniah kepada kerajaan pusat dan semua pihak yang amat memahami dan prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi rakyat

Dalam kesempatan ini, MP turut tertarik dan mengambil kesempat mengucapkan syabas kepada sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim atas mencemar duli turun bertemu mangsa banjir, pada hari pertama Segamat di landa banjir dengan tiba-tiba kelmarin dan khabarnya kehadiran baginda ke tempat kejadian itu, tidak disedari mahupun diketahui sesiapa. 'Askod' pun takde? Kami bangga sebagai rakyat Johor.




Daulat Tuanku! Syabas Malaysia!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.