Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat ditengelami banjir. Bencana yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur baru-baru ini, bukanlah banjir biasa, sebaliknya kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan menyayat hati.
"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..."
Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Dalam apa keadaan sekali pun, untuk mangsa yang terbabit membina rumah kekal sudah tentu mengambil masa lama.
Pengerusi PLKN, Datuk Ehsanuddin membuat lawatan bersama Timbalan Menteri Pertahanan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.
Agihan bantuan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir
di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas
Untuk membantu nasib dan kesulitan pihak mangsa, kerajaan mengambil inisiatif membuka beberapa penempatan sementara terlebih dahulu di beberapa lokasi pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.
Bagi tujuan itu, pada mesyuarat Kabinet yang diadakan kelmarin, Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu.
Pemilihan kem-kem berkenaan sebagai ‘rumah sementara’ keluarga yang kehilangan tempat tinggal itu akan membolehkan mereka berada dalam keadaan lebih selesa. Ia kerana pelbagai kemudahan asas sedia ada di kem-kem tersebut daripada tandas, dewan makan dan bilik kediaman, akan menyenangkan mereka meneruskan rutin hidup.
Datuk Ehsanuddin (Pengerusi PLKN) di pusat PLKN meluangkan masa bersama peserta yang terlibat dengan banjir di Batu Jong, Kuala Krai. |
Namun, ada juga beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdepan nasib yang serupa. Di mana kira-kira 1,000 peserta PLKN terjejas dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat akibat bencana banjir besar yang turut melanda kem-kem tersebut.
Kerja-kerja pembersihan pusat PLKN yang terjejas akibat di naiki banji |
Antara kem terbabit adalah Kem Cenderawasih Cador di Marang, Kkem Saujana Jabi di Besut dam Kem Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu.
Manakala di Kelantan hanya satu kem PLKN yang terjejas iaitu Kem Batu Jong, Kuala Kerai dan Kem Tasoh di Perlis.
Bagi ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai situasi pelatih terbabit diminta menghubungi talian 03-4027 4747 atau emel kepada pelanggan@khidmatnegara.gov.my
Salam Datuk.
ReplyDeletePLKN memang wajar dan adalah aset penting kepada negara. Tahniah pengerusi PLKN. PLKN semakin dewasa dan dalam tempoh dua dekad Malaysia sudah ampuh dengan benteng tenaga rakyat yang bakal membawa negara kearah lebih gemilang , cemerlang dan terbilang.