Semua pun tahu, penubuhan rancangan FELDA bukannya dikhaskan dan semata-mata untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah FELDA terawal turtut menerima peneroka pelbagai kaum seperti Cina dan kaum India.
Bermula dengan membuka kebun-kebun getah dan menempatkan 30 orang peneroka pada 2 Ogos 1959, di bawah rancangan pertama yang dibangunkan di rimba Lembah Bilut, Pahang. FELDA terus mengorak langkahnya dengan membuka tanah-tanah rancangan sehingga mencecah keluasan lebih setengah juta hektar. FELDA mempunyai kira-kira 1.6 juta keluarga peneroka di 317 tanah rancangan.
Kini, FELDA telah berusia 58 tahun.
“Alhamdulillah berkat kesungguhan serta usaha pimpinan kerajaan yang tidak mengenal penat lelah menjaga kepentingan dan kebajikan warga peneroka supaya tetap terpelihara, FELDA kini giat merancakkan perniagaannya di luar negara.
Keputusan penggabungannya dengan golongan profesional bersama Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ternyata tepat dan tidak sia-sia. Malah, FELDA kini dilihat bertaraf konglomerat yang tersohor bersama perniagaannya yang berkembang luas ke serata dunia.
Dengan 'Penyenaraian FGVH' masuk ke pasaran utama Bursa Malaysia... Kedudukan dan nama FELDA tambah diyakini bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global.
Daripada soal jalan dan parit…kepada pelaburan kilang di Kanada, hotel dan restoran di Mekah, hatta mencipta sejarah…penyenaraian FELDA Global Ventures (FGV) adalah kedua terbesar selepas Facebook.
Terbukti hari ini, peneroka berkenaan bersama waris masing-masing berjaya terbang bebas daripada kancah kemiskinan. FELDA juga mendapat pengiktirafan sebagai penggerak utama dalam usaha membasmi kemiskinan di Malaysia.
Lebih jauh dari itu, selepas bersama FGVH, peneroka dan generasi baru dibawa melangkah lagi jauh ke hadapan di peringkat global menerusi penempatan perniagaan FELDA di seluruh dunia serta menjadikan FELDA antara syarikat tersohor dalam senarai Fortune 500.
Kejayaan yang di kecapi FELDA, sekaligus mengharumkan nama negara.
Terbaru, FELDA-FGVH buat kali-2 berturut-turut diiktiraf dunia dengan mendapat Anugerah Kecemerlangan Frost and Sullivan 2014 bagi ‘Syarikat Perladangan Kelapa Sawit Terbaik’,pada tahun ini.
Pengiktirafan berturut-turut itu, tentu sekali menjadi bukti kecemerlangan Malah, sebaliknya amat bersungguh dengan sedaya upaya lakukan yang terbaik dalam menjaga kepentingan dan kebajikan warga peneroka supaya tetap terpelihara dan terus cemerlang dimasa hadapan.
Tahniah dan syabas kerajaan yang sedia ada serta kepada FELDA dan FGVH dengan kecemerlangan sepanjang penubuhannya hingga menutup tirai tahun 2014.
Demi menjamin dan menjaga kepentingan warganya serta mengekalkan pencapaian yang cemerlang. FELDA perlu meneruskan usahanya mencari pelaburan yang boleh memberi pulangan lumayan atau baik kepada FELDA untuk jangka sederhana dan panjang.
Dengan adanya hasil dan keuntungan yang berterusan, ianya pasti dapat meningkatkan modal pada dana untuk FELDA membuat pelaburan semula ataupun pelaburan baru yang lebih menguntungkan.
Dengan adanya hasil dan keuntungan yang berterusan, ianya pasti dapat meningkatkan modal pada dana untuk FELDA membuat pelaburan semula ataupun pelaburan baru yang lebih menguntungkan.
Namun begitu, pihak kerajaan juga tidak akan menghentikan pembaharuan FELDA setakat ini sahaja dan akan membuat banyak lagi pelaburan yang menguntungkan dan keuntungan itu akan dipulangkan semula kepada masyarakat.
Kalau di renung dalam-dalam, apa yang sebenarnya... FELDA tidak mendapat apa-apa kerana semua yang dilakukan adalah demi golongan peneroka. Hasilnya juga dapat kita lihat bagaimanapun kehidupan para peneroka kini bertambah baik.
Sama-samalah kita (peneroka) renungkan. Kita ada saluran dan sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik. Siapa yang bakal untung jika para peneroka Felda berpecah-belah hanya disebabkan hasutan luar.
Sama-samalah kita (peneroka) renungkan. Kita ada saluran dan sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik. Siapa yang bakal untung jika para peneroka Felda berpecah-belah hanya disebabkan hasutan luar.
0 comments:
Post a Comment