#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 Januari 2015

'Sekolah Pondok' Tidak Dipinggir


Jika disoroti sejenak, kisah tentang 'Sekolah Pondok' di negara ini, ia bukannya suatu yang baru dan tentunya ia suatu yang tidak asing bagi umat Islam di Malaysia..

Sistem pengajian 'pondok' yang pada dulunya mendapat sambutan tetapi kian merosot permintaannya akibat
 kesan arus perubahan dan kemajuan negara. Lahirnya sistem pendidikan formal dan moden serta sekolah-sekolah agama yang menggantikan sistem pondok.

Walaupun institusi ini mengalami pasang surut, para alim ulama dan guru tidak pernah berpatah hati dan berputus harap sebaliknya terus berusaha memperjuangkan institusi Islam dan warisan Rasulullah S.A.W. ini.


Hakikatnya institusi pondok telah banyak melahirkan ulama besar, ilmuan agama, pegawai-pegawai agama di negara Malaysia ini.

Ia terbukti apabila institusi serta sistem pengajian pondok ini bangkit semula mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-20. 

Kejayaan ini adalah hasil usaha para alim ulama terdahulu yang telah berjaya melahirkan ramai anak murid berkebolehan dan menanam semangat kecintaan mereka dan masyarakat terhadap agama Allah.



Sebab lain yang mendorong masyarakat menerima semula institusi ini adalah kerana kitab-kitab yang digunakan telah diterjemah oleh para guru yang mahir. Tambahan pula, kitab-kitab tersebut tidak lagi ditulis tangan tetapi dicetak. 

Dengan adanya kitab-kitab bercetak ini, masyarakat dapat mengikuti “halaqah” pengajian agama di pondok-pondok mahupun di masjid-masjid. Kewujudan kitab yang dicetak dan dikarang dalam Bahasa Melayu juga telah membantu perkembangan institusi pondok menjadikan ia sebuah institusi yang paling terkenal dengan pengajaran agama.

Pondok Lubok Tapah atau nama rasminya
Madrasah Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubok Tapah diasas sekitar tahun 1931,
merupakan antara pondok tertua di Kelantan.



Sejarah juga menyebut, sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka lagi. Pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan Islam hasil daripada kedatangan agama suci tersebut ke rantau Asia yang kemudiannya merebak ke Melaka. Pendidikan Islam pada awal usianya mula diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau, madrasah sebelum berpusat sepenuhnya di beberapa sekolah pondok hingga ke hari ini.

Pusat pengajian 'Pondok' adalah antara institusi pendidikan Islam yang tertua di Tanah Melayu. Dianggar terdapat hampir 1,000 sekolah pondok yang dikendalikan secara professional, swasta atau secara individu namun kurang daripada 300 diketahui dan dikenali.


Dalam mencapai hasrat dan kelangsungan sistem pengajian tradisional ini terus kekal dan relevan serta menghargai 'pondok' bersama jasa bakti para -para Ulama, Tok Guru dan Tok Mudir.yang sudah memulakannya sejak ratusan tahun menyumbang ilmu, tenaga dan masa dalam mengembangkan pendidikan Islam kepada masyarakat. 

Pada tahun 2012, pihak kerajaan telah menyatakan kesediaannya memberi komitmen secara terbuka dan peruntukan secukupnya untuk memartabatkan institusi pondok di negara ini.

Iltizam kuat kerajaan itu, mula terserlah, apabila YAB. Perdana Menteri sendiri mencetuskan idea dan meluahkan hasrat beliau mahu melihat Yayasan Pondok ditubuhkan. 

Datuk Seri Nahib turut mencadangkan agar pengurusan yayasan itu nanti dapat menyalurkan bantuan kewangan, menyediakan segala keperluan dan juga bantuan biasiswa kepada pelajar 'pondok' yang cemerlang dan mungkin menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Dato’ Dr Mashitah bersama YAB. Perdana Menteri ketika pelancaran logo YPP1M
Justeru itu Dato’ Dr Mashitah Ibrahim seterusnya mengambil inisiatif menubuhkan  Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan pada 1 Ogos 2012.

Dato’ Sri Mohd Najib sebagai Penaung YPPM, manakala Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM. Namun begitu, YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menjaganya.


Dan pada 8 November 2012, Majlis Pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia oleh Perdana Menteri disempurnakan. Kehadiran lebih 4,000 orang, termasuk kira-kira 1,000 warga pondok seluruh negara melebihi jangkaan.

Majlis Pelancaran YPP1M membabitkan logo dan website www.pondok1msia.org.my serta sebuah direktori Pondok-Pondok Di Malaysia, yang mungkin satu-satunya di dunia itu turut melibatkan 200 tok guru dan mudir pondok berserta ratusan pelajar pondok dan sekolah tahfiz seluruh negara.
Logo Rasmi Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Direktori setebal 240 halaman ini memuatkan gambar dan maklumat asas mengenai semua pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri negeri masing-masing.

Acara kemuncak ialah pemberian Anugerah Tokoh Pondok 2012 . Anugerah julung kali diberi ini disempurnakan Perdana Menteri sendiri, yang juga Penaung YPP1M. Kehadiran Perdana Menteri adalah bagi menghargai pengorbanan dan ketokohan mereka, sekali gus membuang persepsi bahawa warga pondok dipinggirkan atau adalah golongan kelas kedua.

Setiap tokoh yang diberi anugerah menerima wang tunai, Amanah Saham 1Malaysia, pakej umrah dan tiga set kitab'


Tidak ketinggalan, Perdana Menteri menyampaikan dana khas yang dipanggil Anugerah Kasih kepada 11 pondok bagi membantu pondok-pondok tersebut menyediakan kemudahan asas dan membaik pulih prasarana masing-masing.

Dalam bancian YPP1M terhadap 112 pondok seluruh negara pada Ogos-September lalu, didapati ada pondok yang berada dalam keadaan sangat sederhana dan dha’if, dan sangat memerlukan bantuan.

Dengan tertubuhnya YPP1M, terbukalah lembaran baru dalam sejarah pendidikan Islam, khususnya pengajian pondok di negara kita.

Warga pondok seluruh negara seharusnya menyambut baik kehadiran YPP1M yang bertujuan memelihara, membela dan memperkasakan satu institusi yang telah lama berjasa.

Selanjutnya saksikan sedutan rakaman video Majlis Ramah Mesra Warga Sekolah Pondok dan Pelancaran Yayasan 
Pembangunan Pondok 1Malaysia pada  8 November 2012, lalu.



Tujuan utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama selain mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

Penubuhan dengan bermatlamatkan aspek keagamaan, pendidikan, sosial dan kebajikan selain daripada bersifat terbuka dilihat sesuai dengan peranan serta usaha penubuhan YPPM dalam membantu negara meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok serta tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Pihak yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. 

Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya.

yayasan-pondok-najib


Dalam satu resolusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Pondok 1Malaysia cawangan Kedah selain dari memuji pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengangkat dan memartabatkan institusi pondok di Malaysia. Antara lain meminta kerajaan mengiktiraf dan mendaulatkan sistem pengajian pondok, mengiktiraf sijilnya setaraf dengan pusat pengajian yang diiktiraf dan untuk menzahir komitmen guru pondok seluruh negara bagi memelihara akidah umat Islam berteraskan Sunnah Wal-Jamaah dan hal agama tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak. 


Melihat usaha pihak kerajaan ini, seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak bagi memastikan kesepaduan dan kelestarian institusi pondok. Institusi pondok adalah institusi pengajian Islam tertua di Malaysia dan berperanan besar dalam usaha pengukuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejak zaman Tanah Melayu. Ia juga berperanan sebagai antara benteng bagi mempertahankan kedaulatan Islam sehingga kini.

Bagaimanapun, sebagai individu yang turut diberi amanah dalam menjaga YPP1M, Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin berkata, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang agama mereka.


Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.