#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 January 2015

'Tuk-Tuk' Hanya Sekadar Idea - @SPADChannel


Memetik isu yang tersiar di Astro Awani , baru-baru ini dimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperkenalkan 'Tuk Tuk' ( kenderaan roda tiga ) adalah tidak benar.

Ianya adalah hanya sekadar idea serta cadangan sahaja dan SPAD tidak pernah membuat sebarang keputusan mengenai kelulusan atau pun penggunaannya.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan meluluskan kenderaan beroda tiga atau dikenali Tuk Tuk di negara ini.


Katanya SPAD tidak mempunyai kuasa sewenang-wenangnya untuk bercakap mengenai kenderaan awam baru untuk diperkenalkan. 

Bagaimanapun beliau mengakui cadangan penggunaan kenderaan itu adalah menarik kerana ia turut digunakan negara Asia lain. 

Tuk-tuk di Filipina
Tuk-tuk di Thailand
Tuk-tuk di Cambodia

“Tuk tuk sejenis kenderaan awam yang fleksibel dan sesuai dengan permintaan tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan awam. Ia kos efektif, mudah untuk beroperasi dan boleh menawarkan tambang yang berpatutan untuk orang ramai terutamanya bagi pekerja, pelajar kolej dan pelajar sekolah.

Jika boleh, saya mahu melihatnya (dilaksanakan) secepat mungkin. Jauh lebih baik jika guna 'Tuk Tuk' elektrik kerana ia adalah mesra alam dan lebih murah untuk beroperasi dalam jangka masa panjang,” tambah beliau.
Terkini, Tokyo Terra Motors telah memperkenalkan elektrik tuk-tuk yang akan menjimatkan wang pemandu
Namun apa yang ingin dinyatakan disini, SPAD tidak pernah membuat keputusan bagi memperkenalkan 'Tuk Tuk' dan ia hanya cadangan awal bagi kegunaan dalam jarak pendek iaitu dari stesen LRT, KTM atau MRT pada masa hadapan ke kawasan berdekatan. 

Hinggakan idea telah mendapat reaksi positif dan negatif di media sosial dan juga laporan akhbar The Sun Daily, 



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.