#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 February 2015

MH370: Kerajaan Pastikan MAS Bertanggungjawap - Datuk Seri Liow


 “Kita ( kerajaan ) akan memastikan Malaysia Airlines ( MAS ) bertanggungjawab untuk berhubung bayaran pampasan kepada waris serta berbincang dalam segala sudut bagi memudahkan apa saja permintaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370,”    
 - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai


Kenyataan ini dikeluarkan setelah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) membuat pengumuman dengan mengistihar dimana tragedi kehilangan MH370 adalah satu kemalangan.

Pesawat Boeing 777 (MH370) yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang yang hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac, 2014 telah diisytiharkan sebagai terlibat nahas dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban oleh kerajaan Malaysia.

Susulan pengumuman yang di buat oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman , semalam. Beliau bersama Jawatankuasa Waris MH370 akan mengambil tanggungjawab memantau perkembangan kebajikan anggota keluarga mangsa.

Usaha bagi memudahkan anggota mendapatkan maklumat terkini dan mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung perkembangan misi pencarian MH370, jawatankuasa itu turut mewujudkan laman webnya sendiri.

Tindakkan dan langkah yang di ambil bagi mempastikan segala kebajikan, masalah dan segala permintaan anggota keluarga yang terbabit turut dipersetujui oleh kerajaan China.

Datuk Seri Liow menegaskan bahawa kerajaan mempunyai pelan komprehensif bekerjasama dengan China dan Australia bagi meneruskan misi pencarian pesawat malang itu di Lautan Hindi tanpa suatu jangka masa dan kos yang ditetapkan.

Setakat ini, empat kapal termasuk Fugro Supporter kini selesai menjalani pencarian sejauh 16,000 kilometer (km) persegi daripada 60,000 km ruang yang ditetapkan di Lautan Hindi.

Ditanya mengenai pengisytiharan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berhubung insiden pesawat itu adalah satu kemalangan, Datuk Seri Liow berkata pengumuman tersebut adalah berdasarkan konvensyen yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Mengikut pengumuman yang dibuat, ia bukan bermakna operasi ditamatkan. Apabila pesawat itu tidak sampai ke destinasinya, setelah misi pencarian ditamatkan perlu memberitahu orang ramai tentang keputusan ini," kata beliau.

“Pengumuman itu tidak berkaitan dengan penghentian operasi kerana ia ada beberapa definisi jika pesawat tidak sampai ke destinasinya,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Datuk Seri Liow dalam tweetnya berkata: "Harapan dan doa saya sentiasa bersama anggota keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Ia telah dan terus menjadi masa yang sukar untuk mereka dan negara."

Berikut sebahagian dari petikkan pengumuman Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), kelmarin.



"Selepas 327 hari (setakat semalam) dan dengan segala data yang diperoleh, adalah tidak mungkin untuk kesemua penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut berpeluang untuk hidup...


"Ini berikutan data menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di dasar laut kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi melibatkan kedalaman mencecah 6,000 meter yang jauh daripada kemungkinan untuk mendarat di mana-mana lokasi...

“Untuk itu, dengan perasaan berat hati dan kesedihan yang amat mendalam, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah suatu nahas selaras dengan Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konven­syen Chicago...

“Justeru, kesemua 239 penum­pang dan krew dalam pesawat itu dianggap telah terkorban dan buat masa ini tidak ada keterangan untuk pihak penyiasat mengaitkan sebarang spekulasi kepada punca nahas tersebut...

"Ini berikutan siasatan pihak berkuasa berhadapan kekangan kekurangan bukti fizikal terutama perakam pesawat...
“Pasukan siasatan keselamatan MH370 melibatkan tujuh negara dan siasatan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga masih berlangsung...

“Laporan interim berkaitan perkembangan siasatan keselamatan dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun atau kira-kira setahun selepas insiden nahas tersebut berlaku,”

- Datuk Azharuddin Abdul Rahman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Teknikal Peringkat Tertinggi MH370,
29 Januari 2015 - 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.