Sehubungan itu, keikhlasan adalah formula paling berkesan untuk mempertingkatkan permuafakatan antara rakyat negara ini, kata Dato' Seri Liow.
Beliau turut berpendapat, bagi Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum. Menanam sifat kesederhanaan dalam diri untuk tidak bersikap keterlaluan serta berlebih-lebihan dalam membuat atau memperkatakan sesuatu (ekstremisme) juga antara salah satu cara yang mungkin bagi kita untuk terus maju ke arah menjadi sebuah negara yang progresif dan aman..
“Sememangnya, perjalanan negara kita setakat ini penuh dengan ujian dan kepayahan tetapi kita telah bersama sebagai satu pasukan dalam menempuhi semua itu dan menjadi lebih kuat,” katanya lagi.
Oleh yang demikian, beliau mengesa agar rakyat Malaysia terus bersatu serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran dan peluang yang mendatang"Setiap rakyat perlu belajar untuk saling menghormati dan mengelakkan kata-kata yang menyakitkan serta melukakan hati satu sama lain.
"Perlu diingat bahawa dalam era teknologi maklumat ini, kita mesti lebih mendisiplinkan diri dalam mengeluarkan kata-kata kita bagi mengelak kesangsian antara kaum dan kekecohan orang ramai," tambahnya.“Kita juga khuatir dengan kenyataan-kenyataan ekstremis yang dilihat berleluasa sehingga menyebabkan keharmonian sosial dan penyatuan nasional berada dalam keadaan bahaya,”
Ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina beliau, semalam. Dato' Seri Liow yang juga Menteri Pengangkutan sempat meluahkan tiga hasrat yang ingin beliau lihat pada tahun akan datang.
Pertama sekali, keinginannya untuk melihat satu kejayaan dalam ekonomi demi pembangunan negara yang mampan. Kedua, beliau mahu lihat perpaduan dalam politik yang belum pernah terjadi sebelum ini ditampilkan menerusi kesederhanaan demi generasi masa depan negara dan akhir sekali, melihat usaha yang berterusan bagi memperkasakan bidang pendidikan dalam melahirkan lebih ramai bakat tempatan.
Rakyat Malaysia juga diingatkan agar memandu dengan berhati-hati. Sesungguhnya keselamatan di jalan raya, tanggungjawab kita bersama.
0 comments:
Post a Comment