GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label RPK. Show all posts
Showing posts with label RPK. Show all posts

8 March 2013

'Orang dalam' berusaha menjatuhkan Anwar! KLIK lihat surat ini! #AnwarNewPM


Surat di bawah telah disebarkan oleh laman web Malaysia Today, milik penulis pengecut yang sakit jiwa, iaitu Raja Petra Kamaruddin. Jangan ditanya kenapa dan bagaimana web beliau mendapat surat tersebut kerana jika ianya RPK, ia pasti dijayakan dan jika ianya tidak benar, ia pasti akan direka-ciptakan. 

KLIK foto untuk lihat lebih jelas
Walaupun surat ringkas tersebut memperlihatkan sipenulis sebagai menyebelahi Anwar, tetapi ia jelas bertujuan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Anwar sekali gus. Penulisnya nampaknya dengan sengaja cuba menimbulkan keraguan mengenai hubungannya dengan Anwar yang terkenal sebagai biseksual tersohor. Penulisnya juga tanpa berselindung memuji Azmin untuk menobatkan Azmin sebagai satu-satunya pemimpin yang layak menerajui PKR. 

Sudah tentulah kita musykil melihat surat ringkas yang terlalu ‘straight-to-the-point’ ini. Apatah lagi apabila ia ditujukan kepada Hadi Awang, Presiden PAS yang hanya dipandang sebelah mata saja dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

Semua orang sedia maklum bahawa Hadi Awang di mata DAP dan PKR, adalah jauh lebih hina dari orang-orang yang dihinanya, seperti rakyat Sarawak yang dikatakan masih bercawat atau guru sekolah rendah yang dikatakan tidak layak memberi teguran dan pandangan. Hadi dan PAS adalah tidak lebih dari sekadar kuda tunggangan atau anjing kurap yang sanggup berbuat apa saja termasuk makan najis sendiri demi secebis peluang untuk ke Putrajaya.

Justeru, menulis surat kepada Hadi Awang untuk meminta beliau menangani masalah di dalam Parti PKR merupakan satu kejahilan yang nyata di pihak sipenulis yang mengaku sebagai Setiausaha Politik kepada YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR. Mungkinkah seorang setiausaha politik boleh menjadi begitu jahil mengenai politiking di dalam partinya mahupun bidang kuasa Presiden parti sekutunya?

Segalanya mungkin, jika penulis yang bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam ini memiliki ciri-ciri tertentu yang turut dimiliki oleh Saiful Bukhari, Azizan atau Sukma Dermawan.

Apapun, kita tidak boleh menolak kemungkinan yang surat tersebut benar memandangkan persengketaan di dalam Parti Pakatan Rakyat sudah menjadi rahsia umum. 

 Semua orang tahu bagaimana Wan Azizah membenci Azmin Ali dan semua orang tahu kerakusan Azmin untuk berkuasa. Anwar ternyata mendidik Azmin dengan baik sehingga terciptanya seekor ‘raksaksa’ yang benar-benar menyerupai dirinya.

Nampaknya, kedudukan Anwar benar-benar tidak selamat apabila raksaksa itu pula ingin memakannya. 

Dirinya sudahlah ditolak PAS, dan dengan insiden Lahad Datu, Anwar benar-benar sudah menjadi beban kepada partinya sendiri. Hanya DAP sahaja yang masih ‘terpaksa’ menjulang Anwar walaupun dengan muka berpaling ke arah lain.

Kesimpulannya, parti PKR sudah lama mati sejurus terdapatnya penyokong sendiri yang menolak Anwar sejak akhir-akhir ini. Yang kita lihat masih berjalan dan bercakap hari ini, hanyalah batang tubuh PKR tanpa roh, iaitu bagaikan zombi. PKR lahir kerana Anwar dan untuk Anwar, iaitu supaya beliau lepas dari pertuduhan dan hukuman dan supaya beliau punya platform untuk memakai gelaran ‘bakal Perdana Menteri’.

Tanpa Anwar, apalah PKR? PKR hidup kerana Anwar, dan akhirnya mati juga kerana Anwar. 

Justeru, jika Mohd Fareez Kamal inginkan PKR atau PR selamat dalam PRU-13, beliau tidak perlu mengadu kepada Hadi atau RPK kerana parti itu pada hakikatnya telah pun mati. 

Tetapi jika beliau hanya inginkan hubungannya dengan Anwar selamat, maka beliau hanya perlu mengadu kepada Anwar seorang kerana tiada siapa yang dapat membantunya dalam hal-hal songsang.

Artikal terdahulu KLIK : Anwar Ibrahim, kencingggg!


19 February 2013

PR RETAK SERIBU: DAP-PKR ‘Berbunuhan’ Di Johor


Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.
Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.

6 February 2013

Apa dia? Sembang boleh la der!


Pengakuan Bekas Aktivis Barisan Alternatif (1998-2008).

SEBENARnya sy bersyukur kerana PERNAH berada dlm PR suatu waktu dahulu...kalau tidak pasti sy jadi TA"ASUB mcm mereka2 jugak sekarang ni! Dan sebenarnya kita WAJAR mengucapkan TERIMA KASIH kepada PR kerana telah bergabung dgn DAP...kerana sekurang2nya kita kini tahu AGENDA sebenar DAP pd umat2 Islam dinegara kita ini!

Buat mereka2 yg baru menyertai PR ni sy ada sedikit soalan...kalau dah 28 dari 32 orang PENGASAS PKR pun DAH CABUT so maknanya apa tu???

Kalau dah KETUA PEGUAMBELA DSAI seperti DATO ZULKIFLI NORDIN pun cabut malah RELA jadi penentang tu apa maknanya???
Kalau dah PEGUAMCARA (KARPAL SINGH) yg dahulunya pernah mendedahkan siapa DSAI tiba2 berbaik2 pulak tu apa AGENDAnya???

Kalau dah PEMIMPIN2 TERTINGGI mereka seperti DR HASAN ALI, USTADZ HASAN BASRI dan yg terkini kabarnya ULAMAK SURA mereka seperti USTAD NASHA, DR HARUN DIN dan DATO HARON TAIB pun telah jadi menentang..so apa maknanya???

Diantara anda dengan mereka2 ini siapa yg LEBIH TAHU???

So fikirkanlah secara RASIONAL dengan melihat lebih REALISTIK dengan apa yg berlaku...bukan berfikir dengan EMOSIONAL dan FANATIK melulu!!!

'Diantara Dua Mudhorat Pilihlah Yang Mana Lebih Ringan Timbanganya'.

Sumber & selanjutnya KLIK SINI - Penembak Tepat
-Bekas Aktivis Barisan Alternatif (1998-2008).

18 January 2013

Populariti Anwar meningkat ke? KLIK baca ni!


Wacana Pra-PRU13: Populariti PM menonjol (Berita Harian)

Kuala Lumpur: Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012.

Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang. Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin.

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus).

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam.

Populariti Anwar menurun

Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu.

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

19 December 2012

Kali ini, Anwar nampak lebih bergaya... Klik saksi video!


Lihatlah wahai puak-puak pakatan!

Ginilah gaya pemimpin kamu yang kononnya bakal dilantik sebagai PM seperti yang di canang-canangkan kamu tu... 

Lihatlah! Anwar Ibrahim berjoget lagi!!! Kahkahkahh!
Kali ini di Tapah Perak sempena dengan Sambutan Deepavali pada 16 Disember lalu.

 

Klik tajuk dibawah kalau nak tengok yang lain lagi...

20 June 2012

Baca ni... Skandal Pembohongan Pembangkang Paling Memalukan, Terbongkar!


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.”

Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=c6b3f0e0fc&view=att&th=1380937e4d6cc522&attid=0.2&disp=inline&realattid=f_h3o707is3&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-ffLMYAJRGyZjL_YqV_2oe&sadet=1340189667517&sads=xm3jXa42UaSQJQ0_2VhstQsp0z4

1 June 2012

WWW1 - Lihat ni, RPK hina dengan ayat "Mengapa Sultan begitu bodoh?"

Raja Petra Kamarudin (RPK)
WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu ini tidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin. Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali. Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu. Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan. Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.