GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PAU 2012. Show all posts
Showing posts with label PAU 2012. Show all posts

26 August 2013

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang mampu mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah?


Menunggu Pemilihan UMNO Yang Paling Penting Dalam Sejarah

Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanahair.

Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.
Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras.

Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini. Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut?

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.

Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina.

Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku. Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.

Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.

Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.

Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.

Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?

Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang y
ang asal serta mengadaptasinya dalam mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini. 

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri ‘transformasi’ ini?


23 February 2013

PRU13: Pemimpin pembangkang sedar yang mereka kecundang lagi.


BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi.

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.

Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.

Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat.

Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.

Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa.

Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.

Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

1 December 2012

Nah... UMNO Tayang Video PAS di PWTC... Klik!



Isu doa PAS agar Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan dan dakwaan bahawa parti itu murtad kerana tidak menegakkan Islam menjadi topik hangat Perhimpunan Agung Umno 2012.
Lebih menghangatkan sesi perbahasan yang masuk hari ketiga dan terakhir itu ialah apabila perwakilan dipaparkan dengan dua klip video yang menunjukkan dua pemimpin PAS berbuat demikian pada muktamar mereka di Kota Baru pada pertengahan bulan lalu.

LANTANG... Wakil Arau Fathul Bari Mat Jahaya bersemangat ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat. 

-fotoBERNAMA

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan, perwakilan Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mencuri tumpuan perwakilan apabila menayangkan klip video adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membacakan doa meminta kehancuran Umno dan BN serta video sidang media Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai parti murtad.

Paparan video itu ternyata membangkitkan reaksi marah di kalangan perwakilan dan pemerhati Umno sama ada yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun yang menyaksikan di ruang legar bangunan tersebut.

Bagaimanapun Fathul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia menyeru agar pemimpin dan ahli Umno memaafkan PAS dan ahlinya walaupun parti itu sering melabel dan menjatuhkan hukum tertentu terhadap Umno.

"Maafkanlah..maafkan mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Mengulas lanjut Fathul berkata, berdoa untuk kehancuran dan keburukan orang lain khususnya sesama Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kaedah berdoa itu tidak betul. Sebaiknya kita doakan kebaikan kepada pemimpin kerana apabila seseorang pemimpin itu baik...maka ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Perdana Menteri pohon maaf atas segalanya... Klik & baca ni!

Sentiasa Merasakan Sebagai Hamba Yang Sedia Berkhidmat Sesama Muslim
Rasulullah bersabda:
” Ya Allah sesiapa sahaja di antara ummatku yang diamanahkan untuk mengurus ummatku lalu ia menyukarkan mereka, maka Engkau sukarkanlah ia. Dan siapa saja yang memudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah ( urusan ) dia.








SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.