GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 Ogos 2011

25 Ogos 2011

Gamat! Bila Ulama' bincang politik... Klik saksi video....


Wacana Politik pagi tadi yang menampilkan tokoh-tokoh Agama dari Parti UMNO dan PAS agak gamat seketika setelah terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai isu Politik yang diaplikasi menggunakan kaedah Agama.

Dari pihak UMNO yang diwakili Fathul Bari Mat Jahya, beliau mengupas isu penyalahgunaan Agama di dalam politik yang boleh membawa kepada perpecahan Islam sepertimana yang berlaku di Negara pada ketika ini.

Sementara itu, isu Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut gamat setelah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu. bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini telah menjelaskan layanan UMNO terhadap Ulama' di Negara ini boleh dikatakan seperti Ulama' Terompah.

Beliau menjelaskan, para Ulama' di Negara ini tidak diikhtiraf UMNO malah tidak diletakkan dalam kedudukan yang paling tinggi di dalam pentadbiran Negara.

“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.

“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini. 

Untuk kita mendengar keterangan panel-panel yang di jemput selanjutnya, lihat video (Bah.1) di bawah atau video penuh KLIK ... Renung-renungkan...fikir-fikirkan lah....


Sumber berita & video : KLpos

24 Ogos 2011

LIVE DARI KAMAR PERBICARAAN ANWAR 24/8: Anwar mengaku "suka sama suka"? KLIK BACA SINI!




Semalam dua saksi mengambil tempat - Dr Osman, Pusrawi dan Dr David Wells. Kenyataan Dr Osman boleh kita anggap boleh dibakulsampahkan.

Namun kenyataan Dr David Wells tidak boleh dipandang ringan dari segi psyop. Wells semalam cuba menimbulkan "trouble issues" berkenaan ujian DNA. Kononnya cara prosedur dan catatan rekod yang diamalkan di Malaysia dan khususnya untuk ujian DNA Anwar tidak menyakinkan.

Komen sumber peguam kami kata tahap yang kononnya "kurang ISO" kepada Wells tidak cukup untuk menidakkan finding pakar tempatan. Pasti jentera Pakatan akan cuba mensterilisasikan Anwar.

Suatu perkara lagi yang cuba ditimbulkan adalah kononnya ada pencemaran pada sample yang Anwar kata pencemaran bakteria. Pencemaran bakteria tidak mengubah DNA. Itu fakta sains untuk seorang graduan Pengajian Melayu fahami.

Liputan kami semalam agak kurang kemaskini semalam. Muga keadaan akan lebih baik dengan soalbalas dari pendakwa Dato Yusof hari ini.

Sementara itu, pastikan anda baca isu "Anwar mengaku "suka sama suka"?" yang bermakna dia mengaku sodomi berlaku. Itu mengesahkan 377B!

--------------------------------------------------

0800
 - Keadaan d sekitar lobi mahkamah masih tenang. Hanya terkesan beberapa orang kuncu Anwar di lobi.

0830 - Wartawan mula beratur di hdapan pintu masuk kamar perbicaraan.

0845 - Barisan pendakwaan sampai di kamar. Kelihatan Dato. Rodwan yang hadhir sebagai saksi. Dr Shahrom, Ketua Patologi Forensik HUKM ada sebagai pemerhati pihak DPP.

0849 - Wartawan dan pemerhati asing mula memenuhi tempat duduk galeri awam. Kesan kelibat bomoh Anwar, Bhajan Singh dalam kamar. Nak mandram Dato Yusof agar tidak boleh cross-examin saksi Anwar

Seperti biasa barisan peguam pembelaan Anwar yang diketuai oleh tunda cat Karpal Singh datang lambat. Hanya mencerminkan their poor upbringing and consdieration for others.

0855 - Peguam Anwar tiba di kamar mahkamah dan seperti biasa Dato Param yang tiba dahulu. Namun tiada kelibat Kapal.

0858
 - Anwar dan Wan Azizah, Ketua Umum Persatuan Membabi Buta Pada Suami serta kuncu2 tiba dikamar. Wajah Anwar agak suram pagi ini. Risau DPP hantam saksi pakarnya kot.

0904 - Perbicaraan bermula dengan DPP yang dwakil oleh Dato Yusuf menyoal balas Dr. David Wells. Menarik hadirn pada pagi ini jelas kurang. Penyokong Anwar tak sampai 10 orang. Mungkin Anwar tak suruh datang

0914 - Dato yusuf memberi saksi sesalinan laporan polis yang dibuat oleh Saiful berhubung dakwaan tersebut serta meminta pendapatnya sama ada ia memnuhi perkara seperti dalam history taking yang sepatutnya dambil oleh Dr Wells bagi memahami kes sblum mbuat pemeriksaan.

Dr Wells dalam reaksi seperti bersetuju ia membantu dari dalam memahami kes sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut sama seperti history taking ke atas kecederaan yang ddakwa tidak lengkap/kurang dinyatakan dlm laporan perubatan saiful semalam.

0920 - Dato Chua Jui Meng dan Dato Seri Nizar Jamaludin dikesan hdir pbicaraan ini..

0926 - Berlaku sedikit kekecuhan dalam kamar apabila S. Nair membantah tindakan Dato Yusuf yang dituduh mengelirukan dengan mendakwa Dr Wells dalam keterangannya semalam bercanggah berhubung dalam nota klinikal fizikal Saiful khasnya dalam pemeriksaan dalam oral seks. Anwar tetiba bengang dengan tindakan DPP tersbut.

0940 - Dr. Well diminta merujuk kembali sesalinan slide yg mengandungi penerangan beliau berhubung pemeriksaa forensik dalam subtajuk kepentingan history taking yang terperinci seblum menjalankan pemeriksaan klinikal.

Dr. David bersejutu perlu menjalankan pemeriksaan menyeluruh jika ia berkaitan kes liwat/rogol berdasarkan history taking namun ia (pemeriksaan oral seks) tidak semestinya mempengruhi laporan perubatan dalam kes liwat yang mungkin melibat pelbagai oral seks sebelum menjurus kepada liwat.

0955 - Ketika merujuk sampel swab hasil dari pemeriksaan fizikal Saiful, Dr Wells bersetuju diambil 5 sampel swab iaitu swab dari anus Saiful (sampel 6-10) yang diambil sebagai relevan dan tidak bagi baki yang lain dalam kes ini.

Dr. Wells turut ditanya sama beliau bersetuju telah berlakunya penetrasi pada rektum berikutan terkesan air mani hasil dari sampel swab. Dr Wells setuju ...

1006 - Perbicaraan rehat sebentar.

Anwar dilihat sedikit keliru/risau dan terus mendapatkan peguamnya dan Dr Wells. Sah mesti Anwar nak tanya kenapa Dr Well bersetujunya pendapat pendakwa bahawa berlakunya penetrasi berikutan terkesan air main dalam rektum. S. Nair dan Dato Param dilihat rancak mentaklimat dan berbincang dengan Dr Wells.

1025 - Perbicaraan bersambung

Dr Wells diminta merujuk tarikh serta masa di botol swab serta seal keselamatan berikutan dakwaan beliau semalam kemungkinan boleh berlaku kesilapann terdedah kepada unsur khianat dan boleh menjatuhkan mutu/kualiti sampel. Dia menjelaskan ia hanya beri pendapat berdasarkan pengalaman beliau.

Pendakwa bertanya pendapatnya sama ada semasa proses mengambil sampel swab dari Saiful oleh doktor-doktor pakar dari HKL tersebut berlaku pencemaran ke atas sampel tsebut.

Beliau kata proses tersebut tidak dapat mengelakkan pencemaran yang minima walaupun dilakukan dengan sempurna berikutan proses tersebut memerlukan pembukaan menggunakan alatan khas bagi membuka ruang pada anus Saiful.

Selain itu, dia kata pencemaran ke aras sampel boleh datang dari pemeriksa, bilik serta peralatan yang dgunakan.

Semua jawapan teoretikal dan hipotetikal yang diberi dan tidak spesifik jelas mengatakan sampel sudah tercemar.

Anwar dilihat tekun mendengar hujah soal balas tersebut. Alah ... kau jangan pura-pura faham. Kau tahu bancuh budak bancuh kopi, bancuh test tube pun tak pernah!!!


1049 - Dr Wells dirujuk kepada pendapat beliau sebelum ini yang tidak bersetuju kesimpulan laporan perubatan tersebut. Semalam dia tidak bersetuju atau tidak setuju dengan tepat terutama dalam kesimpulan tersebut yang menyatakan tiada bukti kecederaan fizikal dikesan tidak bermakna tiada berlaku penetrasi.

Beliau berpendapat tiada penetrasi berikutan tiada bukti yang konklusif terhadap penumuan yang menyatakan berlaku kecederaan dikesan dalam anus. Ketika ditanya lebih lanjut berhubung perkara tersebut samada kemungkinan kerana beliau tidak bersetuju kerana penggunaan ayat konklusif yang mengelirukan sebalik patut menggunakan tiada bukti kecederaan maka tiada liwat berlaku.

Dr Wells bersetuju dengan laporan perubatan forensik yang dibacakan oleh DPP yang menyatakan wujud penemuan bahawa kecederaan pada anus atau rectal area semasa liwat boleh hilang dengan sendirinya dalam masa yang singkat selepas berlaku kejadian tersebut.

1106 - DPP bertanya sama DNA seseorang yan boleh dicemari bukti yang di simpan dalam botol serta bungkusan, maka kesan DNA boleh dikesan dalam ujian tersebut.

Dr. David menjawab ia mungkin berlaku jika sampel swab yang mengandungi sperma sengaja diletakkan wujud DNA pelaku tsebut.

Ini hanya jawapan hypothetical mungkin. Tindakan ini bagi menyangkal hujah bahawa tiada berlaku tampered evidence pada sampel swap sehingga menjejaskan keputusan analisis kimia. Jika ia berlaku ia akan nyata dikesan semasa ujian DNA tersebut.

1118 - Ketika ditanya mengenai keberkesanan pengambilan sample swab di bahagian rectal swap selepas 36 jam berlakunya liwat. Dr. David tidak pasti tapi merujuk pada pengalaman beliau, ia masih boleh digunakan dan tiada penemuan terperinci berapa lama sperma boleh tahan dalam rectal.

Dr Wells memaklumkan bahawa pernah berlaku satu kes di Australia pada mana sperma boleh bertahan selama 55 jam selepas ia diletakkan dalam rectal/anus. Dia menjelaskan bahawa rata-rata kes pada masa sekarang yang dilaporkan sampel swab sperma diambil sekitar 24-36 jam dari masa kjadian.

Lagi saksi kantoikan sendiri teori konspirasi Anwar dan PKR. Anwar tak bayar ke Dr Wells? Kah kah kah ...

1133
 - Sebelum ini Dr Wells menyatakan bahawa beliau percaya sperma boleh tahan sehingga 36 jam dari masa ia dletakkan d dlam anus namun x myangkal ia boleh bertahan lebih dari 36 jam.

Mahkamah berhenti rehat. Anwar terus mendapatkan S. Nair untuk mendapatkan penjelasaan berhubung kes beliau.

Rancak dia bersembang dengan peguam pemerhati dari Pertubuhan Peguam Komanwel. Manakala Tok Moh dilihat sedang jenak dibuai mimpi. Letih mandrammm tak menjadi.

Rata-rata wartawan dilihat agak bersetuju pendapat Dr David Wells adalah berdasarkan pengalaman selain faktor kes analisis 24-36 jam adalah paling banyak dlaporkan.

1156 - Chua Jui Meng rancak sembang dengan Tok Moh Anwar. Nak pakai khidmat untuk Johor?

Yusmadi Yusof sedang sembang baik dengan reporter dari AP. Budak ni memang pandai dalam kepura-puraan intelektualisma.

1200 - Karpal Karam Singh si Tunda Cat sampai ke kamar. Patutlah Anwar nampak risau sepanjang pagi tadi. Orang kuat berkerusi roda tiada sepanjang pagi.

Anwar terus ke arah Karpal untuk petunjuk. Nak adu saksi kena kerat 18 3/4 oleh Dato Yusof.

1209 - S. Nair mohon mewakili pihak pembelaan untuk memeriksa semula saksi.

Dr. David Wells setuju.

Sankara cuba mendapatkan persetujuan Dr David Wells untuk membetulkan "fakta" bahawa history taking merupakan perkara penting/tunggak dalam mpengaruhi pengurusan pemeriksaan fizikal dan antara faktor utama penyediaan laporan perubatan.

Sangkara ditegur oleh hakim kerana cara menyoal seperti saksi adalah saksi pihak pdakwaan. Karpal mencelah bahawa tiada bantahan dari pihak DPP.

1222 - Sankara cuba menyoal balik dengan cara berlainan. Sekali lagi Sankara Nair ditegur hakim kerana soalan yang tidak relevan ke atas saksi berikutan perkara tersebut tidak disentuh oleh DPP smasa cross examination. Sebentar tadi Dato Yusof bangkit membantah.

Kalau macam ni, Sangkara Nair sudah gagal nak counter hujah dato yusuf. Habis Anwar!!!!

1242 - Dr Wells dibebaskan dari kandang saksi.

Yusri Ali, Pengurus Pentadbiran Hospital Pusrawi dipanggil memberi keteranan sebagai saksi pembelaan.

1245 - Antara soalan Karpal adalah kepada laporan perubatan Saiful di Pusrawi yang disediakan oleh Dr. Osman. Yusri menjelaskan bahawa yang ada dalam simpanan adalah hanya salinan dan tidak tahu mana laporan yang asal kerana beliau hanya baru mengambilalih pentadbiran hosptal.

Berlaku sedikit kekeliruan kerana Karpal beritahu tiada salinan original untuk ditender pada mahkamah. Mana tidak, RPK tidak pulangkan ....kah kah kah 

Perbicaraan ditangguh pada 9 pagi esok.

Sumber: The Unspinners

23 Ogos 2011

KES LIWAT SAIFUL: Laporan palsu??? Klik tengok...


Laporan Kesihatan Hospital Puswari Tidak Valid (II)



Sejak kelmarin, penulis telah menerima banyak e-mel daripada rakan-rakan yang mengepilkan bahan berita mengenai Anwar Ibrahim.

Topiknya ialah mengenai dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat berdasarkan kepada satu salinan laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

Menurut laporan tersebut, pemeriksaan digital (PR) pada dubur (anal) Saiful, tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan atau force entry disebabkan oleh sesuatu benda seperti pendarahan, nanah dan sebagainya.

Ramai yang keliru. Ramai juga yang mengutuk kerajaan kerana ia kononnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tetapi mereka juga menanyakan pandangan penulis sebagai seorang doktor.

Di bawah ini adalah jawapan penulis:-

Di dalam salinan laporan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim kepada dunia, simptom utama yang ditulis oleh doktor itu ialah tenesmus x 1/52 (satu minggu)

Dan seperti yang penulis katakan sebelum ini, dakwaan ‘alleged assault’ seperti tidak penting dan ditulis di satu sudut di hujung kertas tersebut.

Sungguh pelik dan mencurigakan!

Tenesmus is the constant feeling of the need to empty the bowel, accompanied by pain, cramping, and involuntary straining efforts. Pain - passing stool; Painful stools; Difficulty passing stool. Tanya diri sendiri, berapa orangkah di antara anda yang pernah ke klinik atau hospital kerana tenesmus seperti Saiful Bukhari?

Dan berapa orangkah di antara anda pernah disuruh doktor untuk membuka seluar, baring menghadap dinding dan kemudiannya terasa jari di masukkan ke dalam duburnya kerana mengadu sakit di bahagian itu?

Tentu jarang sekali.

Dan apabila doktor hendak melakukan prosedur itu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menerangkan prosedurnya dan kemudian meminta izin (consent).

Tetapi prosedur itu hanya untuk kes-kes yang biasa.

Dan biasanya, penyakit-penyakit yang disyaki ialah buasir (piles) atau pun luka (fissure) di mana ianya boleh disyaki terlebih dahulu dengan mendapatkan sejarah mengenai simptom tersebut daripada pesakit tersebut sebelum melakukan pemeriksaan fizikal.

Akan tetapi, peranan seorang doktor biasa (yang bukan pakar perubatan) yang bekerja dengan swasta terhenti setakat mendapatkan informasi sahaja apabila pesakit mengatakan bahawa beliau telah di assault atau menjadi mangsa seksual. (kecuali kes-kes yang membahayakan pesakit seperti pendarahan yang banyak.)

Malah, apabila Saiful menerangkan kepada doktor itu bahawa benda tumpul telah dimasukkan ke dalam anus beliau, doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).

Tetapi doktor di Hospital Pusrawi dilaporkan masih juga melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

Tidakkah itu merupakan satu tindakan yang mungkin boleh merosakkan bukti, mencurigakan dan tidak masuk akal ? Tentu sekali.

Seperkara lagi, diagnosis yang ditulis oleh doktor itu ialah TRO (to rule out) assault (sodomise).

Maksudnya doktor tersebut tidak sekali-kali telah membuat diagnosis yang tepat (mengatakan bahawa Saiful tidak diliwat), cuma Saiful perlu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dan hari ini, yang berlagak pandai seperti seorang doktor ialah Anwar Ibrahim, Raja Petra dan beberapa orang lagi yang membuat rumusan sendiri hanya berdasarkan findings pemeriksaan anal seorang doktor biasa!

Dalam hal ini, penulis tidak sangka yang Anwar Ibrahim sanggup mementaskan drama yang berkualiti rendah dan semurah ini.

Seperkara lagi, kesahihan kesinambungan bentuk tulisan di atas laporan itu juga merupakan satu perkara yang amat mencurigakan.

Penulis mengaku bahawa tulisan doktor biasanya ‘tercantik’ di dalam dunia dan sukar untuk dibaca tetapi jika kita amati, terdapat dua (2) corak tulisan yang jelas berbeza di dalam satu mukasurat yang sama.

Ini juga amat mencurigakan.



LIVE DARI KAMAR PERBICARAAN ANWAR 23/8: Anwar pagi ni muka merah macam sotong....KLIK BACA SINI!



Semalam Awnar memberi kenyataan dari kandang tertuduh. Tindakannya itu yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah dilihat seolah-olah ingin 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan. 

Pilihan itu juga digunakan sewenang-wenangnya oleh Anwar untuk 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang sebelum ini telah berpuluh-puluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati hak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tertuduh. 

Ini komen Anwar selepas memberi kenyataan semalam: 


Tiada satu fakta yang menjelaskan dirinya dari bukti-bukti pihak pendakwaan tetapi Anwar mahu rakyat anggap dia tidak bersalah tetapi enggan jelaskan kenapa dia tidak bersalah. Mengapa pula pihak pendakwaan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan untuk Anwar membela dirinya? 

Dia hanya menuduh semua pihak dengan pelbagai konspirasi dan alasan rekaan. Pendakwa sudah nyatakan semalam mereka akan tetap mahu soalbalas Anwar

This madman of Malaysian politics should not get away with his wild and irresponsible accusation on the judge after much accomodation was given by the court to his whim and fancies

Bolehkah ianya dilakukan pendakwa Dato Yusof? 

----------------------------------------- 

0850 - Dilobi ada kira2 20 orang termasuk Saden Wateh, aktivis Anwar dan Azman Abidin, Tim. Ketua PKR Wilayah. Mereka menantikan ketibaan Anwar. Selain tu, dipenuhi oleh wartawan tempatan dan polis. 

0853 - Wartawan dan penyokong Anwar dibenar masuk kamar dimana kira2 30 setakat ini. Dua pakar perubatan dari Australia telah tiba dan akan beri keterangan kepada mahkamah. Manakala barisan pendakwa semuanya sudah masuk kecuali peguambela. Karpal dah tiba dan masih berbincang diluar mahkamah bersama peguamnya. 

0904 - Anwar tiba b'sama isteri. Turut sama Ronnie Liu, Wan Cik Merican dan Rosli Ibrahim, adik. Anwar kelihatan agak suram pagi ni dan muka merah macam sotong. Sukar senyum. Karpal hari ni paling awal sampai. Wartawan kata pagi ni akan hujan lebat kerana Karpal sampai awal tidak seperti seblm ni. 

0911 - Bicara mula. Dato' Yusof kenalkan Dr Shahrom, pakar forensik HUKM ada bersama untuk meneliti keterangan pakar luar negara. Dr Osman, Pusrawi dipanggil ke kandang saksi untuk diperkenalkan. 

0916- Karpal bertanyakan latarbelakang pekerjaan dan pendidikan kepada Dr Osman. Dr Osman juga sahkan ada periksa Saiful pada tarikh 28 June 2008. Dr Osman juga nyatakan semasa diperiksa keadaan genitalia normal n tiada kecederaan. Bila Saiful cakap dia diliwat oleh VVIP, Dr OSman nasihatkan supaya pergi ke Hospital Kerajaan. 

Sama macam yang dijelaskan Saiful! 

0921 - Dr Osman juga menyatakan ada masukan plastik ke dalam anus untuk Protoscope dengan bahan pelincir. Bila Saiful cakap VVIP yang buat, dia berhenti dan nasihatkan ke hospital kerajaan. 

Cross examination dari pendakwa Dato Yusof: 

Dia pertikaikan kenapa tak tanya dengan jelas kepada Saiful sebab musabab sakit anus. Dr Osman agak tergagap untuk menjawab dan kurang stady. 

0930 - Dato Yusof bertanya beberapa soalan berbentuk prosedur terutama mengenai kenapa tidak bertanya awal sebab sakit sebelum ambil tindakan masukan plastik skop ke dalam anus. 

Dato Yusof memberitahu: kenyataan Dr Osman kepada polis ada yang bertentangan. 

Dr Osman juga nyatakan ada lihat plastik dalam anus Saiful dan tidak mengetahui siapa yang letakkannya. 

Dato Yusof cuba tekankan mengenai perkara ini. 

0946 - Dr Osman selesai beri keterangan. Saksi dibebaskan dari kandang saksi. Mahkamah tangguh sebentar. 
Makhamah tangguh sebentar. 

Dr Yusof pertikai bila masukkan plastik skop adakah tanya sebab. Dr Osman jawab dalam masa yang sama masa masukan plastik, baru Saiful cakap dia diliwat VVIP. Bila dah tahu dia stop. Sekiranya dberitahu awal, dia tidak akan masukan plastik dan ganggu anus Saiful. 

Tambahan - Karpal cuba nak pertikaikan kecedreraan anus Saiful disebabkan oleh plastik skop tersebut dan bukan diliwat. 

Ulasan 

Dr. Mohd Osman, bekas doktor Pusrawai memberi keterangan sebagai saksi pembelaan. Antara soalan yang dajukan kepada Dr. Osman oleh Karpal SiIngh adalah sedikit latarbelakang beliau dan menceritakan kejadian semasa Saiful diperiksaa olehnya selepas mengadu sakit di bahagian duburnya.

Saksi merujuk ID 60 iaitu laporan perubatan Dr Osman dari Hosptal Pusrawi. Dr. Osman mendakwa tiada kesan kecederaan dan apabila dimakluman Saiful telah diliwat, Dr Osman menasihatinya terus berjumpa doktor hospital kerajaan.

Dalam soal balas, Dato Yusuf mempersoal tindakan Dr Osman kerana tidak membuat catatan berhubung soalan history finding yang ditanya kepada Saiful berhubung kesakitan yang di alami.

Selain itu, Dato Yusuf mempersoal tindakan Dr Osman kerana tidak menanya soalan punca kesakitan serta siapa yang masukkan skop plastik ke dalam anus Saiful. DPP turut pertikai pihak pendakwaan gagal mendapat laporan penuh pemeriksaan dari Pusparawi.

Dr osman menjelaskan ia bukan satu prosedur biasa menyediakan laporan perubatan. Sebalik bagi kes ini, dia telah diminta menyediakannya oleh salah seoranng officer Pusrawai bernama Azlan tanpa mgetahui beliau tidak mpunyai kuasa untuk mgarahkan beliau berbuat demikian.

Seorng peguam melayu yang didakwa wakil Anwar meminta beliau untuk menandatangani laporan perubatan/akuan bsumpah ke atas Saiful. DPP menegaskan bahaw Dr Osman akan berbuat apa sahaja jika diminta berbuat sesuatu.





Saksi Dr Osman dilihat kurang konsisten dalam kterangan selain beberapa kali ditegur oleh hakim kerana suara yang kurang jelas.

Fokus DPP lebih kepada soalan berhubung sama ada semasa Dr. Osman memasukkan statoskop pada anus Saiful selepas atau sebelum Saiful memaklumkan beliau telah diliwat. Dr. Osman menjawab semasa Saiful memaklumkan yang bercanggah dengan kterangan Saiful.

Selain itu persoalan lebih tertumpu pertikaikan berhubung laporan perubatan saiful dan akuan bsumpah oleh dr osman.

DPP jelas berjaya menafikan keterangan Dr Osman. Dilihat Anwar cuba mewujudkan kecederaan dalam anus Saiful bukanlah disebabkan liwat sebaliknya kecederaan alat statoskop ke dalam dubur Saiful. Dia harap bukti yang diperolehi hasil pemeriksaan HKL boleh dperitkai.

1000 - Bicara bersambung.

Saksi Dr Lourence David Well, pakar DNA Australia menerangkan latarbelkg pendidikan dan pekerjaan. Sekarang bekerja di Victoria Institution Forencic Medicine. Agak stady dalam menerangkan latar belakang pekerjaan dan pengalaman. Perkara biasa keyakinan ketrampilan Mat Salleh. Keterangan David akan disubmit ke mahkamah.

1016 - Kelihatan tiba Azan ismail, AP Indera Mahkota dan Pospanlinggam, PKR Shah Alam tiba.

1036 - Anwar kelihatan agak mengantuk dalam kandang tertuduh sambil memusing kebelakang memerhati anak dan isterinya.

1045 - Maaf ... slang Australian ni mungkin susah sangat untuk kawan kita faham, kot. Lambat skit....

1046 - Leorence terangkan recording is importent to direct the doctor what need to be done, so accurate documentation should be recorded. Notes in performa, estabilish recording and perform whereby standard methodology. Allows to review by legal practioners.
Omputih tak pernah mandi wajib ni nak ngajar-ngajar pulak ... 


1103 - Nair: Do you record who give the history? Dr: Number of source, police, complainant. Nair: Do you record who is around you? I do. Who is present during history was recorded especially very intimate examination, safron presence. Did you normally have police presence during examination? Dr: No, the reasons. Not comfortable with police presence. Unpleasant experiance. 

1114 - Nair: Conclusive, non conclusive and word 'suggestive'. Dr: The word conculusive, he should not qualify, no clinical finding in absent. Nair: If you write report 50-50? Dr: Interprating the findings and history. Nair: Physical examination is it sufficient? Dr: Not sufficient, 'hair was intact'. I did not sense from record such as scalp, chest, I don't know what the significant.

1128 - Mahkamah rehat sekejap. Kami cuba dapatkan rumusan kenyataan doktor Australian ini ...


Kisah perbicaraan selanjutnya KLIK The Unspinners

Anwar liwat 10 orang? Klik saksikan video...

Banyak lagi pemimpin yang boleh kita pilih selain hantu durjana yang amat biadap ini... Mengalihkan perhatian dengan melibatkan PM dalam isu permainan bontotnya.

Begitu angkuh betul si peliwat ni, jikalau Anwar telah dikaitkan dengan hampir 10 penama pemain bontot.. takkanlah seorang pun tak sangkut....

Mustahil je bunyinya...!!?

Sumber & Selanjutnya KLIK


Saksikan video X-LUSIF AIDC:




22 Ogos 2011

LIVE DARI KAMAR PERBICARAAN ANWAR: Tok Bomoh orang asli Anwar beri semangat di kamar mahkamah?



Anwar Ibrahim memilih untuk memberikan keterangan bela diri daripada kandang tertuduh, hari ini.

---------------------------------------------

8:36 - Kira-kira 12 orang penyokong Anwar termasuk Saden Wateh. Mereka menantikan Anwar tiba. Di luar kamar mahkamah, ada kira-kira 30 wartawan tempatan. Belum dibenar masuk lagi.


8:43
 - Barisan Pendakwa dah masuk dalam kamar kecuali Peguambela belum ada seorang pun masuk. Wartawan dibenar masuk. Rata-rata mereka menjangkakan kes ditangguhkan dan Anwar akan sedaya upaya elak bicara hari ini.

8:48 - Seramai lebih kurang 20 orang memakai baju kuning berkumpul di luar mahkamah Jalan Duta bagi memprotes dan mengecam dsai ekoran kes liwat. Kumpulan ini di ketuai oleh SD Johari, ahli UMNO SHah ALam. Pada T Shirt tertulis Peliwat 2.0. Kah Kah kah ...

8:49 - Dalam kamar ada 4 pemerhati luar negara, rata2 dari Australia dan AS. Mereka menjadi pemerhati untuk proses pembelaan. Juga kelihatan Tok Bomoh org asli Anwar. Mungkin beri semangat kepada Anwar untuk bela diri.

8:59 - Kumpulan baju kuning tadi mengenali diri mereka sebagai Gerakan Anti Liwat 2.0. Mereka bawa beberapa sepanduk bertulis 'Mahkamah Keadilan dipermainkan', 'Selamatkan Malaysia dari Peliwat 2.0', dan 'Justice with Saiful - We will be with you forever'.

Betul sangat ... pasal seekor binatang Peliwat negara kita jadi huru hara, tidak aman, dan kucar kacir.

9:02 - Nair baru tiba bersama pakar forensik dari Australia, Dr Brian McDonald. Nair kelihatan agak ceria sambil melambai kepada beberapa pemerhati luar dikamar. Beliau turut tergesa-gesa keluar kamar untuk adakan perbincangan.



Suspek kami ... Dr Brian MacDonald sudah dapat doktor yang sanggup rosakkan reputasi profesyenal untuk wang yang lumayan bagi memperakui A&W Anwar sudah tidak berupaya. Konon orang 60an umur tak upaya balun orang 20an ...

Usahlah bermimpi. Dulu ngaku hebat. Panjang pun sampai ke lantai ...

9:12 - Peliwat 2.0 tiba bersama isteri dan dua orang anak. Juga kelihatan lebihan kaki ampunya seperti Yusmadi Yusof, Latheefa Koyak, dan N. Surendren. Anwar kelihatan agak tidak ceria dan sedikit mengantuk. Mungkin fikirkan nasibnya pada pagi ini.

Nota untuk Vinnan: Bolayan. Jangan bersusah nak komen sini keling rasis!

9:21: Kelihatan hadhir adalah Rodzan Mat Rasip - Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat

9:23 - Anwar kelihatan berbincang dengan S Nair. Kelihatan serius dan kritikal. Apa yang mahu dilakukan? Tangguh? Bela diri sebentar?

To use or not to use that last card???? Decision decision decision ...

9:25 - Macam mana rupanya itek duduk bersebelahan bomoh orang Asli? Abdul Malik "Itik", ADUN Melayu boneka dari Batu Maung sampaidan didudukan sebelah Bomoh Orang Asli.

Karpal baru tiba di luar mahkamah dan sebelum masuk kamar, dia memanggil semua barisan peguambela untuk bincang. Mesti benda serius ni ... dari tadi macam gini.

9:28 - Beberapa wartawan menjangkakan 7 orang akan dipanggil sebagai saksi - PM, Rosmah, Musa Hassan, Rodwan, Dr Osman, Jururawat Pusrawi dan salah satu dari dua orang gaji Hasanuddin. Mereka akan meminta mahkamah keluarkan sapina.

9:31 - Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah baru tiba. Khalid seperti baru bangun tidur dgn rambut kusut masai.

------------------------

9:34 - Bicara mula. Hakim nyatakan 3 pilihan - beri keterangan dalam kandang saksi, kandang tertuduh dan b'diam diri.

Anwar pilih beri kanyataan dari dalam kandang saksi. Semasa hakim nyatakan itu, Anwar bangun tanda faham dan muka agak pucat.

Jeng jeng jeng ...

9:37 - Karpal minta 15 minit rehat sebelum Anwar beri keterangan. Dah masanya pun masih nak tunda lagi. Hai .... pakar tunda.

Hakim agak tegas pagi ini dan tak melayan permintaan Karpal.

9:47 - Anwar masuk kandang tertuduh dan kelihatan muka agak merah dan tertekan. Turut membaca kertas yang mengandungi perkara yang akan diberi keterangan.

Mahfudz baru tiba. Pembacaan peliwat terganggu dengan kehadiran Mahfuz dan terpaksa bersembang dengannya. Wan Azizah kelihatan agak tenang dan sedikit tertekan. Senyap untuk menantikan suami bela diri.

9:57 - ANwar menceritakan dituduh liwat kali pertama semasa zaman Tun Dr Mahathir dan kejadian itu 15 tahun lalu. Mendakwa tuduhan tersebut adalah fitnah untuk menjatuhkannya. Dia mendakwa Saiful menipu dalam kenyataan.

Anwar menyatakan senario sama untuk kes kali ini dan personalitinya adalah sama untuk kes liwat pertama. Semuanya konspirasi menjatuhkannya.

10:03
 - Anwar mendakwa pendakwa gagal dalam tugasnya dalam kes ini seperti senarai saksi; nota perubatan; keterangan saksi; dan forensik. Dia menyatakan pihak luar menyatakan beliau sengaja delay kes dan dituduh semua ini mainan UMNO. Dia turut meyelar media massa kerana tidak beri kenyataan sebenar dan semuanya berlandaskan politik. Rata2 Anwar menyalahkan UMNO dalam melakukan konspirasi.

Hakim kelihatan hanya mendengar kenyataan Anwar tanpa mencatatkan fakta.



10:03 - Anwar mendakwa pendakwa gagal dalam tugasnya dalam kes ini seperti senarai saksi; nota perubatan; keterangan saksi; dan forensik. Dia menyatakan pihak luar menyatakan beliau sengaja delay kes dan dituduh semua ini mainan UMNO. Dia turut meyelar media massa kerana tidak beri kenyataan sebenar dan semuanya berlandaskan politik. Rata2 Anwar menyalahkan UMNO dalam melakukan konspirasi. 

Hakim kelihatan hanya mendengar kenyataan Anwar tanpa mencatatkan fakta. 

10:10 - Anwar menyelitkan ayat al-quran surah al-maidah ayat 8. Rata-rata yang hadir agak tercengang dengan ayat tersebut mengenai keadilan. 

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

10:13 - Anwar menuduh Farah Azlina telah membocorkan kenyataannya dan saksi kepada Saiful. Ketidak adilan berada di pihak Pendakwa. Tindakan AG mengeluarkan Farah agak lewat memandangkan berlaku kebocoran. Anwar menyatakan eviden ini adalah kukuh. 

Mengenai pra penghakiman hakim juga berlaku tidak adil memandangkan keputusan samada bersalah atau tidak perlu diberikan selepas berakhirnya bela diri dan bukan ditengah-tengah bicara. Disitu dilihat ketidakadilan dan bias. 

10:25 - Maaf lambat skit maklumat sampai.... 

10:32 - Semasa Anwar beri bela diri, Karpal nyatakan sesuatu pada Dato Yusof yang duduk bersebelahan. Kebanyakan yang hadir agak mengantuk dengan kenyataan Anwar yang kerap menyalahkan pihak lain atas kesalahannya. 

10:38 - Anwar turut menyatakan "How could these circumtances to take stand under oath they refuse to testify in the court. PM, his wife, Rodwan, and Musa came to be interviewed and not prepare to be interviewed. This cause sapina for their presence." 

10:42 - Anwar mengesahkan kehadiran melalui rakaman video oleh forensik. Kehadiran untuk tugas meeting bersama Ibrahim Yaacob. Dia menyatakan tuduhan tersebut adalah fitnah oleh Saiful yang mempunyai hubungan politik dan merupakan UMNO Operative. 

Adakah wajar seorang tua umur 60 thn melakukan kerja seks ini? 

10:47 - Anwar berkata Saiful membuat fitnah dan perjumpaan dengan PM dan Rodwan merupakan konspirasi. Menyatakan kenyataan Dr Siah dan Nor Idora dari Jabatan Kimia boleh dipertikaikan kesahihannya dan mempunyai perancangan tertentu terhadapnya. 


10:52 - Anwar minta tangguh kerana penat bercakap. Sambung jam 1115.

Anwar duduk dbarisan kedua peguambela memandangkan dalam dock tiada ada microfon. Tetapi hakim setuju utk mengandaikan dalam rekod bahawa Anwar duduk dalam dock.



RUMUSAN: 

Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh dan dalam keterangannya Anwar memberi latarbelakang beliau bermula dari pemecatan beliau dari kabinet oleh Tun Dr Mahathir, Mantan PM atas alasan salahguna kuasa dan skandal liwat yang ddakwa suatu konspirasi menjatuhkan beliau.

Anwar menafikan kes liwat terhadap Saiful dan ia merupa konspirasi kedua pihak tertentu bagi menjatuhkan karier politik selain ia suatu character assanination. Menariknya beliau merujuk kepada perbicaraan Nelson Mandela yang tidak adil semasa berjuang menentang dasar arpartheid.

Anwar menuduh Tan Sri Gani Patail serta Tan Sri Musa Hassan dipergunakan pihak tertentu bagi menjatuhkan beliau dua kali berturut iaitu pada 1997 dan 2008.

Dia menuduh pihak pendakwa tidak memberi keadilan sepenuh bagi pembelaan beliau (tidak membekalkan bukti-bukti yang dminta). Ini katanya telah menyebabkan wujudnya prejudis dan kesukaran terhadap pembelaannya.

Anwar turut menuduh pemimpin politik UMNO di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, PM m serta media massa UMNO.
---------------------------------------------------------

11:15 - Bicara sambung. Karpal minta hakim supaya Anwar beri kenyataan sambil duduk.

Anwar menyatakan Twitter mengenai tiga barang kes dan tahanan terhadapnya. Menurutnya penggambilan barang kes tersebut tidak ikut undang-undang.

Turut dipertikaikan keputusan hakim pada awalnya telah ditarik selepas pendakwa mengemukakan salinan asal waran tangkap.



11:23 - Anwar mempertikaikan bukti utama yang menjadi asas utama pendakwa sebagai dipergunakan untuk memburukannya. Bukti DNA lewat 43 jam lambat dihantar ke Jabatan kimia oleh IO. Kelewetan tersebut adalah serius memandangkan dicemarkan bakteria dan tidak ikut IGSO.

11:30 - Awnar mendakwa apa yang berlaku adalah konspirasi PM untuk menjatuhkannya. Ini bukan perbicaraan jenayah. Kes yang sama berlaku pada 1998. PM jadikan Tun Dr Mahathir sebagai mentor dan gunakan AG dan polis dalam melaksanakan kerakusan politik. Tujuannya adalah satu untuk memburukannya. Saiful dipergunakan untuk menjatuhkannya dimana sebelum ini bermasalah di Universiti.

11:43 - Anwar menyatakan perbicaraan ini bukan adil kerana ada campurtangan pihak ketiga dan disusun dengan rapi untuk menjatuhkannya.

11:47 - Anwar selesai beri keterangan bela diri.

11:48
 - Karpal minta statement Anwar sebagai ditender. Dato Yusof minta masa untuk kaji keterangan berunsur politik Anwar di luar kandang (saksi). Karpal juga mohon sapina untuk panggil saksi. Hakim nyatakan kes sambung esok jam 9 untuk pakar forensik dan DNA dari luar oleh pihak pembelaan.



Untuk mengikuti kisah perbicaraan liwat Anwar selanjut: KLIK The Unspinners


Mari imbas kembali video ini:


21 Ogos 2011

Bila pulak media pakatan haram nak minta maaf dengan PM??? Klik, tengok sini....



Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Sumber- Bernama

19 Ogos 2011

DS Najib, usah dilayan lagi dah tekak puak pakatan haram ni... Klik tengok!



Baru kelmarin kawan menyiarkan artikal tentang ini...KLIK sini. Bila saja Kabinet telah bersetuju dan memutuskan Jawatankuasa Parlimen itu akan ditubuhkan...

Semalam juga Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali dalam kenyataan yang mana pakatan kemungkinan akan memulaukan Jawatankuasa Parlimen yang akan ditubuhkan tak lama lagi. Dengan alasan ada 'siri-siri teknikal' yang tidak selari dengan kehendak pakatan.


Emm... itu lah sikap sebenar pakatan haram ni spertimana yang kawan katakan kelmarin. Bagi lah cantik mana bunga pun... Tak kemana mereka menilainya.

DS Najib... sudahlah jangan layan lagi monyet pakatan ni... Tok bagi makan pun dia gigit, tak dibagi makan pun dia gigit... Akal ntah kemana. 


Anwar tentang Peguam JAWI pulak..... Klik,saksikan video.




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta En. Zainul Rijal yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengendalikan tuntutan Qazaf yang dikemukakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semalam.


Apa kata Nwar:



Sumber video: KLpos.com


ISU BERKAITAN: 
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Rayuan itu belum didengar. 

18 Ogos 2011

Anwar nak saman TV3 kerana video ni??? Saksikan!

Sakit kepala...wooiiiiii!!!



DS Najib, tahu puas ke puak pakatan haram ni??? KLIK tengok...!

Buat lah apa saja pun, bukan baru hari ini kawan kenal gelagat puak-puak pakatan haram yang terus haram sampai kehari ini.


Menidakkan serta menolak apa saja kelebihan dan kebaikkan pemerintahan kerajaan hari ini adalah perjuangan sebenar mereka. Ini semua taktik mereka. Terutama Anwar Al-Juburit sendiri yang sering memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar.


Kita sama-sama tunggu & lihatlah, apa lagi sandiwara haramjadah ni selepas ini.... Adakah hal ini akan mencapai matlamat sepertimana apa yang kita mahu lihat... 


Payah kawan nak percaya yang puak haramjadah ni akan puas dengan apa yang di lakukan DS Najib dalam hal ini....KLIK: Puas la hati pembangkang...

Pesanan Timbalan Perdana Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pembangkang agar tidak berprasangka buruk terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen khususnya daripada segi komposisi anggotanya.
"Jangan buat andaian dan sebaiknya gunakan kesempatan dengan penubuhan jawatankuasa ini untuk bincangkan perkara-perkara yang mereka ingin bawa", kata TPM.
Sumber : BHarian Online



Puas la hati pembangkang...

“Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai..."

“Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka, maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem,” kata Datuk Seri Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang diambil kelmarin adalah untuk “memuaskan” pembangkang meskipun mereka menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

“Kami mahu sesiapa yang memerintah negara ini dipilih mengikuti kehendak sebenar rakyat,” tambahnya.

Sumber: Malaysia Insider

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.