Laporan beberapa akhbar tempatan berkaitan isu serbuan sebuah gereja di Damansara tempohari turut mengheret serta menyentuh nama Negeri Sembilan apabila timbulnya pengakuan seorang yang dikatakan janda anak empat terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja kerana kegagalannya mendapat bantuan daripada pihak dalam negeri yang bertanggungjawab. KLIK
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.
Dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
Disebalik keluhan Nur ini, apa yang sebenarnya berlaku adalah palsu belaka... Kenyataannya telah menjadi bualan hangat serta mencetus persepsi buruk terhadap pihak yang bertanggungjawab keatas perkara ini...
Untuk mengetahui kebenaran yang sebenarnya.. Kita ikuti penafian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang mana turut kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.
Selanjutnya klik tajuk di:
ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.
Tahniah MAINS dan juga kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan di atas kejayaan memimpin MAINS ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang.. Syabas!
0 comments:
Post a Comment