#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 August 2011

LIVE DARI KAMAR PERBICARAAN ANWAR 24/8: Anwar mengaku "suka sama suka"? KLIK BACA SINI!




Semalam dua saksi mengambil tempat - Dr Osman, Pusrawi dan Dr David Wells. Kenyataan Dr Osman boleh kita anggap boleh dibakulsampahkan.

Namun kenyataan Dr David Wells tidak boleh dipandang ringan dari segi psyop. Wells semalam cuba menimbulkan "trouble issues" berkenaan ujian DNA. Kononnya cara prosedur dan catatan rekod yang diamalkan di Malaysia dan khususnya untuk ujian DNA Anwar tidak menyakinkan.

Komen sumber peguam kami kata tahap yang kononnya "kurang ISO" kepada Wells tidak cukup untuk menidakkan finding pakar tempatan. Pasti jentera Pakatan akan cuba mensterilisasikan Anwar.

Suatu perkara lagi yang cuba ditimbulkan adalah kononnya ada pencemaran pada sample yang Anwar kata pencemaran bakteria. Pencemaran bakteria tidak mengubah DNA. Itu fakta sains untuk seorang graduan Pengajian Melayu fahami.

Liputan kami semalam agak kurang kemaskini semalam. Muga keadaan akan lebih baik dengan soalbalas dari pendakwa Dato Yusof hari ini.

Sementara itu, pastikan anda baca isu "Anwar mengaku "suka sama suka"?" yang bermakna dia mengaku sodomi berlaku. Itu mengesahkan 377B!

--------------------------------------------------

0800
 - Keadaan d sekitar lobi mahkamah masih tenang. Hanya terkesan beberapa orang kuncu Anwar di lobi.

0830 - Wartawan mula beratur di hdapan pintu masuk kamar perbicaraan.

0845 - Barisan pendakwaan sampai di kamar. Kelihatan Dato. Rodwan yang hadhir sebagai saksi. Dr Shahrom, Ketua Patologi Forensik HUKM ada sebagai pemerhati pihak DPP.

0849 - Wartawan dan pemerhati asing mula memenuhi tempat duduk galeri awam. Kesan kelibat bomoh Anwar, Bhajan Singh dalam kamar. Nak mandram Dato Yusof agar tidak boleh cross-examin saksi Anwar

Seperti biasa barisan peguam pembelaan Anwar yang diketuai oleh tunda cat Karpal Singh datang lambat. Hanya mencerminkan their poor upbringing and consdieration for others.

0855 - Peguam Anwar tiba di kamar mahkamah dan seperti biasa Dato Param yang tiba dahulu. Namun tiada kelibat Kapal.

0858
 - Anwar dan Wan Azizah, Ketua Umum Persatuan Membabi Buta Pada Suami serta kuncu2 tiba dikamar. Wajah Anwar agak suram pagi ini. Risau DPP hantam saksi pakarnya kot.

0904 - Perbicaraan bermula dengan DPP yang dwakil oleh Dato Yusuf menyoal balas Dr. David Wells. Menarik hadirn pada pagi ini jelas kurang. Penyokong Anwar tak sampai 10 orang. Mungkin Anwar tak suruh datang

0914 - Dato yusuf memberi saksi sesalinan laporan polis yang dibuat oleh Saiful berhubung dakwaan tersebut serta meminta pendapatnya sama ada ia memnuhi perkara seperti dalam history taking yang sepatutnya dambil oleh Dr Wells bagi memahami kes sblum mbuat pemeriksaan.

Dr Wells dalam reaksi seperti bersetuju ia membantu dari dalam memahami kes sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut sama seperti history taking ke atas kecederaan yang ddakwa tidak lengkap/kurang dinyatakan dlm laporan perubatan saiful semalam.

0920 - Dato Chua Jui Meng dan Dato Seri Nizar Jamaludin dikesan hdir pbicaraan ini..

0926 - Berlaku sedikit kekecuhan dalam kamar apabila S. Nair membantah tindakan Dato Yusuf yang dituduh mengelirukan dengan mendakwa Dr Wells dalam keterangannya semalam bercanggah berhubung dalam nota klinikal fizikal Saiful khasnya dalam pemeriksaan dalam oral seks. Anwar tetiba bengang dengan tindakan DPP tersbut.

0940 - Dr. Well diminta merujuk kembali sesalinan slide yg mengandungi penerangan beliau berhubung pemeriksaa forensik dalam subtajuk kepentingan history taking yang terperinci seblum menjalankan pemeriksaan klinikal.

Dr. David bersejutu perlu menjalankan pemeriksaan menyeluruh jika ia berkaitan kes liwat/rogol berdasarkan history taking namun ia (pemeriksaan oral seks) tidak semestinya mempengruhi laporan perubatan dalam kes liwat yang mungkin melibat pelbagai oral seks sebelum menjurus kepada liwat.

0955 - Ketika merujuk sampel swab hasil dari pemeriksaan fizikal Saiful, Dr Wells bersetuju diambil 5 sampel swab iaitu swab dari anus Saiful (sampel 6-10) yang diambil sebagai relevan dan tidak bagi baki yang lain dalam kes ini.

Dr. Wells turut ditanya sama beliau bersetuju telah berlakunya penetrasi pada rektum berikutan terkesan air mani hasil dari sampel swab. Dr Wells setuju ...

1006 - Perbicaraan rehat sebentar.

Anwar dilihat sedikit keliru/risau dan terus mendapatkan peguamnya dan Dr Wells. Sah mesti Anwar nak tanya kenapa Dr Well bersetujunya pendapat pendakwa bahawa berlakunya penetrasi berikutan terkesan air main dalam rektum. S. Nair dan Dato Param dilihat rancak mentaklimat dan berbincang dengan Dr Wells.

1025 - Perbicaraan bersambung

Dr Wells diminta merujuk tarikh serta masa di botol swab serta seal keselamatan berikutan dakwaan beliau semalam kemungkinan boleh berlaku kesilapann terdedah kepada unsur khianat dan boleh menjatuhkan mutu/kualiti sampel. Dia menjelaskan ia hanya beri pendapat berdasarkan pengalaman beliau.

Pendakwa bertanya pendapatnya sama ada semasa proses mengambil sampel swab dari Saiful oleh doktor-doktor pakar dari HKL tersebut berlaku pencemaran ke atas sampel tsebut.

Beliau kata proses tersebut tidak dapat mengelakkan pencemaran yang minima walaupun dilakukan dengan sempurna berikutan proses tersebut memerlukan pembukaan menggunakan alatan khas bagi membuka ruang pada anus Saiful.

Selain itu, dia kata pencemaran ke aras sampel boleh datang dari pemeriksa, bilik serta peralatan yang dgunakan.

Semua jawapan teoretikal dan hipotetikal yang diberi dan tidak spesifik jelas mengatakan sampel sudah tercemar.

Anwar dilihat tekun mendengar hujah soal balas tersebut. Alah ... kau jangan pura-pura faham. Kau tahu bancuh budak bancuh kopi, bancuh test tube pun tak pernah!!!


1049 - Dr Wells dirujuk kepada pendapat beliau sebelum ini yang tidak bersetuju kesimpulan laporan perubatan tersebut. Semalam dia tidak bersetuju atau tidak setuju dengan tepat terutama dalam kesimpulan tersebut yang menyatakan tiada bukti kecederaan fizikal dikesan tidak bermakna tiada berlaku penetrasi.

Beliau berpendapat tiada penetrasi berikutan tiada bukti yang konklusif terhadap penumuan yang menyatakan berlaku kecederaan dikesan dalam anus. Ketika ditanya lebih lanjut berhubung perkara tersebut samada kemungkinan kerana beliau tidak bersetuju kerana penggunaan ayat konklusif yang mengelirukan sebalik patut menggunakan tiada bukti kecederaan maka tiada liwat berlaku.

Dr Wells bersetuju dengan laporan perubatan forensik yang dibacakan oleh DPP yang menyatakan wujud penemuan bahawa kecederaan pada anus atau rectal area semasa liwat boleh hilang dengan sendirinya dalam masa yang singkat selepas berlaku kejadian tersebut.

1106 - DPP bertanya sama DNA seseorang yan boleh dicemari bukti yang di simpan dalam botol serta bungkusan, maka kesan DNA boleh dikesan dalam ujian tersebut.

Dr. David menjawab ia mungkin berlaku jika sampel swab yang mengandungi sperma sengaja diletakkan wujud DNA pelaku tsebut.

Ini hanya jawapan hypothetical mungkin. Tindakan ini bagi menyangkal hujah bahawa tiada berlaku tampered evidence pada sampel swap sehingga menjejaskan keputusan analisis kimia. Jika ia berlaku ia akan nyata dikesan semasa ujian DNA tersebut.

1118 - Ketika ditanya mengenai keberkesanan pengambilan sample swab di bahagian rectal swap selepas 36 jam berlakunya liwat. Dr. David tidak pasti tapi merujuk pada pengalaman beliau, ia masih boleh digunakan dan tiada penemuan terperinci berapa lama sperma boleh tahan dalam rectal.

Dr Wells memaklumkan bahawa pernah berlaku satu kes di Australia pada mana sperma boleh bertahan selama 55 jam selepas ia diletakkan dalam rectal/anus. Dia menjelaskan bahawa rata-rata kes pada masa sekarang yang dilaporkan sampel swab sperma diambil sekitar 24-36 jam dari masa kjadian.

Lagi saksi kantoikan sendiri teori konspirasi Anwar dan PKR. Anwar tak bayar ke Dr Wells? Kah kah kah ...

1133
 - Sebelum ini Dr Wells menyatakan bahawa beliau percaya sperma boleh tahan sehingga 36 jam dari masa ia dletakkan d dlam anus namun x myangkal ia boleh bertahan lebih dari 36 jam.

Mahkamah berhenti rehat. Anwar terus mendapatkan S. Nair untuk mendapatkan penjelasaan berhubung kes beliau.

Rancak dia bersembang dengan peguam pemerhati dari Pertubuhan Peguam Komanwel. Manakala Tok Moh dilihat sedang jenak dibuai mimpi. Letih mandrammm tak menjadi.

Rata-rata wartawan dilihat agak bersetuju pendapat Dr David Wells adalah berdasarkan pengalaman selain faktor kes analisis 24-36 jam adalah paling banyak dlaporkan.

1156 - Chua Jui Meng rancak sembang dengan Tok Moh Anwar. Nak pakai khidmat untuk Johor?

Yusmadi Yusof sedang sembang baik dengan reporter dari AP. Budak ni memang pandai dalam kepura-puraan intelektualisma.

1200 - Karpal Karam Singh si Tunda Cat sampai ke kamar. Patutlah Anwar nampak risau sepanjang pagi tadi. Orang kuat berkerusi roda tiada sepanjang pagi.

Anwar terus ke arah Karpal untuk petunjuk. Nak adu saksi kena kerat 18 3/4 oleh Dato Yusof.

1209 - S. Nair mohon mewakili pihak pembelaan untuk memeriksa semula saksi.

Dr. David Wells setuju.

Sankara cuba mendapatkan persetujuan Dr David Wells untuk membetulkan "fakta" bahawa history taking merupakan perkara penting/tunggak dalam mpengaruhi pengurusan pemeriksaan fizikal dan antara faktor utama penyediaan laporan perubatan.

Sangkara ditegur oleh hakim kerana cara menyoal seperti saksi adalah saksi pihak pdakwaan. Karpal mencelah bahawa tiada bantahan dari pihak DPP.

1222 - Sankara cuba menyoal balik dengan cara berlainan. Sekali lagi Sankara Nair ditegur hakim kerana soalan yang tidak relevan ke atas saksi berikutan perkara tersebut tidak disentuh oleh DPP smasa cross examination. Sebentar tadi Dato Yusof bangkit membantah.

Kalau macam ni, Sangkara Nair sudah gagal nak counter hujah dato yusuf. Habis Anwar!!!!

1242 - Dr Wells dibebaskan dari kandang saksi.

Yusri Ali, Pengurus Pentadbiran Hospital Pusrawi dipanggil memberi keteranan sebagai saksi pembelaan.

1245 - Antara soalan Karpal adalah kepada laporan perubatan Saiful di Pusrawi yang disediakan oleh Dr. Osman. Yusri menjelaskan bahawa yang ada dalam simpanan adalah hanya salinan dan tidak tahu mana laporan yang asal kerana beliau hanya baru mengambilalih pentadbiran hosptal.

Berlaku sedikit kekeliruan kerana Karpal beritahu tiada salinan original untuk ditender pada mahkamah. Mana tidak, RPK tidak pulangkan ....kah kah kah 

Perbicaraan ditangguh pada 9 pagi esok.

Sumber: The Unspinners

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.