#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 August 2011

KES LIWAT SAIFUL: Laporan palsu??? Klik tengok...


Laporan Kesihatan Hospital Puswari Tidak Valid (II)



Sejak kelmarin, penulis telah menerima banyak e-mel daripada rakan-rakan yang mengepilkan bahan berita mengenai Anwar Ibrahim.

Topiknya ialah mengenai dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat berdasarkan kepada satu salinan laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

Menurut laporan tersebut, pemeriksaan digital (PR) pada dubur (anal) Saiful, tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan atau force entry disebabkan oleh sesuatu benda seperti pendarahan, nanah dan sebagainya.

Ramai yang keliru. Ramai juga yang mengutuk kerajaan kerana ia kononnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tetapi mereka juga menanyakan pandangan penulis sebagai seorang doktor.

Di bawah ini adalah jawapan penulis:-

Di dalam salinan laporan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim kepada dunia, simptom utama yang ditulis oleh doktor itu ialah tenesmus x 1/52 (satu minggu)

Dan seperti yang penulis katakan sebelum ini, dakwaan ‘alleged assault’ seperti tidak penting dan ditulis di satu sudut di hujung kertas tersebut.

Sungguh pelik dan mencurigakan!

Tenesmus is the constant feeling of the need to empty the bowel, accompanied by pain, cramping, and involuntary straining efforts. Pain - passing stool; Painful stools; Difficulty passing stool. Tanya diri sendiri, berapa orangkah di antara anda yang pernah ke klinik atau hospital kerana tenesmus seperti Saiful Bukhari?

Dan berapa orangkah di antara anda pernah disuruh doktor untuk membuka seluar, baring menghadap dinding dan kemudiannya terasa jari di masukkan ke dalam duburnya kerana mengadu sakit di bahagian itu?

Tentu jarang sekali.

Dan apabila doktor hendak melakukan prosedur itu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menerangkan prosedurnya dan kemudian meminta izin (consent).

Tetapi prosedur itu hanya untuk kes-kes yang biasa.

Dan biasanya, penyakit-penyakit yang disyaki ialah buasir (piles) atau pun luka (fissure) di mana ianya boleh disyaki terlebih dahulu dengan mendapatkan sejarah mengenai simptom tersebut daripada pesakit tersebut sebelum melakukan pemeriksaan fizikal.

Akan tetapi, peranan seorang doktor biasa (yang bukan pakar perubatan) yang bekerja dengan swasta terhenti setakat mendapatkan informasi sahaja apabila pesakit mengatakan bahawa beliau telah di assault atau menjadi mangsa seksual. (kecuali kes-kes yang membahayakan pesakit seperti pendarahan yang banyak.)

Malah, apabila Saiful menerangkan kepada doktor itu bahawa benda tumpul telah dimasukkan ke dalam anus beliau, doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).

Tetapi doktor di Hospital Pusrawi dilaporkan masih juga melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

Tidakkah itu merupakan satu tindakan yang mungkin boleh merosakkan bukti, mencurigakan dan tidak masuk akal ? Tentu sekali.

Seperkara lagi, diagnosis yang ditulis oleh doktor itu ialah TRO (to rule out) assault (sodomise).

Maksudnya doktor tersebut tidak sekali-kali telah membuat diagnosis yang tepat (mengatakan bahawa Saiful tidak diliwat), cuma Saiful perlu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dan hari ini, yang berlagak pandai seperti seorang doktor ialah Anwar Ibrahim, Raja Petra dan beberapa orang lagi yang membuat rumusan sendiri hanya berdasarkan findings pemeriksaan anal seorang doktor biasa!

Dalam hal ini, penulis tidak sangka yang Anwar Ibrahim sanggup mementaskan drama yang berkualiti rendah dan semurah ini.

Seperkara lagi, kesahihan kesinambungan bentuk tulisan di atas laporan itu juga merupakan satu perkara yang amat mencurigakan.

Penulis mengaku bahawa tulisan doktor biasanya ‘tercantik’ di dalam dunia dan sukar untuk dibaca tetapi jika kita amati, terdapat dua (2) corak tulisan yang jelas berbeza di dalam satu mukasurat yang sama.

Ini juga amat mencurigakan.



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.