#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 August 2011

DAP campur tangan kes liwat? Klik baca sini...

Penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai campur tangan DAP dalam kes tersebut.

Malah, tindakan Karpal Singh menggunakan prosedur mahkamah dengan membuat tuntutan yang tidak munasabah bagi kes tersebut hanya untuk keuntungan politik DAP dan pembangkang.

Pada masa yang sama tindakan Karpal yang merupakan Pengerusi DAP juga memperlihatkan beliau seolah-olah dengan sengaja mahu melambatkan perbicaraan Ketua Pembangkang itu.

"Sekiranya Karpal mahu perjuangkan keadilan Anwar, berhenti sahaja daripada menjadi Pengerusi DAP. Nampak sangat Karpal mempunyai konflik kepentingan sendiri. Isu ini telah menjadi semakin kalut.

"Secara terang dan nyata, orang yang Karpal pertahankan itu adalah Ketua Pembangkang dan dia pula Pengerusi DAP. Bagaimana beliau boleh asingkan diri antara peguam dan pengerusi dalam perkara begini. Adakah kerana Anwar turut berada di dalam kapal yang DAP layari,'' kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed lagi kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang dari awal telah membayangkan penangguhan perbicaraan apabila mendakwa perlu mengambil masa bagi menjalankan proses menemubual kesemua saksi yang disenaraikan.

Jelas Mohd. Zin, tentunya ramai dapat berfikir secara logik bahawa Pengerusi DAP itu menjadikan kes liwat tersebut sebagai 'peluru' untuk beliau mengukuhkan lagi benteng politik pembangkang.

Persoalannya kini adakah benar Karpal mahu mencari kebenaran di sebalik kes liwat Anwar atau semata-mata untuk keuntungan politiknya sahaja???

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.