RM2.6 wang 1MDB?

19 Ogos 2011

Anwar tentang Peguam JAWI pulak..... Klik,saksikan video.




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta En. Zainul Rijal yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengendalikan tuntutan Qazaf yang dikemukakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semalam.


Apa kata Nwar:



Sumber video: KLpos.com


ISU BERKAITAN: 
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Rayuan itu belum didengar. 
Reaksi:

3 ulasan :

  1. Oi susah-sudah lah bang nuar oiii, kita org dah muak dengan dolak-dalih bang nuar..bawaklah banyak bertaubat...ge Mekah doa depan kaabah minta diberikan petunjuk...

    BalasPadam
  2. Maaf, serius aku tak tau... anwar pernah buat haji tak? Klu pernah, bila? (mintak maaf sbb terlepas pandang)

    BalasPadam
  3. camner nak mertabatkan mahkamah syariah selagi kerjaan Be End merintah?? kecil bidangkuasanya, w/pun bangunannya besar, cantik berbanding mahkmah biasa. hakim2nya syok sendiri, bermegah2 dgn gelaran Yang Arif, sedangkan bidangkuasanya x seberapa ........

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.