GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label DSaZa. Show all posts
Showing posts with label DSaZa. Show all posts

28 July 2015

Senarai Kabinet Baru: Tahniah DS Azalina Othman - Ahli Parlimen Pengerang


Tahniah Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang atas lantikkan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rombakan barisan Menteri Kabinet, di Putrajaya hari ini.
Pengumuman rombakan Kabinet ini menyaksikan seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baru telah dilantik berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.
Berikut senarai Kabinet baru:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri:
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan: Datuk Saravanan A/L Murugan
Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahadhir Khalid
Timbalan:
P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan
Senator Tuan Chong Sin Woon
Menteri KPDNKK : Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar : Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan: Datuk Ir Hamim Samuri
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Ahmad Maslan
Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air : Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Haji Tajuddin Andul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan: 
Datuk Alexander nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Komunikasi dan Multimedia : Datuk Seri Mohd Salleh Keruak
Timbalan: Datuk Jailani Johari
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican naina Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi : Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan:
Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot
Timbalan: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Moha A/L Jaganathan
Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Di JPM :
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Sri Idris Jala
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Azalina Othman Said
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
 Datuk Mah Siew Keong
Nancy Shukri
Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri Di JPM :
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki (Hal Ehwal Agama)
Datuk Razali Ibrahim
Antara yang digugurkan adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini memegang portfolio di Kementerian Dalam Negeri (KDN). 
Selanjutnya KLIKSINI

12 June 2014

Pemindahan 'Kubur Cina' di Pengerang berjalan lancar.



Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas,

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman berkata, kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini.

PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja.

"Pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu," tambah Noorazam.

Kubur lain di Pengerang tidak terjejas kerana kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan.Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka.

Menurut beliau lagi, perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi.

Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat.Setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park.

Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris.

"Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga," kata jurucakap itu. 

4 March 2014

RAPID PENGERANG: Agih projek kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera



Kerajaan negeri Johor bakal memuktamadkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera tempatan.

Menurut laporan berita sebelum ini, PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai pelaburan akhir RAPID, hujung bulan ini.

Pelaburan bernilai RM60.6 bilion tersebut, membabitkan projek dan kontrak kerja antaranya pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam.

"Kerajaan negeri turut mengadakan rundingan dengan pihak PETRONAS dan dijangka peroleh satu keputusan yang positif, dari itu. Dalam soal ini, kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,” kata DS Khaled Nordin kepada media ketika majlis perasmian Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor, baru-baru ini. 

Bagi kontraktor bumiputera di negeri Johor yang berminat dengan projek RAPID ini, diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan dalam mendapatkan kontrak yang ada. 


21 January 2014

PRU14: UMNO-BN Johor yakin kekal kuasa - YB. Md Jais.


 YB. Md. Jais Sarday

Umno Johor mengatur pelbagai strategi untuk mengekang usaha pakatan pembangkang terutamanya DAP yang mahu menjadikan negeri ini sebagai "medan peperangan utama" pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Setiausahanya yang baru dilantik Md Jais Sarday berkata, ia merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani oleh Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

"Kita mengambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang tentang usaha parti itu untuk menguasai Johor. Ia adalah cabaran untuk kita di Umno dan BN," katanya, baru-baru ini.

Namun, Exco kanan kerajaan negeri itu yakin menerusi beberapa strategi yang telah dan bakal dilaksana, Johor akan terus kekal menjadi kubu kuat dan "simpanan tetap" kepada BN pada PRU14.

Pada PRU13 Mei tahun lepas, pembangkang memenangi 18 kerusi Dun, dengan 13 daripada kerusi itu dimenangi oleh DAP, satu oleh PKR dan empat oleh Pas. Pembangkang juga memenangi lima kerusi Parlimen.

Mohd Jais mengulas kenyataan Kit Siang baru-baru ini yang meletakkan Johor sebagai medan utama yang bakal menjadi penentu kepada usaha pembangkang untuk menguasai negara pada PRU14.

Pengerusi DAP itu berkata, selain mempertahankan lima kerusi Parlimen, pembangkang juga berhasrat untuk menguasai lapan lagi kerusi Parlimen pada PRU14 iaitu Pasir Gudang, Sekijang, Pulai, Ledang, Muar, Segamat, Labis dan Tebrau.

Md Jais percaya DAP akan berusaha memindahkan pengundi Cina ke kawasan-kawasan sasaran serta meningkatkan pendaftaran pengundi baharu.

Beliau bagaimanapun berpendapat pengundi Cina akan kembali kepada BN di atas beberapa faktor terkini termasuk pemulihan MCA daripada krisis kepimpinan.

Sebagai parti teras orang Cina di dalam BN, MCA tidak berada di dalam kedudukan terkuatnya di dalam menghadapi PRU13 berikutan krisis kepimpinan serius yang dihadapinya, kata beliau.

"Bagaimanapun dengan kepimpinan MCA yang baharu, parti itu akan menjadi lebih teguh, tersusun serta fokus untuk memenangi kembali hati masyarakat Cina," katanya sambil menambah, sejarah negara membuktikan MCA telah berjaya memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.

Mohd Jais mendakwa masyarakat yang diwakili DAP di Johor kini mulai sedar tentang ketidakmampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah setempat yang dihadapi rakyat, berbanding ketika kawasan itu diwakili BN.

"Mereka (wakil rakyat DAP) tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Apa yang mereka tahu adalah mengambil gambar dan meletakkannya di dalam laman-laman sosial dan membuat pelbagai dakwaan untuk tujuan sensasi," katanya. - Bernama

ARTIKAL BERKAITAN KLIK DIBAWAH: 


16 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Pemuda UMNO Johor desak pihak berkuasa bertindak tegas. KLIK baca ni!

Hahasrin Hashim, Ketua Pemuda UMNO Johor.

Susulan tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) bertindak mengeluarkan kenyataan membantah keras kejadian itu pada hari ini.

Hahasrin Hashim melahirkan rasa dukacita dan amat kesal atas sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

"Saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi", katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara.

Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor.

Pada kenyataan media tersebut, Hahasrin Hashim bagi pihak PPUNJ turut mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut.

Katanya lagi, kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam.

Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin.

Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, PPUNJ melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini.

Atas pada itu, PPUNJ hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit melalui Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Selain itu, PPUNJ juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.


Berikutan dari kejadian ini, PPUNJ juga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini.

"Jangan hanya rakus mengejar kuasa hingga sanggup menggadaikan perjuangan Islam" , tambah beliau.

"Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat, semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur. Insya-Allah", katanya lagi.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI.


16 December 2013

Isu Jet @azalina : Rosmah jawab akhirnya... KLIK baca sini!


Berjela MP berikan penjelasan berkaitan isu pemergian YABhg. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar dengan menaiki jet rasmi kerajaan pada artikal berkaitan puak pembangkang memutar belitkan kenyataan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman ketika mempertahankan isu tersebut di sidang Parlimen yang lalu (KLIK VIDEO). 

Namun, sehingga kini masih lagi ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberi.

Baru-baru ini, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ditemui di kediamannya. Beliau menjawap bila ditanya berkenaan kontroversi penggunaan jet ke Qatar pada November lalu.

Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh.

"Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka"
- Datin Seri Rosmah.

Kenyataan sepenuhnya KLIK DISINI.

21 November 2013

DS AZALINA: Tindakkan pertahan isteri PM ke Qatar di 'spin' pihak pembangkang.


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman sekali lagi di serang puak pembangkang mengenai tindakkannya mempertahankan urusan pemergian YABhg. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar dengan menaiki jet rasmi kerajaan dengan kelulusan pihak kabinet semasa di sidang Parlimen, baru-baru ini. Saksi video...


Lihat print screen di bawah, apa mereka kata dan sebarkan...

Antara bahan (print screen) yang di tabur
puak pembangkang di laman- laman sosial.

Dalam artikel tersebut, DS Azalina dikatakan telah membuat kenyataan kononnya pemergian Rosmah dengan menggunakan jet rasmi kerajaan ke Qatar bukan urusan rasmi.

Sebaliknya, kenyataan beliau telah di 'spin' oleh pihak tidak bertanggungjawap.

Menurut Azalina... Pemergian Rosmah adalah rasmi dalam beberapa lawatan di Qatar.

Lawatan tersebut adalah salah satunya rombongan melibatkan deligasi Malaysia ke Qatar International Business Women Forum.


Isteri YAB Perdana Menteri menerima undangan bagi menghadiri dan menyampaikan ucaptama di Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar Kali Ke-Empat anjuran Persatuan Perniagaan Wanita Qatar pada 11hb hingga 12hb November 2013 yang bertemakan ‘Arab Businesswomen as Change-Makers’ dan seterusnya melawat HH Mohammed Bin Rashid Academic Medical Centre  dan Dubai Humanitarian City di Dubai, UAE pada 13 dan 14 November 2013.

Dunia menghormati Rosmah sebagai salah seorang 'wanita pertama' yang gigih memperjuangkan kepentingan masyarakat antarabangsa khususnya kanak-kanan menerusi NGO.
"Rosmah bukan pergi bersendirian, dia bawa sekali Malaysia delegations. Antara yang turut serta Ketua Wanita dan Puteri. Pembangkang saja spin", kata beliau.

Nah... nampaknya ternyata pihak pembangkang cuba memanipulasikan sepenuhnya kenyataan dan DS Azalina ini dengan ‘spin’ sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah.

Inilah penyakit puak-puak pembangkang dari dulu hingga sekarang.

Jadi, apa salahnya pemergian Rosmah Mansor bersama deligasi yang lain ke Qatar dengan menaiki jet rasmi kerajaan?

Dalam akta yang diperuntukkan pun ada menyatakan seperti berikut:


Sekarang... Apa yang tak jelas lagi? Banyak lagi kenyataan yang kukuh boleh dikemukakan, kalau puak-puak pembangkang masih tak puas hati...

Rosmah dijemput secara "rasmi" atas kapasitinya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Bukannya tak nak jemput isteri ketua pembangkang.... Masaalahnya diaorang tak tau mana satu isteri ketua pembangkang. Yang lelaki ke perempuan? Yang Melayu ke, Cina... 

Entah lah, tak tau mana satu isteri ketua pembangkang yang nak dijemput.... Kikikikiiiii!!!

21 October 2013

MT UMNO: Hanya Azalina dan Rosnah yang diangkat perwakilan... KLIK baca ni!

Azalina berjaya menduduki tempat ke-19 diantara 25 calon MT terpilih.
Dua dari lapan wakil kaum wanita yang dicalonkan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mendapat kepercayaan perwakilan untuk berada dalam senarai 25 barisan kepimpinan baharu kali ini.

Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin, Datuk Seri Azalina Othman Said yang kedua-duanya dari sayap Puteri serta enam calon yang dicadangkan Wanita untuk bertanding jawatan MT iaitu Datuk Dr. Norraesah Mohamad, Raja Ropiaah Raja Abdullah, Dato Maznah Hamid, Halimah Sadiq, Dato Hamidah Osman dan Dato Rosni Zahari

Keputusan rasmi yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali pada petang Ahad menyaksikan hanya dua wakil kaum iaitu bekas Ketua Puteri, Azalina Othman dan Rosnah Rashid Shirlin yang berjaya tersenarai dalam MT UMNO.

Rosnah berjaya menduduki tempat ke-15 diantara 25 calon MT terpilih.

Rosnah dan Azalina masing-masing meraih undi 146 undi dan 119 undi. Tiada satu pun dari enam calon yang dicadangkan Wanita dan Shahrizat yang terpilih.

Nampak tak?
Timbullah tanda tanya, mengapa hanya dua calon ini yang di angkat dan apakah hanya calon dan Puteri UMNO saja yang dilihat masih relevan oleh para perwakilan?

Adakah calon dan Wanita UMNO tidak sekuat mana seperti apa yang Shahrizat gembar-gemburkan?

Melihat dari keputusan pemilihan kali ini...

Terbukti pentingnya pemimpin muda diberi tempat dan keutamaan. Dah tiba masa dan ada baiknya exco dalam Wanita ujudkan kouta sekurang-kurangnya, 50% Wanita dan 50% ex Puteri. Terutama dalam exco dan jawatankuasa dalam Wanita bahagian.

MP berpendapat, dengan cara demikian... Pasti kaum wanita akan lebih mendapat tempat dalam membawa suara-suara serta pendapat akar umbi.

Kalaulah begini transformasi yang dicipta. Ternyata transformasi Datuk Shahrizat gagal diterima perwakilan.

Bak kata orang, janganlah tamak sangat... Heee!!!

Berikut adalah keputusan rasmi calon-calon yang dipilih untuk jawatan 25 kerusi Majlis Tertinggi UMNO dan jumlah undi diperolehi... KLIK SINI

20 October 2013

KEPUTUSAN RASMI UMNO PENGERANG: Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi pilihan!


DS Azalina.
Datuk Seri Azalina menang bergaya mendahului jauh di depan berbanding tiga calon lain dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian UMNO Pengerang, hari ini.

Keputusan rasmi, DS Azalina di depan dengan 173 undi, diikuti Datuk Hj. Harun Abdullah dengan 55 undi, Hj. Mohamed B. Long sebanyak 46 undi dan Abd. Jalil Abd. Kahar 14 undi.


Bagi pemilihan jawatan Naib Presidan UMNO, jumlah undian perwakilan Pengerang adalah seperti berikut:

01: ZH   - Undi : 268
02: H20 - Undi : 151
03: SA  - Undi : 193
04: ISA - Undi : 100
05: MM - Undi : 102
06: ALI - Undi : 20
UNDI ROSAK : 42

MP: Sama-sama kita doakan semoga DS Azalina Othman Said berjaya kekal tersenarai antara 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 
yang dipilih.


DS Azalina berada di kedudukan tempat ke 18 pada jam 8:50 malam.

Artikal terdahulu KLIK:
http://maelpengerang.blogspot.com/2013/10/pemilihan-umno-bahagian-pengerang-2013.html


19 October 2013

PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN PENGERANG 2013: DS Azalina menang!



UMNO Bahagian Pengerang menyaksikan seramai 295 perwakilan hadir menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bertempat di Lotus Desaru.

Pemilihan Umno Bahagian Pengerang berhadapan dengan pertandingan empat penjuru apabila penyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Azalina dicabar oleh penyandang Timbalan Ketua Umno Bahagian Datuk Hj. Harun Abdullah, Abdul Jalil Abdul Kahar dan Hj. Mohamed B. Long.

Persidangan perwakilan berjalan dalam keadaan tenang dan telah ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina mengatasi jumlah undi daripada calon-calon lain yang bertanding, ketika ini.

Keputusan rasmi dijangka akan diumum sebentar lagi.. MP akan kemaskini maklumat dan keputusan dari masa ke semasa.
Tungguuu!

17 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Silap pilih calon, jangan harap PRU-14 menang! #Azalina@MT


Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenangi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Datuk Seri Azalina adalah antara calon pilihan yang dimaksudkkan oleh Tun M.

Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa DS Azalina merupakan antara calon yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)" kata Tun M.



Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebagai pemilih pada setiap calon yang bertanding.

“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.

“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, kelmarin.


Justeru itu... Kita wajib memilih dan meletakkan DS Azalina untuk sebaris duduk di kerusi Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini. Ia adalah satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.

Selama tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pengerang, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan dua kali menang tanpa bertanding (2004 & 2008) dan satu kemenangan dengan majoriti amat besar pada PRU13 yang lalu.


Didalam Majlis Parlimen pula, beliau turut diberi kepercayaan mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 ini.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang juga ada pada DS Azalina.


Jika menyusur perjuangan dan pencapaian beliau di dalam politik,  ternyata DS Azalina antara calon yang menepati kata-kata Tun Mahathir.

Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, buat pilihan yang tepat. Harus di ingat, undi anda juga penentu kemenangan di PRU-14 nanti.



11 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Pilih yang 'BIJAK, BERANI, BENAR'


PETANG semalam, saya diajukan dengan 'chai' calon-calon yang akan bertanding pemilihan Pemuda, Puteri dan Wanita esok.

'Chai' adalah senarai calon yang diingini oleh pihak tertentu untuk 'disogokkan' kepada ribuan perwakilan mengundi.

Senarai ini diharapkan, kalau tidak semua, dapat menduduki 20 kerusi barisan Exco tiga sayap parti ini.

Di sebalik 'chai' yang tertera di atas sekeping kertas kecil, saya ingin menarik perhatian kepada perwakilan yang akan mengundi esok betapa mereka perlu meletakkan individu-individu 'yang betul' dalam saf Pemuda, Wanita dan Puteri. Pastikan mereka ini yang benar-benar mahu berjuang untuk UMNO. Jadi sebenar-benarnya orang UMNO.

Saf Exco yang bakal diketengahkan nanti mestilah yang berkeupayaan memahami gelombang era Internet dan laman sosial yang kian menuntut kualiti pemikiran kehidupan sekarang. Barisan Exco tiga sayap ini harus mendalami kehendak-kehendak orang Melayu, limpahan anak muda yang semakin meningkat dalam senarai daftar pengundi dan kepentingan keharmonian kehidupan semua kaum.

Perjuangan yang akhirnya sudah tentu untuk terus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam majoriti tercantik perlu dimulakan dari sekarang.

UMNO memerlukan pemikiran pejuang mudanya yang strategis, yang tidak lagi berjuang cara lama. Buangkanlah taktik dan strategi tidak praktikal untuk menambat hati pengundi. Buanglah elemen sebegini seperti mana yang sempat saya temui dalam catatan sebuah blog:

"Teringat ketika di Felda Chemplak Barat, pada satu malam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang yang lalu. Malam itu seorang pemimpin kanan DAP dijadualkan berucap di kubu kuat UMNO.

"Di seberang lorong tempat pemimpin DAP itu dijadualkan berceramah, berdiri sekumpulan tidak lebih 12 orang Pemuda UMNO dengan lengkap beruniform Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mereka ke situ bukan untuk mendengar ceramah pemimpin DAP terbabit tetapi untuk menzahirkan protes mereka terhadap kedatangannya ke kawasan Melayu.

"Beberapa ketika sebelum pemimpin DAP itu tiba, beberapa ketua mereka dilihat sedang berunding dengan pihak polis yang melingkungi mereka. Tindakan polis melingkungi bukanlah bagi menghalang mereka mara ke hadapan sebaliknya bagi menjaga keselamatan mereka. Bahkan jika polis tidak berbuat demikian, dipercayai mereka akan lari lintang-pukang bila melihat sekumpulan tidak lebih 30 orang berkopiah merenung mereka.

"Penceramah akhirnya tiba dan ketika berada bersama sedozen pemuda UMNO itu, masih boleh mendengar dengan lantang dan lancar ceramah pemimpin DAP itu. Bagaimana dengan suara protes sedozen Pemuda UMNO itu? Bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan berakhir dengan zikir dan selawat, mereka tidak membawa sebarang impak melainkan hanya untuk diri mereka sahaja.

"Akhirnya pemimpin DAP itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir sama di dalam ceramahnya."

Cuma yang hairannya mengapa sedozen Pemuda itu memakai uniform UMNO/BN dan mengapa mereka tidak berpakaian seperti penduduk Felda dan berdiri bersama orang ramai. Adalah lebih berkesan jika pemimpin DAP itu melihat penentangan terhadapnya datang dari orang-orang Felda.

Esoknya, seorang penduduk ahli UMNO kawasan itu mengajak kesemua pemuda tadi menyertainya untuk mendengar ceramah pimpinan Pas di Tenang Station. Syarat yang diletakkan ialah mereka mesti berdiri di saf paling hadapan dan memakai baju biasa.

Dan apabila mendengar tuduhan yang tidak benar dilemparkan oleh penceramah, angkat tangan dan dengan sopan memohon penjelasan atau membetulkannya.

UMNO mencari 'harimau' dalam saf sayapnya.
Senang cerita calon yang 'Bijak, Berani, Benar'

Jangan tesalah pilih seperti calon dalam artikal ini.. KLIK SINI

30 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Calon berani dan lantang berhadapan pembangkang...

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.

Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, DS Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada DS Azalina Syed Othman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.


"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Datuk Seri Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)


Datuk Azalina ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;

" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah.
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."


Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah DS Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti DS Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


PEMILIHAN UMNO 2013: Buatlah pilihan terbaik agar UMNO ... KLIK baca ni



CALON PILIHAN DEMI SURVIVAL UMNO

Kepada 20,080 cawangan UMNO yang bakal mengundi pada Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013 nanti:

1. Sabah: 27 ribu cawangan
2. Kelantan : 2,208 cawangan
3. Selangor : 2,333 cawangan
4. Johor : 2,287 cawangan
5. Perak : 1,689cawangan
6. Kedah : 2,169 cawangan
7. Pahang : 11,097 cawangan
8. Terenggnu : 1,019 cawangan
9. Wilayah : 1607 cawangan
10. Pulau Pinang : 665 cawangan
11. Melaka : 411cawangan
12. Negeri Sembilan : 617 cawangan
13. Perlis : 300 cawangan

Berikut adalah sedikit pesanan daripada rakyat jelata yang sedang memerhati apakah UMNO benar-benar ingin berubah atau masih di tahap lama...

Apakah kategori calon yang perlu ditolak?

1. Yang sekadar beri amaran
2. Yang menjadi modal mainan serangan pembangkang
3. Yang kalah dalam PRU13
4. Yang bermusim yang hanya muncul menjelang pemilihan.
5. Yang buta media internet
6. Yang hanya pentingkan karier politik sendiri.
7. Yang amalkan kepentingan kaum keluarganya.



Kategori yang perlu dipilih...

1. Yang boleh diterima oleh parti dan rakyat.
2. Yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali
3. Yang menang dalam PRU13
4. Yang mesra media internet
5. Yang mementingkan perjuangan parti
6. Yang berpengalaman dan berilmu
7. Yang bersih diri dan ahli keluarga

Oleh itu, demi survival UMNO, maka pilihan yang sangat-sangat diharapkan adalah... (Berikut adalah nos. calon-calon yang bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

MAJLIS TERTINGGI

1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said



43. Datuk Hamidah Osman
55. Dr Zubir Harun


WANITA

KETUA WANITA
3. Datuk Maznah Mazlan

EXCO WANITA
1. Datuk Noraini Ahmad


BAGI PEMUDA PULA...

Exco

4. Arman Azha Abu Hanifah
40. Zaidel Baharuddin
75. Mohamad Nazari Ahmad


Nama-nama di atas sangat diperlukan bagi citarasa rakyat dan bekalan untuk PRU14. Seandainya ahli-ahli UMNO ingin menyahut saranan Presidennya agar UMNO sentiasa dipilih rakyat, berikut adalah kategori yang wajib dijadikan pilihan;
1. Yang digeruni pembangkang2. Yang berani dan tidak malu mengaku berjuang untuk Melayu dan Islam
3. Yang berani ke hadapan apabila hak Melayu dicabar
4. Yang berani bersuara langtang apabila ugama Islam dipersoal dan dihina

Seperti lagu "Anak Kecil Bermain Api", kita sudah tiada masa.... maka, buatlah pilihan terbaik agar UMNO kekal relevan di hati rakyat!

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


21 September 2013

AZALINA: Sah tolak Wanita, kini tumpukan MT... KLIK baca ni!


Ahli Parlimen P157 Pengerang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Dengan pengalaman dan kebolehannya sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri Kabinet serta Ketua Puteri UMNO, beliau yakin mampu mencurah bakti kepada parti, bangsa, negara dan agama.

Beliau turut menghargai jaminan sokongan yang diberikan oleh Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepadanya bagi bertanding jawatan MT.

''Saya ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Shahrizat dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Wanita kepada saya bagi merebut jawatan ahli MT,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DS Azalina sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh DS Shahrizat, bagaimanapun pada awal bulan lalu mengumumkan untuk menarik diri ekoran telah dinasihatkan berbuat demikian.

Dalam hubungan berkaitan, Shahrizat semalam menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya wujud usaha daripada pihaknya yang menggesa Azalina memberi laluan kepadanya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO itu.

Azalina dalam pada itu yakin keputusannya bertanding MT akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO.

Jelasnya, sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan, paling penting adalah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul serta bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

''UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu,''

10 September 2013

Azalina tarik diri? KLIK baca ni!



Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia.

Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sumber dalaman pasukan kempennya memberitahu, keputusan itu diambil selepas Azalina bertemu dan berbincang dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

“Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” kata sumber dalaman itu.

Sehubungan dengan itu, Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya pada 20 September ini.

Tarikh pendaftaran untuk bertanding jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri dijadualkan berlangsung pada 21 September.

Azalina, yang merupakan pengasas Pergerakan Puteri Umno telah berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang besar sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan ketua wanita khususnya selepas seorang demi seorang kepimpinan parti menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Shahrizat.

Malah adalah difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menasihati Azalina agar menimbang semula keputusannya untuk mencabar Shahrizat.

Ini kerana ramai yang bimbang sebarang pertandingan yang sengit akan mengoncang sayap Umno itu apatah lagi Wanita Umno dianggap sebagai tulang belakang parti itu.

Azalina juga menjadi mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita sendiri yang menganggap beliau tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana belum pernah berumah tangga.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," katanya.

Sebelum ini terdapat juga spekulasi yang mengatakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaakob akan turut menarik diri daripada bertanding jawatan naib ketua wanita tetapi berita ini masih belum muktamad.

Lawannya ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun, yang merupakan regu Shahrizat. - mstar

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.