GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 Julai 2011

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak saya ucapkan kepada sekelian rakan-rakan bloger MaelPengerang muslimin dan muslimat yang menjenguk ke blog yang tak sepertinya ini. 

Semoga segala amalan dan kebajikan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini mendapat keredhaan Allah SWT. Aminnn...

Calon PAS tak layak untuk bertanding di negeri kaya? Klik tengok sini.


Pakatan Rakyat Selangor tidak menyambut baik cadangan PAS agar komponen perikatan itu ada wakil di setiap kawasan Parlimen bagi memperlihatkan kesatuan mantap mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Sebaliknya, The Malaysian Insider difahamkan rakan PAS - PKR dan DAP — mahu mengekalkan semua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008, menolak idea bertukar-tukar kerusi.
Pakatan Rakyat Selangor pada pilihan raya umum 2008 memperoleh 17 dari 22 kerusi Parlimen dan 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad mengesahkan perkara itu sambil berkata beliau ada mencadangkan agar setiap Parlimen di negeri terkaya itu mempunyai calon-calon daripada kalangan parti lain untuk kerusi DUN.
Idea itu diketengahkan semasa mesyuarat yang membincangkan pembahagian kerusi pada minggu lalu.
Pakatan Rakyat sudah mula mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.
Maka persoalan yang perlu ditanya kepada PAS ialah, korang ni buta ke? Ke dah jadi orang yang tak sedar diri sebab terlalu alpa dengan kuasa?

Sampai bila nak jadi hamba kepada DAPigs dan PKR ni? Mana maruah Islam? Kata nak perjuangkan Islam. Kalau Islam terus jadi hamba, baik lupakan saja perjuangan korang tu. Buat mengabihkan masa je!!!

Undi PAS = Undi DAP... Ingat itu!!!

29 Julai 2011

GEMPAR!!! Lim Guan Eng terima hadiah seluar dalam, coli corak harimau .. Klik tengok sini...

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.


Selanjutnya klik di bawah:
Hadiah seluar dalam, coli corak harimau untuk Lim Guan Eng.. Klik tengok sini...

Hadiah seluar dalam, coli corak harimau untuk Lim Guan Eng.. Klik tengok sini...

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.


Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata, pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata, gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.

Abdul Ghani memasuki perkarangan Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi pakaian dalam corak harimau buat Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta ADUN Komtar, Ng Wei Aik kerana kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa menganiaya peniaga.

Sumber - Bernama

Punya la confident, haramjadah ni... Kehkehkehhh!!! Klik la tengok...


"... Saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.  

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

Katanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim Kit Siang.

Heheeeheeee.... Jangan mimpi la, apek oiii!!!

28 Julai 2011

Macam babi nak menyondol... Lu sapa?


SELANJUTNYA KLIK DI SINI
Sengaja cari pasal.

DS Najib di serang kumpulan berbaju kuning...





Di mana2 negara dalam dunia pun, kalau serbu pemimpin macam itu sudah tentu akan ditahan oleh Polis. 

Polis tak boleh ambil risiko. Siapa tau dia mungkin bawa bom. Siapa tau dia mungkin bawa pisau nak tikam Najib. Siapa tau dia mungkin bawa asid nak curah ke muka Najib. Dan siapa tau macam2 lagi. 

Jangankan Najib, kalau ada pengikut UMNO nak serbu Nik Najis macam tu pun polis akan tahan juga sebab sebagai Menteri Besar sebuah negeri di Malaysia, taraf Nik Najis sama seperti taraf Najib, perlu diberi perlindungan oleh Polis. 

Maka alangkah bodoh si gemuk berbaju kuning tu tanya "APA SALAH SAYA?". Kamu tu dah lah gemuk macam babi hutan, maka salah kamu ialah kamu cuba sondol Najib macam babi hutan!


Insiden berlaku semalam apabila Zaki Yamani cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.


Cerita selanjutnya Klik Sini
SIAPA ZAKI YAMANI ? - Klik Sini



27 Julai 2011

Satu lagi tindakkan DAJALnya DAP.. Klik tengok sini...


Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengarahkan premis Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga dikosongkan, sebagai tindakan rakus dan merugikan rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, pusat itu menjadi tempat pertemuan wakil rakyat dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang Pas yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

“Tetapi sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat,” katanya.

Sumber: N9kini.com

PAS yang bercelaru... Bukan SPR.. Klik tengok sini.


Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS, semalam.

Didalam temu bual berasingan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti boleh membawa “kebersihan” dan tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.


Dipetik media tempatan hari ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.

“Apa juga sistem sekali pun yang membawa kebersihan kita sokong... yang tidak membawa kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan juga mesti ditentang.

“Kita boleh jumpa SPR, ada benda boleh bincang... boleh soal jawab. Terima kasih kalau SPR nak buat itu, lepas taklimat kita dengar dan kita bincang,” katanya dipetik Berita Harian dan Sinar Harian semalam.

KATA KAWAN:
Bercelaru puak2 PAS ini... Nik Ajis kata setuju... Haji Hadi dan para pemimpinnya yang lain kata tak setuju pulak terhadap penggunaan sistem biometrik ni...
Di sini jelas la..Tindakan pemimpin PAS yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya jelas menunjukkan pemikiran pemimpin PAS terlalu ortodok dan hanya berunsur politik apabila menjadikan isu berhubung pengunaan biometrik.

26 Julai 2011

Anwar cari hal lagi untuk lari dari kesalahan liwatnya... Klik, tengok sini...

Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon untuk pihak pembelaan menemu bual lima saksi dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos. 

Anwar yang memfailkan permohonannya menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, menamakan dua saksi berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiga saksi yang lain ialah Hasanuddin Abd Hamid iaitu pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan semua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Di dalam afidavit sokongannya, Anwar menyatakan bahawa peguamanya, S N Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.


"Sementara itu, Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya," kata Anwar dalam afidavitnya.


Anwar berkata, jika semua saksi berkenaan gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, beliau sudah dinafikan hak untuk satu perbicaraan yang adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut, Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor PUSRAWI, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Daniel; dan bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz Yusof. 

Sumber : BERNAMA 

ANWAR TIPU MELAYU!

Hampir keseluruhan orang Melayu Pulau Pinang kini kecewa dan marah... Ada tidak segan silu memaki hamun Anwar Ibrahim kerana sikap Anwar yang tidak langsung mahu membela nasib orang Melayu yang menetap di Pulau Pinang di terajui Lim Guan Eng yang bersifat rasis itu.

Sikap Anwar yang sanggup menutup telinga, mata dan mulut apabila peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang dianiaya dengan merobokan gerai-gerai perniagaan orang Melayu dengan alasan kononnya untuk pembangunan.

Sudah menjadi tanggungjawab dan sepatutnya, Anwar sebagai pemimpin Melayu yang sendiri berasal dari Pulau Pinang untuk berani bersuara meminta Lim Guan Eng agar tidak berbuat begitu kepada bangsa Melayu yang hanya hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka.

Sebaliknya, Anwar sanggup mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa... Jauh sekali mahu menegur atau menasihatkan Guan Eng untuk tidak menganiaya Melayu di negeri itu...

Kisah lama pada ketika Anwar bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan... Ketika itu, beliau sendiri sedar tentang kesulitan orang Melayu di Pulau Pinang itu untuk terus hidup...

Tetapi, Anwar turut tidak berbuat apa-apa untuk membantu dan meningkatkan taraf kedudukan orang-orang Melayu di sana.

Anwar hanya pandai membuat janji-janji manis, tetapi tidak pernah ada yang di kotakan. Semuanya palsu belaka. Anwar juga di lihat sebagai seorang pembohong besar dan tidak berjiwa Melayu kerana sering menipu orang Melayu dengan janji-janji kosongnya.

Hanya mementingkan diri dan kedudukan beliau dengan mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk mengejar cita-citanya, malah sanggup bersekongkol dengan kafir laknat yang sememannya mahu menindas umat Islam di negara ini.

Begitu jelas sekali Anwar tipu orang Melayu...

Lupakanlah Anwar yang kononnya adalah 'Anugerah Tuhan' kerana sebenarnya beliau kini hanya seorang yang menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman di atas dosanya meliwat dan skandal seksnya itu.

Sumber: Era Baru



22 Julai 2011

Video-video pilihan perhimpunan haram BERSIH 2.0... Mari saksikan!

Antara video-video yang terhasil selepas berakhirnya Perhimpunan Haram yang di anjurkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab serta rela mencemar nama baik negara sendiri... Saksi lah dan sama-sama lah kita renung serta pikir-pikirkan...


Laporan Buletin Utama mengenai percanggahan kenyataan antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Hadi Awang berhubung layanan polis ketika Presiden Pas itu ditahan dalam himpunan haram Bersih


Keadaan Anwar selepas dia dikatakan di pukul semasa berarak di perhimpunan BERSIH sehingga dia terlantar di hospital dan keluar dengan pembalut leher...


Tindakkan paling hina oleh BERSIH 2.0: Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung di dalam video ini. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak. Namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.


Lakonan 2 kali mati oleh Suhardi... Dasyattt!!!


Pendedahan Polis di dalam isu kematian Allahyarham Baharudin


Pendedahan Polis..


Pada hari demontrasi haram BerSHIT 2.0 Joe Bedul dilihat cuba memperdaya pasukan PDRM dengan meminta satu laluan dan kononnya beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya.Namun taktik beliau berjaya dihidu oleh anggota PDRM apabila 'signal' yang diberikan kepada Sivarasa iaitu dengan mengenyit sebelah matanya telah dilihat oleh salah seorang anggota PDRM.


A.Samad Said pun dah pandai bercakap seperti orang Politik... Sedap mulut dia je kata DS Najib kejam...


Layanan Polis yang di katakan zalim & kejam.. (Video 01)


Layanan Polis yang di katakan kejam & zalim... (video 2)

21 Julai 2011

Sejak berdamping dengan Anwar... Pak Samad dah pandai kata Najib kejam...Klik tengok video di sini.




A. Samad Said mula bersuara seperti ahli politik, yang secara langsung membuktikan penyatuan dirinya dan angkatan pembangkang.  Saban hari membaca kenyataannya di dada akhbar, ia menimbulkan sikap tidak puas hati, dan seterusnya bibit-bibit kebencian mula mekar.  Apa yang sebenarnya berlaku kepada Sasterawan Negara ini?
Pendedahan dari sebuah blog, Papa Gomo yang menerima email dari pembaca cukup mengejutkan.  Ia mendedahkan apa yang berlaku ke atas Pak Samad.
Ia sekaligus membuktikan wujud unsur tidak puas hati kepada kerajaan di hati sanubari Pak Samad walaupun kenyataannya bahawa beliau telah diberikan bantuan bernilai RM3 juta oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi menerbitkan karya-karyanya agar dapat dinikmati oleh rakyat jelata. Walau bagaimanapun, projek ini telah gagal, dan ke mana pula hilangnya RM3 juta itu?
Kegagalan ini telah membuatkan Pak Samad memohon bantuan tambahan, yang kemudiannya ditolak oleh kerajaan negeri Melaka. Di sinilah bibit ketidakpuasan hati Pak Samad mungkin terjadi.
Menangguk di air keruh, muncul pula kroni-kroni Anwar yang “menyelamatkan” Pak Samad.  Apakah ianya “ikhlas”?  Apakah dunia cukup bodoh untuk mengenali Anwar? Seorang “opportunist” dan juga “master of manipulation”.  Soal ikhlas atau tidak, Pak Samad sebenarnya sudah terhutang budi, dan tidak sanggup menanggung risiko; hidup susah!!!
Mahu tidak mahu, beliau terpaksa menjaga “periuk nasi” nya.  Jadilah beliau sebagai jaguh Bersih 2.0, yang cukup meragukan latarbelakang penganjurnya, apatah lagi jika dikaitkan dengan puisi-puisi Pak Samad yang berteraskan nasionalisma!
Jadilah Pak Samad seperti Anwar, Ambiga, dan kuncu-kuncu Bersih yang lain.  Penghormatan rakyat kepadanya semakin pudar, se pudar kabus di hening pagi, hilang tatkala munculnya fajar pagi!!!


Sumber : Selangor Daily

Waran tangkap 13 individu termasuk Anwar.


Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Antara mereka ialah: 
1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
2. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; 
3. Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican
4. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
5. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, 
6. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
7. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
8. Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.
9. Aktivis Wong Chin Huat.
10. Pengendali blog, Haris Ibrahim.
11. Peguam Latifah Koya.
12. Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard. 

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian. 

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu. 

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. 

Sumber: BHarian Online - 21/7/2011

Malaysia Insider penghasut???

SEJAK kebelakangan ini, saya mendapati laporan portal pro pembangkang The Malaysian Insider semakin berani menyiarkan komen-komen yang menghasut rakyat dan mencerca kerajaan.

Apa sahaja dilakukan isu berkaitan kerajaan mahupun politik UMNO, pasti ia akan diiringi dengan komen-komen negatif.

Saya pernah cuba menghantar komen positif berhubung isu yang diperbincangkan, namun ia tidak disiarkan biarpun saya memberi nama penuh.

Dari situ, saya semakin faham agenda tidak jujur The Malaysian Insider yang hanya mahu menyiarkan komen-komen yang memihak kepada pembangkang sahaja. Tetapi dalam masa sama, mereka menuduh media arus perdana berat sebelah dan tidak profesional.

Namun begitu, apa yang menjadi kebimbangan saya ialah keghairahan portal berita itu yang menyiarkan komen-komen yang boleh menjurus kepada ketegangan kaum dan memburuk-burukkan kerajaan.

Komen-komen tersebut boleh mencemarkan nama baik kerajaan dan ada kala boleh menjejaskan keharmonian rakyat negara ini.

Oleh itu, saya ingin menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya jangan hanya menjadi pemerhati sahaja.

Kalau media arus perdana termasuk Utusan Malaysia pernah diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri, apa istimewanya The Malaysian Insider? Kenapa tiada tindakan ke atas mereka?

Saya berharap, selepas ini akan ada tindakan SKMM ke atas The Malaysian Insider. Jangan biarkan mana-mana portal atau media dalam negara ini menjadi duri dalam daging kepada usaha kerajaan memakmurkan dan mensejahterakan rakyat.

Ambil tindakan tegas ke atas The Malaysian Insider 

Dari: PEMERHATI MEDIA - Kuala Lumpur 

Sumber: Utusan Online

20 Julai 2011

REVOLUSI: Anwar tiada pilihan???


Agenda perhimpunan haram Bersih sebenarnya bukan berdasarkan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi lebih kepada agenda terancang pembangkang untuk meraih semula simpati rakyat.

Kalau kita lihat apa yang berlaku pada 9 Julai lalu, penyokong mereka yang hadir berarak tanpa arah malah sebahagian besarnya tidak faham pun apa tujuan mereka berarak.

Matlamat perhimpunan haram Bersih ini hanyalah untuk memburukkan nama negara di mata masyarakat antarabangsa… mereka tidak tumpu lagi soal nak serah memorandum tetapi hanya melakukan provokasi agar pihak berkuasa bertindak balas.

Itu yang mereka mahukan hingga ke tahap orang mati pun boleh hidup balik.

Namun perancangan mereka tidak menjadi…selain jumlah yang hadir jauh tersasar dari angka sasaran mereka kononnya seramai 300,000 orang, tindakan bijak pihak berkuasa juga telah menyebabkan mereka mati akal untuk mencari modal politik

Oleh kerana itu tegas beliau pembangkang terpaksa untuk mencipta satu lagi mementom kerana mereka tidak puas hati hasil yang mereka perolehi pada perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Lebih dahsyat lagi tambahnya Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang mempergunakan NGO untuk menggerakkan perhimpunan haram Bersih menyatakan  Bersih telah mencapai tahap Revolusi.

Inilah bukti kegagalan perhimpunan haram Bersih sehingga Anwar mahu melancarkan revolusi pula.

Sumber: UMNO Online

Video Bersih pendedahan dari Polis, disiarkan...

KPN meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mKPN meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mengeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan.engeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan.
KLIK:

19 Julai 2011

Video Bersih pendedahan dari Polis, disiarkan...


KPN meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mengeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan.

Polis dijangka mendedahkan bukti video dan gambar berhubung perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas kepada media pada minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bahan bukti tersebut akan dipertontonkan kepada media di Dewan Theatrette di Bukit Aman.

Katanya, polis memerlukan masa untuk selesai melakukan penilaian dan penelitian oleh enam jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan itu.

"Kita perlukan masa. Kita perlu tahu jumlah sebenar orang ramai yang hadir semasa perhimpunan itu. Kami juga terpaksa temu bual anggota kami sendiri dan memanggil orang awam bagi mendapatkan fakta,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.


Sumber : Bernama- 19/7/2011


KATA KAWAN:
Sementara kita menantikan video dari pehak Polis yang kemungkinan besar 
akan di tayangkan pada minggu ini juga...
Apa kata kita saksikan dulu video do bawah:





Kerana Ambiga, Hadi Awang kata penentang BERSIH buta sejarah... Klik tengok sini...

PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

Hadi tidak dapat menerima dan menolak segala kenyataan yang di sebarkan oleh kalangan bloger-bloger Umno & BN yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Hadi juga menyatakan bahawa segala dakwaan-dakwaan yang di siarkan bloger-bloger pro-BN itu semuanya adalah satu tomahan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

“Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Datuk Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka,” kata Hadi lagi.

Hadi dalam nak menguatkan  hujahnya lagi.... Mengeluarkan hadis untuk dia membuat perbandingan antara BERSIH dengan sejarah Nabi S.A.W suatu ketika dahulu iaitu:
“Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.


“Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya,” kata Hadi.

Tidak ada salahnya hadis nabi itu... Tapi, Hadi sedar atau tidak siapa yang di perangi di dalam perhimpunan haram BERSIH yang lalu??? Di mana yang di katakan mereka di zalimi kalau hanya dengan mempersoalkan sistem SPR???

Perkara pokok di sini ialah, apa yang di riwayatkan dalam hadis itu... Mereka bersekutu kerana ditindas dan dianiayai. Di Malaysia ini, siapa yang tertindas, siapa yang dianiaya? Orang yang sengal akal sahaja yang merasa dirinya tertindas dan dianiayai. Semua rakyat Malaysia bebas berbuat apa sahaja selagi ianya mematuhi undang-undang yang ada.


Apa yang jelas ialah Nabi S.A.W menyertai Perjanjian Fudul tetapi Hadi Awang menyertai PERJANJIAN FULUS. Sayang betul Hadi Awang dengan Ambiga. Hadi, cukup-cukuplah memperbodohkan orang-orang Melayu.

Kalau Hadi nak kata kepada penentang BERSIH & Ambiga itu buta sejarah... Bagaimana pula dengan sejarah ini?

Hadi lupa ke sejarah yang si Ambiga dan Majlis Peguam ini antara tokoh yang menonjol dalam isu Interfaith Commission (IFC).

Hadi dah lupa ke isu IFC ini PAS tentang habis-habisan suatu ketika dulu? Malahan sampai beberapa pemimpin PAS, termasuk Pemuda PAS berdemonstrasi menentang IFC.Berapa ramai pemimpin-pemimpin PAS yang masuk penjara, dihukum mahkamah kerana menentang IFC. Ambiga terlibat secara langsung dengan IFC.

Hadi lupa ke sejarah Ambiga ini antara orang yang menyokong penuh kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Lupakah PAS dengan semua ini.

Berhujan panas menentang, ada antara kita masuk lokap sampai tahap kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama mengisytiharkan jihad.Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga lah kepalanya.

Satu lagi sejarah yang adakah Hadi lupa, dimana Ambiga adalah antara individu yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalam Forum Memeluk Islam. Adakah pemimpin PAS sudah lupa? Benda tu baru berlaku 2008.

Ingat lah.. Puak-puak PAS diantara orang yang hadir dengan UMNO membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.Beserta dengantakbir-takbir yang PAS laungkan, jihad-jihad yang PAS laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga.

Hadi lupakah semua ini??? Siapa yang buta sejarah??? PAS hipokrit...


MESTI BACA: Anwar cakap tak serupa bikin...Pooorahhh!!!



Kehadiran Anwar adalah satu malapetaka bukan anugerah Tuhan  sepertimana yang Ajijah katakan...


Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.

Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah dibangunkan itu.

Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?

“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis rencana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.

“Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu…

Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk ‘Who Hijacked Islam ?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001.


Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.

Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber 2004, mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.

Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.

Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?


Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “the knight in shining armour.” Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.

Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka

Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the knight in shining armour dalam parti Keadilan.

Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai “the knight shining armour,” iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia yang banyak kelemahan. Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.

Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?


Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini.

Saya masih ingat, saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan. Dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan latihan di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr. Wan Azizah.

Saya dijemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat.

Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan Presiden parti semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik. Kerana itu adalah latar belakang saya.

Saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan. Kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub. Saya gunakan istilah itu, ‘kita jangan taksub dengan pemimpin’
Selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan..

Saya (ketika dalam ceramah itu) tak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.

Tidak perlu lah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.

Saya sebagai Timbalan Presiden, memang saya sokong Anwar pada masa itu. Bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya. Tetapi mereka sudah kritik macam-macam kepada saya.

Saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk brother kita, dia pun ada kelemahan.

Tetapi, oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack. Mereka keluarkan gambar, kalau saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web pro-reformasi.

Mereka buat border hitam, dan mereka desak saya letak jawatan. Saya dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung) jadi sasaran. Anuar Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu. Mereka suruh letak jawatan, kritik hebat.

Selepas, tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu. Mengapa boleh berlaku begitu? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden.

Kalau mengikut budaya politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak mungkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tanpa restu daripada pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya tanya kepada Dr. Wan Azizah. Adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?

Prof tanya direct?


Tanya direct. Saya tanya dia. Dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini.
Saya kata pada diri sendiri, mungkin ada ‘seorang’ lagi yang arahkan.

Yang berada di penjara?


Masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah). Dari masa ke semasa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati.

So, one those occasion, saya tanya dia secara langsung.

Tanya terbuka ?


Terbuka. Masa kita sembanglah. Saya tanya, Anwar..siapa yang buat ini? Ada orang kata you yang merancang ini. Anwar kata ‘Hey takkanlah..macam mana boleh terbongkar ni. (ketawa).

Jadi, saya sudah tahu, dia ini yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat. Tapi saya sabar. Saya tak berundur pada masa itu. Saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam. Tapi gagal.

Saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar. Dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.

Bukan kerana soal moral atau peribadi. Itu pun satu daripada faktor. Tapi yang lain. Hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya. Dan sikap dia terhadap ahli-ahli parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa sama, dia juga sokong pihak lain.

Saya fikir, tak ada manusia macam ini dalam politik negara kita.

Selepas Prof keluar Keadilan, Prof tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media?


Pada peringkat awal, kenyataan saya dalam bahasa Inggeris. Saya kata, minta kedua-duanya, Anwar dan isterinya, to be honest their conscious. Minta mereka bersikap ikhlas. Minta mereka dengar suara hati mereka.

Beberapa bulan selepas itu, saya buat kenyataan dalam forum kepimpinan. Saya katakan tentang, opportunist men in politic yang ditafsirkan oleh Azmin Ali dan yang lain, merasakan saya tujukan kepada mereka. Mereka mula attack saya semula.

Ini berlaku pada awal tahu 2002. Saya jawab tapi jawapan saya tak serang mereka.

Apa yang berlaku hari ini dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya, adakah ini perkara yang sama?

Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.

Pada akhirnya berpunca daripada Anwar Ibrahim?


Memang Anwar. Punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. Dan itu memang stailnya. Stail suka berjanji kepada individu tertentu dan pada masa yang sama, dia sokong yang lain.

Sebab itu, macam Datuk Zaid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar. Lepas itu, dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.

Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar.

Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?


Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.
Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama. Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.

Sekitar tahun 1970-an?


Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO. Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.

Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.

Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya. Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.

Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.

Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.

Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil stand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.

Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.
Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar. Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.

Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.

Ada penjelasan?


Ada.

Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?


Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia. Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.
Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?

Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.

Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.

Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku.
Walhal, artikel itu atas namanya.

Prof membangkitkan artikel tersebut?


Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.

Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (zionis).

Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.

Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.

Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi. Itu sebab saya menarik diri.

sumber : anwaraidc.com

Penghasut dan penganjur BERSIH harus di beri tindakkan tegas...


Pihak penganjur demonstrasi haram bersih yang dilakukan pada 9hb julai 2011 sebenarnya tidak mewakili majoriti samada mewakili rakyat mahupun pengundi berdaftar di Malaysia.

Pihak penganjur ini mendakwa ia mewakili suara rakyat malaysia yang membantah perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia. Bantahan dan demontrasi dilakukan sebagai siri kelangsungan 'suara rakyat' yang kononnya membantah ketidakadilan sistem SPR.

Hakikatnya sistem pilihanraya di Malaysia telah berjalan dengan cukup adil sejak ia dilakukan pada tahun 1955. Hingga ke hari ini sudah hampir 12 kali pilihanraya umum dilaksanakan di malaysia.

SPR dari masa ke semasa telah memperbaiki dan menambahbaik ciri dan format pilihanraya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Dakwaan mengenai ketidakadilan perjalanan sistem pilihanraya di malaysia sebenarnya mudah disangkal dan dinafikan oleh majoriti rakyat di malaysia. Jika benar sistem pilihanraya di Malaysia tidak adil seperti yang didakwa oleh penganjur bersih, bagaimana pula justifikasi mereka apabila melihat kemenangan 4 pilihanraya secara berturut-turut yang dimenangi oleh parti Pas di Kelantan ?

Apa pula alasan mereka mengenai kemenangan pilihanraya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh pembangkang ? Jika perjalanan pilihanraya tidak adil, adakah mereka mampu memenangi 5 negeri selepas PRU ke 12 ?

 Sebenarnya alasan ketidakadilan yang dicanang oleh penganjur bersih ini adalah lapikan menutup kelemahan dan kesalahan ketara mereka sepanjang 3 tahun selepas PRU 2008.

 Ditambah dengan kekalahan dalam siri-siri terakhir pilihanraya kecil yang menambahkan kebimbangan mereka mengenai penolakan rakyat terhadap gaya politik mereka.

Menutup kelemahan ini maka idea penganjuran demonstrasi haram bersih perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

Dengan kaedah demonstrasi ini, harapan mereka untuk majoriti rakyat lupa akan kelemahan pentadbiran mereka akan berlaku.

'Matlamat menghalalkan cara'. inilah kaedah yang digunapakai sepanjang perjalanan ke arah melakukan demonstrasi haram bersih.

Pujukan daripada KDYMM YDPA yang meminta agar penganjur demonstrasi haram ini untuk membatalkan rancangan ditolak mentah-mentah. Ini merupakan penghinaan secara terbuka terhadap KDYMM YDPA yang dilakukan oleh pemain dan penganjur demosntrasi yang kebanyakannya terdiri daripada pimpinan parti pembangkang.

Pasca demonstrasi, Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi bersih ini hampir sedikit arahnya menuju 'revolusi' merupakan satu betrayal, pengkhianatan dan penghasutan secara terbuka untuk menolak sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di malaysia.

Bersih merupakan ancaman kepada rakyat malaysia. Demonstrasi jalanan merupakan idea demokrasi picisan yang secara halus menolak hak perlaksanaan demokrasi di malaysia.

Bersih tidak mewakili suara majoriti rakyat malaysia, ianya sekadar didokong oleh segerombolan politikus desperado yang terhimpit dengan permaslahan diri sendiri dan parti.

Oleh itu kita yang mewakili suara kegusaran majoriti rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran memohon agar Perdana Menteri dan pihak KDN mengenakan tindakan paling tegas terhadap penganjur yang terlibat.

Menjaga hak majoriti senyap rakyat malaysia yang menolak demonstrasi haram bersih lebih penting daripada melayan suara penyangak demokrasi yang desprado kemarukkan kuasa melalui kaedah jalan raya.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.