"Saya cabar puak-puak (pembangkang) ini untuk berhadapan dan bertanding dengan kita pada PRU 13 kelak. Saya akan minta Yang DiPertuan Agong untuk bubar Parlimen dan kita akan tentang mereka secara habis-habisan melalui pilihanraya," ujar Dato' Seri Najib Tun Razak.
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mengkritik tindakan pembangkang yang mengajak rakyat berdemonstrasi dalam perhimpunan haram BERSIH yang jelas membawa keburukan kepada negara.
Beliau berkata UMNO dan BN telah lama menyanjung tinggi keluhuran undang-undang dan perlembagaan. Pilihanraya yang selama ini diadakan sudah cukup bersih sehingga kerajaan sanggup mendengar cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mahu menggunakan sistem biometrik bagi pilihanraya yang akan datang.
Tidak pernah wujud istilah pengundi hantu kerana pada setiap pilihanraya yang diadakan ada wakil pembangkang berada di pusat mengundi, melihat senarai pengundi dan membuka peti undi semasa pengiraan yang dilakukan.
"Begitu juga dengan undi pos, bukan semua anggota tentera menyokong kerajaan. Ada juga peti undi yang kita tewas. Begitu juga dengan undi anggota polis," ujar beliau.
Perdana Menteri turut memuji tindakan pihak polis mengekang perhimpunan haram BERSIH kelmarin. Beliau menyifatkan langkah yang diambil menyerlahkan professionalisme dan integriti pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.
Dato Seri Najib Tun Razak turut menyindir mereka yang ditahan pihak berkuasa diberi layanan cukup istimewa di kem PULAPOL. "Tidak pernah berlaku dalam sejarah, polis memberi layanan makan minum dengan baik dan mereka inilah yang mengatakan anggota polis zalim terhadap mereka".
Beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah tindakan melampau pihak pembangkang yang berkiblatkan matlamat menghalalkan cara semata-mata mahu mengangkat pemimpin yang bernafsu besar mahu menjadi perdana menteri.
Dato Seri Najib turut mengkritik tindakan polemik pembangkang yang secara sengaja melanggar Titah Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang dan Sultan Selangor sehingga berlaku kekecohan dibeberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.
Apa yang berlaku disifatkan sebagai usaha pihak pembangkang mahu menunjukkan dunia luar kerajaan yang ada tidak demokratik dan tidak mematuhi keluhuran undang-undang.
Beliau juga mahu orang Melayu bersatu padu sehingga menjadikan perpaduan Melayu kukuh dibawah UMNO untuk menang dalam piliharaya umum nanti.
Sumber: KLpos
0 comments:
Post a Comment