#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

19 July 2011

Kerana Ambiga, Hadi Awang kata penentang BERSIH buta sejarah... Klik tengok sini...

PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

Hadi tidak dapat menerima dan menolak segala kenyataan yang di sebarkan oleh kalangan bloger-bloger Umno & BN yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Hadi juga menyatakan bahawa segala dakwaan-dakwaan yang di siarkan bloger-bloger pro-BN itu semuanya adalah satu tomahan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

“Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Datuk Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka,” kata Hadi lagi.

Hadi dalam nak menguatkan  hujahnya lagi.... Mengeluarkan hadis untuk dia membuat perbandingan antara BERSIH dengan sejarah Nabi S.A.W suatu ketika dahulu iaitu:
“Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.


“Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya,” kata Hadi.

Tidak ada salahnya hadis nabi itu... Tapi, Hadi sedar atau tidak siapa yang di perangi di dalam perhimpunan haram BERSIH yang lalu??? Di mana yang di katakan mereka di zalimi kalau hanya dengan mempersoalkan sistem SPR???

Perkara pokok di sini ialah, apa yang di riwayatkan dalam hadis itu... Mereka bersekutu kerana ditindas dan dianiayai. Di Malaysia ini, siapa yang tertindas, siapa yang dianiaya? Orang yang sengal akal sahaja yang merasa dirinya tertindas dan dianiayai. Semua rakyat Malaysia bebas berbuat apa sahaja selagi ianya mematuhi undang-undang yang ada.


Apa yang jelas ialah Nabi S.A.W menyertai Perjanjian Fudul tetapi Hadi Awang menyertai PERJANJIAN FULUS. Sayang betul Hadi Awang dengan Ambiga. Hadi, cukup-cukuplah memperbodohkan orang-orang Melayu.

Kalau Hadi nak kata kepada penentang BERSIH & Ambiga itu buta sejarah... Bagaimana pula dengan sejarah ini?

Hadi lupa ke sejarah yang si Ambiga dan Majlis Peguam ini antara tokoh yang menonjol dalam isu Interfaith Commission (IFC).

Hadi dah lupa ke isu IFC ini PAS tentang habis-habisan suatu ketika dulu? Malahan sampai beberapa pemimpin PAS, termasuk Pemuda PAS berdemonstrasi menentang IFC.Berapa ramai pemimpin-pemimpin PAS yang masuk penjara, dihukum mahkamah kerana menentang IFC. Ambiga terlibat secara langsung dengan IFC.

Hadi lupa ke sejarah Ambiga ini antara orang yang menyokong penuh kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Lupakah PAS dengan semua ini.

Berhujan panas menentang, ada antara kita masuk lokap sampai tahap kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama mengisytiharkan jihad.Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga lah kepalanya.

Satu lagi sejarah yang adakah Hadi lupa, dimana Ambiga adalah antara individu yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalam Forum Memeluk Islam. Adakah pemimpin PAS sudah lupa? Benda tu baru berlaku 2008.

Ingat lah.. Puak-puak PAS diantara orang yang hadir dengan UMNO membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.Beserta dengantakbir-takbir yang PAS laungkan, jihad-jihad yang PAS laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga.

Hadi lupakah semua ini??? Siapa yang buta sejarah??? PAS hipokrit...


2 comments :

  1. PAS..kan depa niiii..Bermazhab "Ahlul Fitnah Wal Jamaah...depa nak kata apa pon X pa no...biasaNya depa cakap atau berucap tanpa "Fakta"...Fuck.ta tuuu...mmng banyak..leee depa kata.

    ReplyDelete
  2. Sekiranya benarlah PAS ini merupakan golongan yang profesional dan adil terhadap semua agama dan bangsa, terima sahajalah segala tuntutan IFC..

    Abeh cerita..

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.