#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 July 2011

PAS yang bercelaru... Bukan SPR.. Klik tengok sini.


Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS, semalam.

Didalam temu bual berasingan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti boleh membawa “kebersihan” dan tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.


Dipetik media tempatan hari ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.

“Apa juga sistem sekali pun yang membawa kebersihan kita sokong... yang tidak membawa kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan juga mesti ditentang.

“Kita boleh jumpa SPR, ada benda boleh bincang... boleh soal jawab. Terima kasih kalau SPR nak buat itu, lepas taklimat kita dengar dan kita bincang,” katanya dipetik Berita Harian dan Sinar Harian semalam.

KATA KAWAN:
Bercelaru puak2 PAS ini... Nik Ajis kata setuju... Haji Hadi dan para pemimpinnya yang lain kata tak setuju pulak terhadap penggunaan sistem biometrik ni...
Di sini jelas la..Tindakan pemimpin PAS yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya jelas menunjukkan pemikiran pemimpin PAS terlalu ortodok dan hanya berunsur politik apabila menjadikan isu berhubung pengunaan biometrik.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.