#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 July 2011

Jumpa KPN, Ambiga mintak menghalalkan BERSIH.. Klik, ada video!



Ambiga akan terus dengan agenda mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, walaupun selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman, semalam.

Tingkah lakunya sekarang ini, penuh dengan sandiwara... Apa lagi yang Ambiga nak perdayakan semua orang...

Cukup la dengan segala bukti yang dapat kebelakangan ini melalui tangkapan-tangkapan yang telah di lakukan oleh pihak Polis.

Di sebalik jangkaan polis perhimpunan tersebut boleh menjejaskan keamanan negara, Ambiga boleh pulak memberi jaminan ia akan berjalan secara aman.

Siapakah Ambiga untuk menilai kesan perhimpunan haram yang dirancang itu terhadap keamanan dan keselamatan negara, berbanding dengan penilaian polis?

Mengapa beliau, dengan latar belakang yang semua orang tahu, terlalu beria-ia menganjurkan perhimpunan terbabit kononnya untuk melihat pilihan raya yang adil dan bersih?

Belajarlah melihat realiti perjalanan pilihan raya di negara kita, sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum.

Membentuk persepsi kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan parti kerajaan sehingga proses pilihan raya kita tercemar, tidak mungkin menghalalkan rancangannya pada 9 Julai ini.

Sejarah di depan mata membuktikan ada ketikanya pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR memberi kemenangan kepada parti-parti pembangkang.

Lihatlah hasil pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan negeri-negeri tertentu jatuh ke tangan pembangkang dan huraikan penguasaan Pas di Kelantan untuk sekian lamanya.

Jadi, apa sebenarnya yang Ambiga mahu?

Yang pastinya, BERSIH tidak akan aman... BERSIH pasti akan cetuskan huru-hara pada 9 Julai nanti.

Ni, Si Ketot dok tak henti-henti mengajak orang pergi merusuh ni... Apa cerrr???

Cukup jelas ceramah yang beliau pada Majlis Rapat Anak Muda di Shah Alam menjurus kepada menghasut anak muda untuk turut serta menjadi agen pemangkin Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya..

Usaha menggulingkan kerajaan BN sudah lama dirancang semenjak pemergian Anwar Ibrahim bersama Sam Ketot dan CheguBard di Indonesia.

Ketiga-tiga pengkhianat ini telah bertemu dengan reformis dari Mesir untuk menghidupkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di Mesir. 
 
Tengok la video dibawah  ni! Termasuk ini..KLIK


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.