Mencipta “panik” bukanlah strategi tunggal semata-mata, kerana ia juga diiringi dengan strategi lain. Yang paling nyata, memburuk-burukkan institusi penting dalam negara ini; keselamatan, kehakiman, dan Raja-Raja Melayu.
Serangan demi serangan ke atas institusi berkenaan oleh kuncu-kuncu AnuWAR sebenarnya adalah saling kait mengait, untuk memberi impak kepada rakyat. Persepsi-persepsi bukan fakta disebarkan seharian oleh pendukung media pakatan bagi meracuni pemikiran rakyat.
Lebih dari itu, politik pembangkang dengan menyerang isu-isu yang berkaitan dengan ketenteraan juga dilihat seolah-olah mencabar institusi berkenaan, yang kebanyakkan pemilikan dan asset yang ada wajib dirahsiakan dari pengetahuan umum, terutamanya negara luar.
Amat mendukacitanya apabila “rakyat Malaysia” sendiri mahukan ATM membuat pengakuan tentang spesifikasi ketenteraan yang ada! Mana mungkin ia diistiharkan!
Maka melolonglah “rakyat Malaysia” itu kononnya terdapat ketidaktelusan ATM dalam menguruskan samada pembelian mahupun pemilikan senjata-senjata berkenaan.
Akhirnya, rakyat menjadi tidak yakin dengan sistem yang ada. Paling jelas, siri pembohongan untuk menggambarkan kerajaan sebagai zalim, tidak adil dan konspirasi telah melekat di benak penyokong mereka.
Serangan-serangan kepada institusi-institusi penting di atas sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, terutamanya orang Melayu.
Soal hak istimewa dan Islam, Raja-Raja Melayu cukup melukakan hati mereka. yang menimbulkan pula sentimen perkauman. Dan inilah senjata pembangkang, dengan membakar hati-hati orang Melayu supaya kelihatan rasis!
Itu belum lagi diambil kira campurtangan asing terhadap isu dalaman negara.
Dengan api kemarahan yang semakin memuncak, pembangkang sengaja membiarkan Bersih 2.0 yang ditunjangi oleh IFC, menjadi kegemparan politik terbaru.
Tanpa disedari, muncul pula suara-suara kebangkitan dari orang Melayu yang telah lama bersabar mengakibatkan suasana politik di negara ini “ibarat telur di hujung tanduk”; petanda seolah-olah peperangan adalah jalan terakhir!
Kenyataan dari si penderhaka Shuhaimi Raja Pasir sebelum ini yang berkata kemungkinan darurat akan diistiharkan boleh dianggap sebagai tujuan dan matlamat sebenar pembangkang, untuk menggambarkan bahawa hak rakyat dirampas terus oleh kerajaan.
Andai kerajaan mengikut tarian politik pembangkang, penulis takut kerajaan bakal terperangkap!
Kenyataan terbaru AnuWAR pula mengatakan bahawa penahanan 6 orang mengikut ordinan darurat adalah merampas demokrasi, walhal mereka yang ditahan adalah kerana disyaki menyebarkan fahaman komunisma! Begitulah putarbelit pembangkang dalam mencipta persepsi!
Rakyat sudah sedia maklum kepada stail politik gempar atau disebut politik gampangan oleh beberapa sahabat penulis. Ia merujuk kepada strategi yang digunakan oleh pihak pembangkang, terutamanya manusia sesumpah yang bernama AnuWAR Brahim.
Dengan tahap keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi penting di negara ini telah berjaya dimanipulasikan, ditambah pula dengan pengistiharan darurat, bukankah ia adalah satu alasan yang mapan untuk mereka bangkit dalam ertikata lain, merusuh, kononnya menentang penafian hak kebebasan mereka untuk bersuara?
Dan paling khuatir, campurtangan ketenteraan asing, yang semestinya akan menyokong boneka-boneka peliharaan mereka yang selama ini gagal total dalam misi mengambilalih bumi bertuah ini. Perlu diingatkan, mereka mengambil Libya sebagai model!
Apakah kita mahu negara menghadapi situasi yang sama dengan Libya, apabila penyangak antarabangsa masuk dan menjadi tuan di bumi pertiwi ini?
Sumber: Selangor Daily.com
0 comments:
Post a Comment