#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 July 2011

KES LIWAT: Bapa Saiful sabar menunggu keputusan.. KLIK & baca kenyataannya disini.



Anwar  memakai alat sokongan leher ketika hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan kes liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Biar pun sudah mencapai 3 tahun kes pertuduhan liwat Anwar terhadap Saiful... Bagi keluarganya, tetap bersabar dan begitu berharap prosiding kes di peringkat pembelaan dapat di teruskan dan di jalankan dengan lancar tanpa halangan yang akan bermula 8 Ogos ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos ini untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh berkenaan selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini. Anwar yang hadir pada prosiding hari ini akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula.


Sumber:  http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com


Ibu bapa mana yang tak sayang anak oiii...



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.