“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera, kami akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi... ada tuntutan yang boleh disegerakan SPR dan kalau tiada perubahan, kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
“Saya juga telah nyatakan bukan sekadar kawat berduri, bahkan kandang babi juga rakyat akan masuk jika ditembak dan ini terjadi apabila mereka masuk ke dalam hospital,” kata Mat Sabu
PAS memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.
Mohamad Sabu berkata empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.
“Bersih kemukakan lapan dan empat tuntutan boleh dilakukan janganlah berdolak-dalih, kalau pilihan raya adil Barisan Nasional (BN) nak menang sampai bila pun, menanglah... kami tiada masalah terima kekalahan, yang kami tidak mahu adalah penipuan berlaku.
Mat Sabu berkata PAS akan terus memberikan sokongan terhadap tuntutan Bersih. “Kami, dari PAS, akan terus menyokong tuntutan Bersih dan kami berterima kasih kepada peserta walaupun ada sekatan dengan pelbagai cara lebih 50,000 berjaya berada di Kuala Lumpur. -
MI
.
0 comments:
Post a Comment