Sebenarnya, sesiapa yang turun di jalanan melihat perhimpunan semalam, jelas melihat tindakan itu bukan bertujuan mahukan proses pilihanraya yang bersih dan adil.
Kalau menuntut perkara itu, kenapa jerit Reformasi, Hidup Rakyat dan tolak kerajaan?.
Anwar hanya mahu melepaskan tengkuknya sahaja dan mereka yang tidak berdosa jadi galang ganti.
Tolak ketepi mereka yang sanggup kena siram dengan water canon atau peluru asap oleh FRU kerana mereka semua sudah terlalu taksub dengan perjuangan pembangkang.
Tetapi apa jadi dengan pesakit di hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu apabila ratusan penunjuk perasaan meluru lari ke hospital itu mengelak ditahan pihak berkuasa. Ini semua kerja tidak masuk akal dan hanya menyusahkan orang lain.
Begitu juga dengan nasib pemilik premis perniagaan di sepanjang Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Silang dan kawasan lain tempat perhimpunan diadakan. Mereka terpaksa tanggung kerugian kerana menutup perniagaan sejak awal pagi lagi.
Sebab itu, memang wajar lebih seribu tangkapan oleh pihak berkuasa terharap pemimpin pembangkang dan mereka yang terbabit demonstrasi jalanan sama ada di Jalan Pudu, Central Market, KL Central, KLCC, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Kampung Bharu.
Jika berani buat, mereka kena berani tanggung. Malangnya ada juga kanak-kanak dan warga emas turut diperalat dalam perhimpunan haram yang sebelum ini sudah dicadangkan oleh kerajaan diadakan di stadium.
Namun, mereka nyata lebih berani berbanding Anwar yang awal-awal lagi ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam isu perhimpunan Bersih dengan Datuk S.Ambiga hanya jadi boneka beliau.
Mereka juga tidak lari masuk hotel macam Anwar dan kemudian pergi menaiki ambulan dengan alasan cedera. Akhirnya, titah Yang diPertuan Agong tidak dipedulikan Anwar dan penyokong-penyokongnya.
Anwar dalam mesej twitternya kata hanya cedera ringan tetapi peliknya tengok gambar beliau yang disiarkan beberapa blog, nampak macam ‘nazak’ sangat.
Apakah itu semua lakonan semata-mata kerana nak ‘coverline’ perhimpunan Bersih yang gagal capai matlamatnya?
Apapun kalau betullah dia 'nazak' semoga cepat sembuh, supaya dapat hadir ke mahkamah semasa kes liwatnya bersambung 13 Julai ini.
Nampaknya kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh lagi bagi muka kepada mereka yang dianggap menderhaka kerana engkar titah Yang diPertuan Agong.
Cukuplah apa yang berlaku pada 2007 dan hari ini...Rakyat sudah muak dengan politik jalanan yang tujuannya hanya mahu mempertahankan pemimpin yang didakwa oleh isteri sendiri ...kononnya anugerah Tuhan.
Ada yang secara sinis kata kes liwat dan video seks yang patut ‘dibersihkan’ dulu. Tak gitu Pak Sheikh
"Tidak hairanlah", kata senator Ezam Mohd Nor dalam SMSnya KLIK.
Sumber : Agenda Daily.
Saksikan gelagat Anwar dalam video di bawah:
Mula mula Anwar Brahim berlakon sakit tapi bila di temubual wartawan maka lain jadinya..Perhatikan minit 46 apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim sihat dan tidak mengalami apa apa masaalah malah Tengkok nya juga Stabil dan tidak bermasaalah. Percakapannya juga lancar ketika menfitnah Kerajaan dan POLIS.
Semoga penjelasan ini kepada anda semua mampu menyedarkan anda siapa Dato Seri Anwar Bin Ibrahim. Beliau merupakan pelakon yang cukup hebat dan mampu mengaburi mata rakyat Malaysia.
Ingatlah kita semua, Anwar Ibrahim bukan manusia Biasa
Lidahnya Bercabang dan Mempunyai Pelbagai Wajah. - PAPA GOMO
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment