#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 July 2011

Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, tak puas hati di tahan..Nak saman Polis?



Salahuddin (kiri) dan Mahfuz di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini. — Foto oleh Jack Ooi

Dari awal lagi pehak Polis telah memberikan amaran kepada mereka yang menyertai perhimpunan Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjurkan tanpa permit polis


Selain itu, pehak Polis juga tidak teragak-agak untuk menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan haram anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar. 


Dalam pada itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mahu menyaman polis, mendakwa mereka telah ditahan secara tidak sah di hab pengangkutan KL Sentral, Sabtu  lalu ketika bergerak untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Mahfuz berkata KL Sentral bukan kawasan larangan yang dikenakan ke atas 91 individu termasuk mereka berdua.


“Kami melihat ini tahanan yang tidak sah, dari sudut perundangan dan bercanggah dengan perintah mahkamah.


“Dan, sebagaimana telah kami katakan tindakan (menahan kami) bertentangan dengan undang-undang dan malangnya apabila kami ditahan, polis hanya mengatakan sama ada kami sedar adanya perintah mahkamah melarang kami memasuki Kuala Lumpur, seolah-olah kami ditahan kerana bertindak bertentangan dengan perintah mahkamah,” kata Mahfuz selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Sri Petaling hari ini. - MI


KATA KAWAN:
Mereka berdua ni sedar ke tidak yang mereka di tahan atas sebab apa?
Kesalahan yang mana satu?
Walau pun kamu tidak memasuki kawasan larangan sepertimana yang telah di tetapkan mahkamah... Kamu juga di ketegorikan bersalah seperti pengikut-pengikut kamu yang lain.. Mereka juga di tahan Polis...
Ada ingat ka, kenapa mereka di tahan? Sekali lagi aku ingatkan ye...


"Tindakan kami berlandaskan undang-undang. Ia tiada pengecualian kerana Akta Polis relevan. Sesiapa sahaja yang bertindak atas nama mereka itu (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka mengikut undang-undang", kata Ketua Polis Negara.

Heheheee.... Jangan bingai sangat la...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.