#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 July 2011

BERSIH ugut SPR? Klik tengok sini....

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan parti pembangkang supaya kerajaan menambah baik sistem pilihan raya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai ugutan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata apabila BERSIH mahu mengemukakan memorandum mengandungi lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah wajar semua pihak menunggu reaksi atau titah baginda dan tidak mengambil tindakan, termasuk mendesak atau mengugut kerajaan.

“Jika BERSIH beriya-iya mahu mengemukakan lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, tunggu dulu jangan buat sebarang desakan yang boleh dilihat sebagai ugutan. Tindakan itu tidak wajar kerana Tuanku belum melihat memorandum.

“Mereka seolah-olah tidak menghormati istana, sebarang desakan atau yang berbaur ugutan tidak menyelesaikan masalah, itu bukan budaya kita,” katanya.

SPR turut mempertikaikan campur tangan pemimpin pembangkang termasuk PAS, sekali gus mempertikaikan ketelusan BERSIH dalam mengendalikan tuntutan yang sebelum ini mendakwa tidak dipengaruhi mana-mana parti politik.

“Pengerusi BERSIH (Datuk S Ambiga) memberitahu saya mereka tidak dipengaruhi parti politik, sebaliknya mereka bergerak bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya hairan kenapa Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) boleh memberi kata dua kepada kerajaan sedangkan BERSIH yang berurusan dengan SPR,” katanya semalam.

Kelmarin PAS memberi kata dua kepada kerajaan bahawa parti itu akan mendesak BERSIH menganjurkan sekali lagi demonstrasi jalanan jika SPR gagal memenuhi tuntutan apa yang didakwa sebagai penambahbaikan proses pilihan raya. BERSIH pula mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR sentiasa membuat perubahan untuk kebaikan dan manfaat semua pihak, selain bersikap terbuka menerima pandangan, cadangan dan kritikan membina termasuk di kalangan pemimpin lebih 30 parti politik di negara ini.

Malah, daripada 17 tuntutan dikemukakan BERSIH, hanya lapan masih pada peringkat perbincangan dan daripada jumlah itu hanya empat yang ada kaitan dengan SPR iaitu menuntut senarai daftar pemilih dibersihkan, menggunakan dakwat kekal, menghapuskan undi pos dan memanjangkan tempoh kempen pilihan raya.

Sumber : N9kini.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.