#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 July 2011

REVOLUSI: Anwar tiada pilihan???


Agenda perhimpunan haram Bersih sebenarnya bukan berdasarkan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi lebih kepada agenda terancang pembangkang untuk meraih semula simpati rakyat.

Kalau kita lihat apa yang berlaku pada 9 Julai lalu, penyokong mereka yang hadir berarak tanpa arah malah sebahagian besarnya tidak faham pun apa tujuan mereka berarak.

Matlamat perhimpunan haram Bersih ini hanyalah untuk memburukkan nama negara di mata masyarakat antarabangsa… mereka tidak tumpu lagi soal nak serah memorandum tetapi hanya melakukan provokasi agar pihak berkuasa bertindak balas.

Itu yang mereka mahukan hingga ke tahap orang mati pun boleh hidup balik.

Namun perancangan mereka tidak menjadi…selain jumlah yang hadir jauh tersasar dari angka sasaran mereka kononnya seramai 300,000 orang, tindakan bijak pihak berkuasa juga telah menyebabkan mereka mati akal untuk mencari modal politik

Oleh kerana itu tegas beliau pembangkang terpaksa untuk mencipta satu lagi mementom kerana mereka tidak puas hati hasil yang mereka perolehi pada perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Lebih dahsyat lagi tambahnya Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang mempergunakan NGO untuk menggerakkan perhimpunan haram Bersih menyatakan  Bersih telah mencapai tahap Revolusi.

Inilah bukti kegagalan perhimpunan haram Bersih sehingga Anwar mahu melancarkan revolusi pula.

Sumber: UMNO Online

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.