#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 July 2011

DAP tak berganjak, terus menentang PAS...



DAP meminta PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti...

Karpal juga menyuarakan pada PAS agar tidak bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

“DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Karpal berkata DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat PAS menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

“Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan-Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim.

Hj. Hadi dalam kenyatannya pula, “Di sana (Kedah), ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

KATA KAWAN:
Ada rakan dalam parti pun, asyik tak pernah nak bersependapat... Ada ketua dalam parti pun, macam tak de juga sebab tak tau langsung nak beri pendapat... 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.