RASAKAN: Dipapah selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral |
YE KE TU? Adakah ini yang engkau mahu.... |
Biadap yang macam mana? Bagaimana pula dengan penangkapan di buat terhadap pemimpin-pemimpin pro-kerajaan semalam? Itu kira tak biadap lah ye? Di mana datangnya biadap... Apa saja tindakkan yang berlaku semalam, semuanya telah jelas diatas arahan yang telah di keluarkan terlebih awal.
“Saya menganggap perhimpunan ini sebagai berjaya walaupun polis bertindak kejam,” kata Anwar pada wartawan di Hospital Pantai di sini, semalam.
Itulah kenyataan yang di impikan Anwar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam... Akhirnya menuduh Polis bertindak kejam... Cerita pada dunia, burukkan sistem politik negara.
Walhal, semuanya adalah reka ciptanya sendiri...
Si Ambiga pulak berlagak handal selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang semalam. "Kami tidak gentar dengan ancaman,” katanya.
Memorandum BERSIH ntah kemana. Tak juga nampak di serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam... Ternyata perhimpunan haram semalam adalah satu perhimpunan haram yang benar-benar membohong rakyat semata-mata.
Untuk apa lagi hari ini mengeluarkan kenyataan kononnya memorandum itu tetap akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin? Kelmarin pun sudah mengadap, tak juga di serahnya memorandum itu kepada Agong...
Nak cakap apa lagi? Dengan cara apa lagi? Berhimpun, merusuh dan berarak sekali lagi ke? A Samad Said tak perlu la nak terus menjadi balaci untuk menegakkan perkara yang jelasnya satu penipuan oleh Ambiga, Anwar serta kuncu-kuncunya...
Apa yang berlaku semalam... Jelas BERSIH gagal mengotakan janji dan ikrarnya sepertimana yang di nyatakan sebelum ini...
Dengan kehadiran yang seberapa dan tidak mencecah 300 ribu seperti mana yang di nyalakkan sebelum ini, para penganjur BERSIH kena sedar dan tak perlu lah mendabik dada kononnya perhimpunan itu berjaya..
Itu lah tanda, bahawa rakyat telah sedar, terfikir dan tahu bahawa tiada gunanya menganjurkan perhimpunan haram sebegitu... Rakyat lebih sayangkan keamanan serta ketenteraman untuk terus ujud di negara Malaysia yang tercinta ini....
0 comments:
Post a Comment