#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 July 2011

Waran tangkap 13 individu termasuk Anwar.


Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Antara mereka ialah: 
1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
2. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; 
3. Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican
4. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
5. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, 
6. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
7. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
8. Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.
9. Aktivis Wong Chin Huat.
10. Pengendali blog, Haris Ibrahim.
11. Peguam Latifah Koya.
12. Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard. 

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian. 

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu. 

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. 

Sumber: BHarian Online - 21/7/2011

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.