GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel
Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...
PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.
"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...
Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar
"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee
PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin
"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...
"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor
Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...
#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak
Showing posts with label NIK AJIS. Show all posts
Showing posts with label NIK AJIS. Show all posts
27 December 2013
#HGK13 Demo Guling Kerajaan : Tipuuu!!! MB Kelantan turun juga...
Keputusan Menteri Besar dan PAS Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini telah mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.
Apa yang menarik katanya, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh MB, Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malam kelmarin.
Keputusan Ahmad Yaakob, turut mendapat pujian dari bebrapa pihak. Hingga ada yang mengatakan, keputusan beliau itu adalah jauh lebih berbeza dan bersikap lebih terbuka dibandingkan MB Kelantan terdahulu.
Namun, apa yang berlaku (KLIK) itu semua hanyalah omong kosong dari tong yang kosong. Tak pun sampai 24 jam, apa yang di sebut semuanya berubah, semalam.
Alasan beliau untuk tidak menyokong dan menolak demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 atas sebab TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN' dan akhirnya menerima semula, jelas menampakkan sikapnya kira serupa saja macam Nik Aziz, mantan MB Kelantan yang lalu.
Tak tahan tekanan kot...
Tu sanggup menipu lagiii!!!
Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan‘liberal’ yang semakin menguasai PAS. Tu la yang sebenarnya.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI
2 December 2013
HANGAT!!! Nik Aziz gugur di Kelantan. KLIK baca ni!
Ahmad turut dilantik sebagai bendahari PAS Pusat yang baharu.
Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.
Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Sementara Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas kepada Mohamad Sabu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Seorang lagi calon yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.
-AstroAwani
MP- Nik digugurkan... Mahfuz melopong. Selanjutnya KLIK SINI.
19 November 2013
KANTOIII! PAS 'dikencing' DAP pun tak sedar lagi... KLIK baca ni!
Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyelamatkan keadaan bagi mengelakkan Pengerusi parti itu terus diserang oleh rakan sekutu mereka ternyata GAGAL. Kit Siang sebelum ini tampil membela Karpal Singh yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan ekoran permainan media.
Ia ekoran dari kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat telah menyinggung perasaan rakan sekutu mereka Pas. Ahli parlimen Bukit Gelugor itu ketika sidang media yang diadakan di Pulau Pinang pada 5 November yang lalu, dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum DIBATALKAN pendaftarannya.
Menurutnya ia supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan. Karpal turut mengatakan parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.
Menyedari ketelanjuran tersebut, Kit Siang yang mewakili Karpal dengan pantas menarik ‘hand break’ dengan menyalahkan media kononnya itu bukan maksud sebenar. Ia hanya permainan media yang dikatakan telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.
Menurut Kit Siang, setelah dia menghubungi Karpal sendiri bagi mendapatkan penjelasan, peguam tersebut jelas menafikan kenyataan tersebut. Sambil mengatakan ia hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.
Namun mungkin merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Dewan Pemuda Pas segera menjalankan ‘siasatan’ bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataan tersebut. Setelah meneliti rakaman sidang media yang berdurasi 24 minit 47 saat itu, mereka akhirnya membuat kesimpulan Karpal secara jelas berbohong kerana cuba menafikan keterlanjuran itu.
Ini kerana, menurut mereka, rakaman video tersebut jelas membuktikan Karpal memang telah membuat desakan tersebut.
“Pada minit keenam rakaman itu, Karpal didengar berkata ‘bergerak atas nama agama, perkauman adalah satu perkara yang amat berbahaya dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti ini dan sudah tiba masanya untuk parti perkauman dibatalkan pendaftarannya, malangnya ini termasuk PAS,” kata wakil dewan Pemuda Pas itu.
Malah ketika ditanya oleh seorang wartawan, Karpal sekali lagi mengulangi desakannya itu dengan mengatakan perkara itu mungkin akan membuatkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang kurang senang.
Ia secara tidak langsung membuktikan, bahawa kenyataan tersebut turut merujuk kepada parti Pas yang jelas menggunakan agama bagi memenuhi cita-cita politik mereka.
Paling menarik, hanya kerana ingin membela Karpal, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sebelum ini telah memuji tindakan pemimpin DAP itu kerana berani tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," kata Mahfuz sebelum ini.
Selain Dewan Pemuda, ramai di kalangan pemimpin parti itu yang terdiri daripada kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan Pas dari kecaman Karpal itu. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Terbaru, Dewan Muslimah Pas turut senada dengan kumpulan Ulama yang melahirkan rasa kesal sambil menegaskan, agarMajlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera mengambil tindakan tegas terhadap pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin veteran DAP itu.
Mereka antara lainnya mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum Dewan Pemuda dan Muslimah mengambil tindakan.
ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI
30 October 2013
#PRKSgLimau : Nik Aziz tak ubah seperti 'kereta sorong buruk' di Sg. Limau. KLIK baca ni!
Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-8, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.
Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.
Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.
Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.
Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.
Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz.
Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.
Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.
Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.
Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.
28 October 2013
ISU COMONGO: Hangattt! PAS buat bodoh dengan tuntutan menyentuh sensiviti umat Islam ? KLIK baca ni!
14:26
ANWAR TENAT, COMONGGO, JAIS, KALIMAH ALLAH, NIK AJIS, PAS, PEMBANGKANG, Qazaf Nwar
No comments
Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perkembangan yang baik jika dalam Pas ujud usaha mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun, kita melihat tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia.
Perkembangan yang baik jika dalam Pas ujud usaha mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun, kita melihat tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia.
Lagi lama Pas bertangguh untuk keluar daripada pakatan pembangkang, lagi banyak Pas akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan oleh rakan pembangkangnya yang akan menghakis kepentingan orang Islam dan Melayu.
Sebelum ini, Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.
Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas digesa untuk mengemukakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.
Sebelum ini, Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.
Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas digesa untuk mengemukakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.
Kalau perjuangan mereka serius, usul mengenai tuntutan Comango ini perlu dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar Pas nanti.
Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, ternyata tahaluf siyasi itu telah gagal.
Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, ternyata tahaluf siyasi itu telah gagal.
Pas perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan perpaduan ummah sehingga Comango berani membuat tuntutan yang mencabar Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan agama Islam di ne
Sekiranya tiada perpaduan, dibimbangi perkara-perkara yang lebih buruk akan dituntut oleh lebih banyak NGO, maka Pas perlu mengutamakan perpaduan ummah supaya umat Islam menjadi kuat dan disegani serta digeruni oleh pihak lawan dan kawan.
27 October 2013
#PRKSgLimau: PAS KANTOOIII!!! Heboh satu Sg. Limau... KLIK saksikan video!
Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.
Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.
![]() |
| Datuk Jamil Khir Baharom |
Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.
24 October 2013
#PRKSungaiLimau: Calon mana yang patut diberi undi? KLIK, tengok sini!
![]() |
| Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat. |
![]() |
| KELEBIHAN: Latarbelakang dan pencapaian peribadi calon. |
![]() |
| Undi calon PAS = Undi Phahrolrazi musuh ketat bekas MB Kedah dulu. |
Nah...
Ini dia calon yang sepatutnya dipilih dan
diberi undi pada PRK N20 Sungai Limau.
Saksikan Dr Ahmad Sohaimi Lazim
(calon BN)
di klip video dibawah.
ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI.
21 September 2013
Hadi Awang nk bawa PAS berkerjasama dengan UMNO? KLIK baca ni!
PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.
MP: Baguslah kalau gitu.... Tp, boleh pakai ke kenyataan orang tua ni? Jangan esok, kena gegar dengan puok-puok DAP melatah lagi. Apa pun, MP sentiasa doakan agar penyatuan antara Melayu dan Islam sentiasa terjalin demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.
10 September 2013
KALIMAH ALLAH: Keputusan mahkamah ditangguh lagi...
Mahkamah Rayuan menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Panel Ketua Hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan Oktober ini.
Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/kalimahallah-keputusan-oktober-depan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+sebastianphiu+%28Sebastian+Phiu+%7C+Sebtv+%7C+True+Tv%29#ixzz2eUmXNdVi
9 September 2013
BICARA TERAKHIR: Bersatu, pertahankanlah kalimah Allah... Allahuakhbar!!
Mudah-mudahan keputusannya kelak memihak kepada kita, InsyaAllah.
Seandainya gagal, tindakkan Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluakan pandangan yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu dengan ‘fatwa’ HARUS - khususnya agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi) harus bertanggungjawab.
Termasuklah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang berpegang kepada konsensus membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.
Kepada puak-puak yang mengeluarkan 'fatwa' songsang semata-mata mahu menyokong penggunaan kalimah Allah untuk semua.
Namun, tidak akan sekali pun MP reda adanya golongan yang sanggup mahu mempermainkan kalimah Allah termasuk memaksudkan Allah itu'trinity' atau menganggap 'Allah itu beranak dan diperanakkan'.
Selagi hayat masih ada, MP tidak akan pernah rela. Kepada yang ada kelapangan masa, ayuh ke mahkamah. Bersama bersatu pertahan kalimah Allah.
Selagi hayat masih ada, MP tidak akan pernah rela. Kepada yang ada kelapangan masa, ayuh ke mahkamah. Bersama bersatu pertahan kalimah Allah.
Allahuakhbar!!
20 July 2013
Peneroka FELDA bergembira, peserta Ladang Rakyat mulut ternganga
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sempena menjelangnya hari raya Aidilitri 2013, seramai 112,396 peneroka FELDA di seluruh negara tetap akan menikmati duit raya masing-masing meski pun beberapa bulan kebelakangan ini harga sawit mengalami penurunan.
Pengumuman menggembirakan warga peneroka itu dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2, Tanjung Malam petang semalam.
Duit raya berjumlah RM32.3 juta itu akan diberikan kepada 112,396 orang peneroka di mana peneroka yang bersama FELDA bakal menerima RM300 seorang sementara peneroka yang tidak bersama FELDA pula mendapat duit raya sebanyak RM150 seorang.
Dibandingkan tahun sebelumnya para peneroka FELDA memperolehi RM400 dan RM200 setiap orang membabitkan perbelanjaan RM43.2 juta merangkumi 112,635 peneroka manakala pada tahun 2011 pula perbelanjaan duit raya sejumlah RM42.6 juta duit raya telah dibahagikan.
Dengan adanya pemberian ini yang mungkin tak seberapa bagi segelintir orang namun sedikit sebanyak dapat juga meringankan bebanan para peneroka dalam persiapan mereka untuk menyambut perayaan Aidilfitri kelak.
Pemberian duit raya ini merupakan tradisi Kerajaan BN semenjak tahun 2003 lagi tanpa mengira harga sawit naik atau turun dan ia meliputi semua 317 rancangan FELDA di seluruh negara dan tempias nikmat duit raya ini juga turut dirasai para penyokong PAS dan PKR yang tak sedar diri.
Dalam pada itu, tentunya ramai yang tertanya-tanya entah apa pula nasib para peserta Ladang Rakyat yang berjumlah lebih 4,000 orang di Selatan Kelantan tika ini. Agak-agaknya berpeluangkah mereka untk sama-sama menikmati duit raya sama seperti rakan mereka di FELDA?
Persoalan itu amat rumit sebenarnya kerana usahkan nak merasa duit raya, tanah yang para peserta Ladang Rakyat terokai pun sampai sekarang payah nak diperolehi hak miliknya. Tapak rumah yang dijanjikan pula sampai sekarang hanya segelintir yang dapat itu pun untuk golongan yang rapat dengan PAS.
Jadi tiada gunanya kalau kita tanya pasal duit raya tatkala hak milik tanah yang lebih utama pun belum tentu mampu diperolehi dek kerana lemahnya pengurusan Ladang Rakyat yang dipelopori Kerajaan PAS Kelantan.
Peserta Ladang Rakyat hanya mampu ternganga mulut sajalah jawabnya sedangkan di masa yang sama pemimpin DAP si Ngeh dan si Nga tersengih gembira memiliki tanah lebih 10,000 ekar hampir menyamai luas Putrajaya.
Ladang Rakyat Ladang Air Mata Rakyat… Bo La Weii…
23 May 2013
HIMPUNAN 505: Puak-puak PAS yang kedepan... KLIK baca ni!
13:02
505, ANWAR TENAT, ANWAR_N.AZIZ, MANIFESTO PR, NIK AJIS, PAS, PEMBANGKANG, PKR, PRU13, SPR
No comments
Sandiwara PAS Untuk Guling Kerajaan
Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.
Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.
Tujuan penganjuran kononnya untuk
13 May 2013
POST MORTEM PRU13 : Adakah nak tungggu sampai ranap, Nik Aziz?
Hahahaaa... Mujur Nik Aziz tidak dipanggil untuk turut serta dalam siri wacana 'Post Mortem PRU13' yang telah berlangsung, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Kalau tidak, sudah pasti Nik Aziz akan rasai seperti ditendang terajang selepas mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, ketika menjadi ahli panel dalam wacana tersebut bertajuk 'Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', semalam.
Menurut Nasharuddin, "UMNO dan PAS perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman".
Kalau tidak, sudah pasti Nik Aziz akan rasai seperti ditendang terajang selepas mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, ketika menjadi ahli panel dalam wacana tersebut bertajuk 'Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', semalam.
Menurut Nasharuddin, "UMNO dan PAS perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman".
"Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya... (KLIK SAKSI VIDEO)
"Tidak semua Melayu Umno itu iblis, dan tidak semua Melayu dalam Pas itu malaikat," tambahnya lagi.
Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.
Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' ini dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - Selanjutnya KLIK
Kata MP:
Fuhhh.... Bukan main tinggi harapan serta semangat ahli panel dan perserta, dapat MP lihat ketika disana tadi... Apa pun MP ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.
Mudah-mudahan usaha kalian berjaya sepertimana yang di harapkan, insyaAllah. Anda memang terbaik! Dan kepada bangsa ku Melayu yang berada diluar sana tu....
Bersatulah!!!
9 May 2013
Kira bangsat la ni! KLIK saksi video.
Dah tentu ada pihak yang kurang senang dengan tajuk yang di letakkan diatas malah mungkin ada yang sampai ke tahap marah-marah.
Maaflah kepada yang terasa tu , sememangnya pun kena letak macam tu sebab apa yang korang lihat dan dengar kat video dibawah ni bukannya dari seorang ulama tetapi dari seorang pemimpin politik yang rakus untuk berkuasa dan penuh dengan dendam kesumat kerana politik.
Memang bangsat la!!!
Artikal berkaitan KLIK
http://mahamissa.blogspot.com/2013/05/nik-aziz-antara-ulama-atau-bangsat.html
Artikal berkaitan KLIK
http://mahamissa.blogspot.com/2013/05/nik-aziz-antara-ulama-atau-bangsat.html
6 May 2013
KEPUTUSAN RASMI: Parlimen Pengerang kekal di tangan BN
05:55
ANWAR TENAT, FELDA, MANIFESTO BN, MANIFESTO PR, NIK AJIS, PEMBANGKANG, PENGERANG, Politik Johor, PRU13
No comments
PRU13 Pengerang, terus meletakkan Barisan Nasional kekal menang pada kesemua kerusi calon yang dipertandingkan dengan majoriti mudah mengalahkan calon parti lawan.
Berikut adalah maklumat serta keputusan rasmi undian bagi PRU13 Pengerang.
- P157 PARLIMEN PENGERANG
1. DS Azalina Othman Said (Menang) - BN - Jumlah undi : 26,992
2. Dayangku Intan - PKR - Jumlah undi : 4,484
3. Mohd Azaman Johari - BEBAS - Jumlah undi : 795
( Hilang Deposit )
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 37,999
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 698
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 32,969
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 33,116
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 147
PERATUS PENGUNDIAN : 87.10%
MAJORITI : 22,508
- N38 DUN PENAWAR
1. Hamimah Mansor (Menang) - BN - Jumlah undi : 15,101
2. Anis Afida Mohd Azli - PAS - Jumlah undi : 2,283
Majoriti : 12,818
Jumlah Pengundi : 17,384
Undi rosak : 297
Peratus pengundian : 88.9 peratus
- N39 DUN TANJUNG SURAT
1. Datuk Syed Sis A Rahman (Menang) - BN - Jumlah Undi : 12,014
2. Hasnol Ahmad - PKR - Jumlah Undi : 2,979
Majoriti : 9,035
Jumlah Pengundi : 14,993
Rosak : 339
Peratus pengundian : 84.9 peratus
Sementara itu, Barisan Nasional juga berjaya kekal membentuk kerajaan negeri Johor selepas mendapat kemenangan dengan keputusan majoriti 30 kerusi daripada 56 kerusi DUN setakat jam 2.20 pagi tadi.
# Tahniah dan syabas MP ucapkan kepada calon dan jentera parti yang berusaha keras hingga membawa kemenangan kepada BN. Kepada yang menyokong dan setia berjuang bersama BN, sesungguhnya undi anda adalah suatu pilihan yang bijak... Tahniah!
KEPUTUSAN PENUH PRU13 MALAYSIA KLIK URL DIBAWAH:
4 May 2013
#PRU13 : Woiii pembangkang! Bukan ini caranya! #TolakPR
08:19
ANWAR TENAT, ANWAR_N.AZIZ, ANWAR-LIWAT, BERSIH 3.0, DAP, MANIFESTO PR, NIK AJIS, PEMBANGKANG, PKR, PRU13, SPR, VIDEO SEX, W.AZIZAH
No comments
PR Telah Mulakan Bibit-bibit Huru-Hara
Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini, kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas PRU-13.
Justeru, difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana. Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.
Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas.
Antara langkah yang diambil ialah:
· 26 April – Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling.
· 28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.
2 Mei - C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas cedera parah dipuluk penyokong pembangkang.
· 2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang. ·
Selain belasah, pembangkang juga menggunakan bom petrol untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak. · Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu.
Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN tidak termakan umpan tersebut. Malah, BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.
Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan kredibiliti SPR.
Antaranya:
· menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN.
· mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka.
· menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti.
· mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati.
Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang mereka akan kalah.
Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya. Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan kekecohan.
Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan.
Ini penting bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.
Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.
Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan.
Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan. Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya.
Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan. Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka.
Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras. Tindakan keras pihak berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.
Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.
Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’.
Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’ iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa dan seterusnya.
Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir pasti melanda kita.
Untuk itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka.
Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka. Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam pembangkang.
3 May 2013
#TolakPR : Nah.. Melonjak DAP setelah PAS muktamad batalkan Hudud!
Muktamad: PAS Setuju Batalkan Hudud
Sepanjang tempoh berkempen ini, PAS bersungguh-sungguh sekali memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP.
Justeru, isu hudud dimainkan kembali dengan lebih keras dan lebih tegas. Para Ulama PAS seperti Dato’ Haron Din dan Dato’ Harun Taib berkali-kali muncul membuat kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi.
Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan. Kemuncaknya, Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.
Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan agar meninggalkan PR. Namun, tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat akhir.
Maka, semalam, Harun Taib memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang. Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS.
Sinar Harian hari ini melaporkan alasan beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya, kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya PR menang pilihanraya.
Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini. Kita ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.
Kita pasti, kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.
Malah, di hadapan penyokong mereka, mereka akan terus berlakon seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud. Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada perjanjian bersama Pakatan Rakyat iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang hudud.
Nampaknya, para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam berpolitik, jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi.
Kelicikan mereka tidak terhad terhadap musuh, tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri, terhadap rakan sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua.
Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.
Apa yang boleh kita katakan selain, kasihan kepada penyokong PAS kerana ditipu oleh Ulama sendiri. Jika ini tidak benar, jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah Norman Fernandez atau DAP.
Maklumlah, nak ditanya Ulama sendiri, belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.
Sepanjang tempoh berkempen ini, PAS bersungguh-sungguh sekali memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP.
Justeru, isu hudud dimainkan kembali dengan lebih keras dan lebih tegas. Para Ulama PAS seperti Dato’ Haron Din dan Dato’ Harun Taib berkali-kali muncul membuat kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi.
Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan. Kemuncaknya, Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.
Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan agar meninggalkan PR. Namun, tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat akhir.
Maka, semalam, Harun Taib memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang. Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS.
Sinar Harian hari ini melaporkan alasan beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya, kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya PR menang pilihanraya.
Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini. Kita ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.
Kita pasti, kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.
Malah, di hadapan penyokong mereka, mereka akan terus berlakon seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud. Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada perjanjian bersama Pakatan Rakyat iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang hudud.
Nampaknya, para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam berpolitik, jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi.
Kelicikan mereka tidak terhad terhadap musuh, tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri, terhadap rakan sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua.
Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.
Apa yang boleh kita katakan selain, kasihan kepada penyokong PAS kerana ditipu oleh Ulama sendiri. Jika ini tidak benar, jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah Norman Fernandez atau DAP.
Maklumlah, nak ditanya Ulama sendiri, belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.
2 May 2013
#TolakPR : Lepas PRU nak bercerai? Puiiihhh!!!
Harun Taib Sahkan PAS Akan Keluar Pakatan Selepas PRU
Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat nampaknya semakin meruncing. Tindakan beberapa pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam terumbang-ambing.
Antara insiden yang menyebabkan PR bergolak teruk sepanjang tempoh berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang PKR di Kuantan.
Di celah-celah itu, PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud jika menang.
Sehubungan dengan itu, sepantas kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud tidak mungkin akan dilaksanakan oleh PR jika menang. Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang hudud.
Namun, mereka tidak mampu menipu orang ramai. Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.
Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara terang-terangan berkempen untuk calon BN. Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS membara. Tekanan agar PAS keluar pakatan semakin kuat.
Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar bersabar.
Menurutnya, mereka sudah sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik. Maka, mereka harus meneruskan kerjasama dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan. Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar pakatan.
Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib atau PAS. Mana mungkin mereka terus bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan masih kelam?
Untuk apa jika sekadar menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah?
Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka undi. Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian Malaysia?
Atau apakah mereka mengundi liberalisme? Mudah sahaja untuk menyuruh rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan?
Sikap PAS mahupun PR secara keseluruhan yang mengambil mudah perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya.
Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali. Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri?
Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya?
Sudah jelas kini bahawa PAS hanya ingin menang pilihanraya. Inilah matlamat mereka, iaitu untuk melampiaskan dendam yang membara terhadap UMNO.
Biar apapun yang terjadi selepas menang, itu adalah cerita lain. Asalkan mereka boleh melihat UMNO tumbang, itu sudah cukup untuk membuat Harun Taib, Haron Din, Hadi Awang dan Nik Aziz merasa tenang.
1 May 2013
#TolakPR : Calon PAS Pengerang perli Polis sebagai 'body guard' setianya. KLIK baca ni!
Baru-baru ini calon PAS N38 DUN Penawar seperti tak sedar dek untung dengan tindakan Polis yang sentiasa berada di setiap lokasi kempen ceramahnya.
Tindakkannya memerli dihadapan lebih 70 penyokong ketika berceramah di Air Tawar 5 lalu dengan berkata Polis sebagai 'body guard' yang setia menjaga keselamatannya itu dianggap keterlaluan dan menghina.
Kenapa? Polis menyebuk ke? Bukan ke dah menjadi tugas mereka untuk berada di semua lokasi termasuk di lokasi kempen BN sepanjang kempen PRU13 berjalan...
Dari sumber maklumat yang dipercayai, semalam calon PAS tersebut bersama jenteranya terhegeh-hegeh pulak mencari Polis untuk membuat report setelah aktivitinya di Tanjung Buai kena ganggu.
Katanya, tujuan report itu adalah untuk memastikan agar pihak Polis dapat membantu memastikan keselamatan calon dan jentera ketika menjalankan apa saja aktiviti di kawasan DUN Penawar.
Nah... Pandai pulak mencari Polis. Sebelum ini, masa Polis berada di lokasi aktivitinya dan menjaga keselamatan jentera dan beliau ketika berkempen, diperli-perlinya Polis dalam ceramahnya di khalayak orang ramai. Bila kena ganggu, pandai pulak cari Polis.
Bagi MP, begitu la sifat pembangkang khasnya PAS. Sikap menipu, menghina dan mengata orang lain memang dah melekat dalam diri mereka. Mulut je dok kata menjunjung syiar Islam... Tapi hakikatnya, di hati mereka busuk. Penuh dengan niat dendam khianat.
Tak layak mereka ni untuk diangkat sebagai pemimpin. Rosak jadinya kalau diberi undi pada PRU nanti.
Calon Menipu KLIK : http://maelpengerang.blogspot.com/2013/04/pru13-calon-dun-pas-penawar-dakwa-dap.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
SOUTHERN Blogger
-
When Politics Meets Economics: Isham Jalil’s Podcast Homework Problem - It was a refreshing change to see Isham Jalil step away from his usual political commentary and return to economics — after all, economics is his actual ...1 week ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota - *Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan se...1 year ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN - Umno was thrashed once again the other day. It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections. Fourteen of the seats won by the party ...2 years ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA. - Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak amlan LGBT. Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...3 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI - BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada j...4 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...6 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk - Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk6 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!! - Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang...7 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...7 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD.. - Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mana S...8 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH? - PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat ke kerus...8 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017 - Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima rakyat ...9 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat - JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat perhatian Ahl...9 years ago
-
Pemimpin .... - Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya...11 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video. - Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'... Lunyai Khalid Ibrahim dikerjaka...11 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari. - JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU) bermula j...12 years ago
-
MALAYA Blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Poning La TM & AI ni!!!6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
How to Avoid Anavar Side Effects8 years ago
-
Девушка под кроватью8 years ago
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
tom thumb weekly ad frisco tx10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

.jpg)
.png)
.jpg)

.jpg)




.jpg)
.jpg)








.png)
.jpg)



.jpg)









206611930.jpeg)