Baru-baru ini calon PAS N38 DUN Penawar seperti tak sedar dek untung dengan tindakan Polis yang sentiasa berada di setiap lokasi kempen ceramahnya.
Tindakkannya memerli dihadapan lebih 70 penyokong ketika berceramah di Air Tawar 5 lalu dengan berkata Polis sebagai 'body guard' yang setia menjaga keselamatannya itu dianggap keterlaluan dan menghina.
Kenapa? Polis menyebuk ke? Bukan ke dah menjadi tugas mereka untuk berada di semua lokasi termasuk di lokasi kempen BN sepanjang kempen PRU13 berjalan...
Dari sumber maklumat yang dipercayai, semalam calon PAS tersebut bersama jenteranya terhegeh-hegeh pulak mencari Polis untuk membuat report setelah aktivitinya di Tanjung Buai kena ganggu.
Katanya, tujuan report itu adalah untuk memastikan agar pihak Polis dapat membantu memastikan keselamatan calon dan jentera ketika menjalankan apa saja aktiviti di kawasan DUN Penawar.
Nah... Pandai pulak mencari Polis. Sebelum ini, masa Polis berada di lokasi aktivitinya dan menjaga keselamatan jentera dan beliau ketika berkempen, diperli-perlinya Polis dalam ceramahnya di khalayak orang ramai. Bila kena ganggu, pandai pulak cari Polis.
Bagi MP, begitu la sifat pembangkang khasnya PAS. Sikap menipu, menghina dan mengata orang lain memang dah melekat dalam diri mereka. Mulut je dok kata menjunjung syiar Islam... Tapi hakikatnya, di hati mereka busuk. Penuh dengan niat dendam khianat.
Tak layak mereka ni untuk diangkat sebagai pemimpin. Rosak jadinya kalau diberi undi pada PRU nanti.
Calon Menipu KLIK :
http://maelpengerang.blogspot.com/2013/04/pru13-calon-dun-pas-penawar-dakwa-dap.html
0 comments:
Post a Comment