#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 May 2013

Himpunan 505: Bermulanya tindakan ke atas aktivis pembangkang... KLIK lihat ni!

  • Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dituduh dibawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948
  • Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan polis
  • Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin tidak ditahan polis
  • Dr Chen Man Hin, Ong Kian Ming, Chow Yu Hui dan Lee Chin Chen telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan
  • Kementerian Dalam Negeri merampas suratkhabar-suratkhabar yang dimiliki oleh pembangkang
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak campur tangan dalam penahanan ituAhli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis politik Haris Ibrahim dan anak bekas timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar akan ditahan di Balai Polis Jinjang semalaman sebelum permohonan reman esok pagi.
Ini adalah makluman peguam Haris,Gobind Singh Deo yang berkata polis akan membawa mereka bertiga untuk permohonan reman pada 11 pagi.

“Kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya," katanya ketika ditemui hadapan Balai Polis Jinjang Utara disini.

Ketiga-tiga mereka ditahan polis pagi ini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan mereka pada malam 13 Mei di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

“Tian Chua ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT), Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris ditangkap di Segambut. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Jinjang. Kami akan ambil keterangan dari mereka,” katanya.

Sementara itu, pihak polis telah memulakan tindakan keras ke atas tokoh-tokoh pembangkang dan aktivis, hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum yang bersejarah yang telah mencetuskan pelbagai aktiviti bantahan.

Sebelum itu, penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abd Halim Adam Adli Abd Halim dituduh dibawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei lepas.

Pelajar berumur 24 tahun yang direman lima hari yang lalu, mengaku tidak bersalah ke atas kesalahan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Adam Adli dibenarkan ikat jamin dengan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes itu akan disebut semula pada 2 Julai.

Sementara itu, nama pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan gelaran Chegubard yang turut diwar-warkan menjadi tahanan polis, tidak ditahan polis.

SAMM, dalam satu kenyataan media berkata Chegubard tidak ditahan setakat pukul 6 petang tadi.

Sementara itu, Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin, MP Serdang Ong Kian Ming, Adun Bilut Chow Yu Hui dan Adun Ketari Lee Chin Chen telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan kerana mentuturkan pelbagai kenyataan mengenai pilihan raya umum.

Suratkhabar yang dimiliki oleh parti pembangkang turut tidak terlepas daripada tindakan itu.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Selanjutnya KLIK SINI.

MP: Pssstttt... syabas PDRM. Kalau tak dia orang kata u all lembik...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.