Himpunan 505 a.k.a BERSIH 4.0 Sudah Bermula
Sumber dalaman mengesahkan bahawa satu himpunan membantah keputusan pilihanraya sedang digerakkan.
Pada saat dan ketika ini para cybertroopers pembangkang termasuk facebookers and twitters sedang membina momentum dengan menyebar provokasi-provokasi yang mereka rancangkan di tempat-tempat pengundian.
Media asing juga turut memain peranan memetik semua provokasi yang ditimbulkan dan memperbesarkannya di peringkat antarabangsa.
Nampaknya, penyokong-penyokong PR benar-benar tekad ingin menghancurkan negara ini dan menggadaikan segala nikmat keselesaan yang kita kecapi demi atas nama ‘perubahan’.
Mereka benar-benar percaya bahawa SPR tidak telus, dan benar-benar percaya bahawa kerajaan begitu kejam dan tidak adil walaupun hakikatnya mereka telah diberi berbagai peluang untuk menyuarakan bantahan secara aman.
Segala usaha ke arah huru-hara ini tidak akan berjaya jika penyokong-penyokong mereka tidak begitu mudah diperdaya dan berfikir sejenak tentang nasib dan masa depan anak-anak mereka.
Namun, nampaknya manusia yang telah dicuci otaknya memang sukar untuk melihat kebenaran di depan mata jauh sekali memikirkan akibatnya. Kini, apa yang dapat kita lakukan adalah bersedia dan berdoa.
Kita menaruh sepenuh harapan kepada kepimpinan dan pasukan keselamatan negara untuk mengekang gerakan anarki pembangkang.
Setakat ini, sumber memberitahu bahawa kekecohan di pusat pengundian yang dirakam dan dimuat naik ke internet akan berterusan dan berganda walaupun tiada satu pun dari kes yang digembar-gemburkan itu dibawa kepada wakil parti di pusat pengundian untuk membuat bantahan.
Perancangan seterusnya akan bermula sebaik tamat pembuangan undi apabila mereka merasakan kemarahan rakyat sudah sampai di kemuncaknya. SMS dan risalah akan menyusul bagi mengapi-apikan lagi keadaan.
Mereka akan bergerak bermula malam ini ke lokasi yang telah ditetapkan lalu dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Satu kumpulan akan menghalang laluan ke Putrajaya bagi memberi gambaran kononnya pihak kerajaan berusaha melarikan dokumen penting kerana takut mereka menjumpainya.
Tempat berkumpul dikenalpasti sebagai Masjid Putra. Sasaran utama ialah Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Sekiranya mereka tidak mendapat jumlah yang disasarkan maka perhimpunan mereka ini akan dengan sendirinya gagal.
Justeru, sudah menjadi tugas setiap dari kita untuk membantu membuka mata rakan-rakan dan saudara-mara agar jangan mudah terpengaruh untuk turun berdemonstrasi memusnahkan negara ini.
Semoga usaha terakhir kita untuk menyedarkan mereka mampu menyelamatkan kita semua dan negara ini dari musnah sama sekali.
0 comments:
Post a Comment