#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 July 2014

SPAD arah KTMB tutup landasan kereta api Gemas – Gua Musang.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014.

Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Sebelum ini, S.P.A.D. telah bersetuju pada 26hb Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai 15hb Ogos 2014. 

Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan penumpang di sepanjang sektor berkenaan.

Arahan S.P.A.D. ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren. Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka.

Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, S.P.A.D. selaku pengawal selia pengangkutan awam darat sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.


Baru-baru ini berlaku lagi, insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang. Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur Selasa mengalami gangguan selepas Tren No. 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi, Selasa lalu.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 80.0 di antara Kemayan-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang itu.

Memandangkan Aidilfitri akan tiba, di mana lebih ramai lagi pengguna akan menaiki kereta api... Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang, maka memang sudah sepatutnya S.P.A.D bertindak awal demi keselamatan pengguna.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.