#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 July 2014

OPS PARASIT : 16 'Ulat Tiket' di tahan sepanjang Mei-Jun. - SPAD



Dalam tempoh Mei dan Jun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 16 ‘ulat tiket’ menerusi Ops Parasit yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 155 “ulat” yang ditahan sejak Jun 2011 hingga Jun tahun ini. 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata jumlah itu adalah hasil lebih 80 operasi yang dijalankan di seluruh negara termasuk di lapangan terbang, stesen bas dan kereta api yang menjadi tumpuan ulat tiket.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 50 individu sudah dibicarakan di mahkamah, 20 masih dalam siasatan, 29 sedang menunggu perbicaraan dan selebihnya diberi amaran.

“Pada bulan Mei dan Jun lalu, kita berjaya menahan masing-masing empat dan 12 ulat tiket manakala Julai pula lima individu sudah dikenal pasti terbabit dalam kegiatan itu dan kini dalam proses pemantauan.

“Tindakan memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.


“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya lagi

Che Hasni berkata, pihaknya akan mempertingkatkan operasi setiap hari bagi membanteras kegiatan terbabit terutama menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.

Menurutnya lagi, ketika ini SPAD telah menugaskan anggota secara statik di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan termasuk di Pudu Sentral, Terminal Bersepadu Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

“Ops Parasit akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui penyamaran untuk memberi kesan yang maksimum kepada semua pesalah.

“Kita menasihatkan orang ramai menggunakan sistem tiket elektronik (E-Ticketing) yang lebih mudah dan selamat malah dapat mengelak kegiatan ulat tiket," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.