#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

22 July 2014

Wajib pamer nombor talian aduan di dalam dan luar bas - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan semua pengendali bas ekspres dan persiaran mempamerkan nombor talian aduan di dalam dan luar bas. 

Dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan dan tinjauan pengurusan penjualan tiket serta operasi bas ekspres menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan, kelmarin. Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu penting bagi memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan pengurusan aduan agar tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera.
Jelasnya, pengendali bas perlu memastikan nombor talian aduan dipaparkan aktif dan boleh dihubungi ketika kenderaan beroperasi.

"Ini adalah kesinambungan kepada arahan terdahulu yang berkait dengan isu keselamatan penumpang seperti pengaktifan dan pemasangan GPS (penentu kedudukan global) pada kenderaan, pelaksanaan Kod Amalan SPAD ICOP - Keselamatan dan pelaksanaan bilik kawalan operasi bagi tujuan pemantauan kelajuan bas," tambah TS Syed Hamid.


Beliau turut menyarankan semua pengusaha atau pengendali syarikat bas ekspres agar membuat pendaftaran lesen perubahan sementara (LPS) lebih awal terhadap semua bas ekspres tambahan dan bas catar yang digunakan semasa musim perayaan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Turut sama hadir dalam lawatan dan tinjauan ini, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Azmi Abd. Aziz.


*Kepada pengguna pengangkutan awam darat yang mahu melaporkan sebarang aduan kepada S.P.A.D, sila hubungi talian seperti dibawah:



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.