GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label Qazaf Nwar. Show all posts
Showing posts with label Qazaf Nwar. Show all posts

28 October 2013

ISU COMONGO: Hangattt! PAS buat bodoh dengan tuntutan menyentuh sensiviti umat Islam ? KLIK baca ni!



Bukan sahaja tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang perlu dihadapi oleh Pas tetapi sebenarnya parti itu akan berdepan dengan lebih banyak tuntutan yang mencabar prinsip Islam sekiranya masih terperangkap dalam tahaluf siyasi parti-parti pembangkang.


Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkembangan yang baik jika dalam Pas ujud usaha mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, kita melihat tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia.

Lagi lama Pas bertangguh untuk keluar daripada pakatan pembangkang, lagi banyak Pas akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan oleh rakan pembangkangnya yang akan menghakis kepentingan orang Islam dan Melayu.

Sebelum ini, Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.

Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas digesa untuk mengemukakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.

Kalau perjuangan mereka serius, usul mengenai tuntutan Comango ini perlu dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar Pas nanti.

Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, ternyata tahaluf siyasi itu telah gagal.

Pas perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan perpaduan ummah sehingga Comango berani membuat tuntutan yang mencabar Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan agama Islam di ne
Sekiranya tiada perpaduan, dibimbangi perkara-perkara yang lebih buruk akan dituntut oleh lebih banyak NGO, maka Pas perlu mengutamakan perpaduan ummah supaya umat Islam menjadi kuat dan disegani serta digeruni oleh pihak lawan dan kawan.



9 May 2013

19 March 2013

LAHAD DATU: PAS Perlekeh Majlis Fatwa #lahaddatu



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

Artikal terdahulu KLIK SINI:  Video Anwar terkedu

15 March 2013

RASUAH: Lagi video pemimpin PAS sedang menyuap mulut ayam dan lembu-lembunya.

Nampak! Inilah perangai puok2 PAS, duk bagi 'rasuah' RM50 ko budok2 muto.. 

Selama ini apa yang PAS tak kata kepada orang Umno ??? Terima upah RM 20-30 lah, bagi t shirt lah dan sediakan nasi bungkus untuk penyokong, di katakan Umno rasuah. 

Keliling kampung heboh bercerita yang Umno beri duit. Sokongan kepada Umno sebab dibayar dengan wang ringgit, katanya.

Tapi, bila mereka sembang tentang PR khususnya PAS... Fuhhh! Bukan main lagi.. Perjuangan mereka lah yang suci. Segala gerak usaha serta sokongan antara mereka, semuanya berdasarkan keikhlasan hati dan tulen tanpa dipancing dengan bayaran, walau sesen pun. 

Kononnya mereka semua miskin dan tiada duit sehingga terpaksa kutip derma dari orang ramai. Itu dulu bolehlah kamu nak temberang, sekarang zaman kamera dalam poket woiii!! 

Mu nak temberang apa lagi wahai puok-puok PAS? Nah lihatlah video dibawah ni... Bagaimana gaya pemimpin PAS menyuap mulut ayam-ayam dan lembu-lembunya makan dan minum... 

Saksikan!!!

Tengok lagi gambar dibawah ni. Bukan kata yang muda...Yang si tua ni pun sama saja!



Artikal terdahulu, KLIK: Anwar dan sandiwara hangitnya!

25 February 2013

SUBHANALLAH...Saksi Video ni! Sahih PAS & Ahli Semuanya KAFIR?


Tolong sebarkan video klip dibawah ini kepada semua umat islam dalam negara kita. Video klip ini sangat penting...
Semoga yang dah terlajak, berpatah balik ke pangkal jalan...
Subhanallah!!!

SEBAARKAAN....! SEBAAARRRKAAANNNNN......!!

Saksikan:


15 February 2013

Pok Nik nak anjur show guna artis lebih popular dari PSY Gangnam Style?




Kehkehkehhh! Merapu puok-puok Pas ni. Puiiihhhh!
Selanjutnya KLIK SINI

6 February 2013

Apa dia? Sembang boleh la der!


Pengakuan Bekas Aktivis Barisan Alternatif (1998-2008).

SEBENARnya sy bersyukur kerana PERNAH berada dlm PR suatu waktu dahulu...kalau tidak pasti sy jadi TA"ASUB mcm mereka2 jugak sekarang ni! Dan sebenarnya kita WAJAR mengucapkan TERIMA KASIH kepada PR kerana telah bergabung dgn DAP...kerana sekurang2nya kita kini tahu AGENDA sebenar DAP pd umat2 Islam dinegara kita ini!

Buat mereka2 yg baru menyertai PR ni sy ada sedikit soalan...kalau dah 28 dari 32 orang PENGASAS PKR pun DAH CABUT so maknanya apa tu???

Kalau dah KETUA PEGUAMBELA DSAI seperti DATO ZULKIFLI NORDIN pun cabut malah RELA jadi penentang tu apa maknanya???
Kalau dah PEGUAMCARA (KARPAL SINGH) yg dahulunya pernah mendedahkan siapa DSAI tiba2 berbaik2 pulak tu apa AGENDAnya???

Kalau dah PEMIMPIN2 TERTINGGI mereka seperti DR HASAN ALI, USTADZ HASAN BASRI dan yg terkini kabarnya ULAMAK SURA mereka seperti USTAD NASHA, DR HARUN DIN dan DATO HARON TAIB pun telah jadi menentang..so apa maknanya???

Diantara anda dengan mereka2 ini siapa yg LEBIH TAHU???

So fikirkanlah secara RASIONAL dengan melihat lebih REALISTIK dengan apa yg berlaku...bukan berfikir dengan EMOSIONAL dan FANATIK melulu!!!

'Diantara Dua Mudhorat Pilihlah Yang Mana Lebih Ringan Timbanganya'.

Sumber & selanjutnya KLIK SINI - Penembak Tepat
-Bekas Aktivis Barisan Alternatif (1998-2008).

26 June 2012

19 August 2011

Anwar tentang Peguam JAWI pulak..... Klik,saksikan video.




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta En. Zainul Rijal yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengendalikan tuntutan Qazaf yang dikemukakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semalam.


Apa kata Nwar:



Sumber video: KLpos.com


ISU BERKAITAN: 
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Rayuan itu belum didengar. 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.