GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label Bajet2013. Show all posts
Showing posts with label Bajet2013. Show all posts

29 October 2017

#Bajet2018: Ini Manfaat Yang Bakal Kita Terima.


Pada 27 Oktober 2017 Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan #Bajet2018 di Dewan Parlimen

Tema bagi #Bajet2018 iaitu:

"Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50"


Marilah sama-sama kita fahami #Bajet2018 dan manfaat yang bakal kita terima tidak lama lagi.

Berikut dikongsikan teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Selanjutnya sila KLIK disini:

Untuk ringkasan pengumuman, anda boleh rujuk infografik berikut.


Untuk pelbagai maklumat lain tentang #Bajet2018, anda boleh terus ke laman rasmi #Bajet2018.

Sila klik disini:
 www.treasury.gov.my .

25 October 2013

BELANJAWAN 2014: Live!!! Bajet Rakyat Atasi Kos Kehidupan. KLIK!


TERAS BAJET 2014 BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN

Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.

Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai.

BUDGET 2014: Pengumuman Belanjawan 2014 hanya 'Live' disini... Saksikan!!!

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat untuk sama-sama mengikutiembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen esok secara langsung menerusi laman twitter miliknya.

Najib berkata tweet secara langsung pembentangan bermula jam 4 petang itu boleh diikuti menerusi laman Twitter @NajibRazak.

"Kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, serta lawati laman FB (Facebook) ini untuk perkembangan terkini," kata Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa belanjawan itu telah dirangka untuk memastikan ekonomi negara terus stabil dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Siaran langsung pengumuman Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga akan disiarkan pada Jumaat 25 Oktober 2013 pada pukul 3 petang melalui siaran rasmi yang dibawakan khas menerusi RTM dan Astro Awani selaku media rasmi penyiaran Bajet 2014. 

Tema untuk pembentangan bajet 2014 kali ini adalah 
”Mengotakan Janji Merancakkan Transformasi”.

Live Streaming Pembentangan Bajet 2014 Belanjawan Malaysia Online

Live Streaming – http://www.treasury.gov.my

Waktu Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2014

Tarikh: 25 Oktober 2013 (Jumaat)

Masa: 3 Petang

Siaran Rasmi: TV1, TV2, Astro Awan

14 September 2013

Ucapan YAB. PM: PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA... KLIK baca ni!


UCAPAN
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,

BERTEMPAT DI 
DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.



4 July 2013

KEK EKONOMI: Sampai bila nak biarkan Melayu jadi penonton?


Pengerang akan menjadi sebuah Bandar minyak dan gas terbesar di Tanahair dengan anggaran 3 kali ganda lebih besar dari Kerteh.


Dibangunkan secara usahasama antara Kerajaan BARISAN NASIONAL Negeri Johor, Dialog dan Vopak mewujudkan impak yang siginifikan terhadap peningkatan ekonomi Negeri Johor yang sudah tetunya memberi limpahan kekayaan kepada seluruh rakyat Negeri Johor khususnya.


Selain daripada itu syarikat Petroleum Negara iaitu PETRONAS juga akan memainkan peranan yang besar di tengah-tengah pembangunan minyak dan gas di sini dengan anggaran nilai perlaburan sebanyak RM60 billion.

Sehubungan dengan itu Bandar minyak dan gas di Pengerang ini telah dikenali sebagai Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dimana ianya meliputi 6 elemen iait Oil Refineries, LNG Storage & Regasification Plant, Petrochemical Refineries, Oil Storage, Petroleum Support Services Hub dan Oil and Gas Related Derivatives Trading Hub.


PIPC ini akan menyediakan sekurang-skurangnya 25 ribu peluang pekerjaan dan boleh mencecah sehingga 40 ribu pelbagai skil kemahiran.

Justeru orang-orang Melayu harus berusaha keras menerokai perkembangan di PIPC ini untuk merebut peluang bagi memperoleh kek ekonomi yang terbentang luas di sini.

Untuk menyertai perniagaan sector minyak dan gas memang agak sukar kerana memerlukan kepakaran dan moal yang besar, namun orang Melayu boleh menyertai perniagaan industri hiliran dala skala yang kecil dan tidak berisiko tinggi.


Apabila 25 ribu hingga 20 ribu pekerja diperlukan di sini, maka keperluan-keperluan seperti makan/minum, pakaian, barangan runcit, perubatan, tempat tinggal, kemudahan kenderaan, laundry, peralatan pertukangan dan sebagainya sangat-sangat diperlukan.

Ini bermakna peluang perniagaan seperti kedai makan, kedai dobi, kedai cuci kereta, kedai pakaian baru dan lama dan banyak lagi boleh diterokai oleh usahawan-usahawan Melayu.

Dewan-Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Perniagaan Bumiputera, Pertubuhan dan NGO ekonomi Melayu, syarikat-syarikat pembekal yang berkaitan dengan Kerajaan yang menyediakan dana ataupun kemudahan kredit sangat diharap dapat memainkan peranan yang serius membantu dalam menyalurkan segala bentuk bantuan kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang sedia ada disamping mewujudkan usahawan baru yang layak untuk menyertai perniagaan peruncitan di sini.

Dengan langkah ini, perjuangan untuk menyampai hasrat dan cita-cita dalam memperkasa ekonomi orang Melayu akan kita capai. Perniagaan serta ekonomi orang-orang Melayu akan mula berkembang di setiap bandar-bandar baru yang diujudkan. 

Jangan lagi biarkan peniaga cina memonopoli setiap peluang perniagaan yang wujud di bandar-bandar baru yang akan kita bangunkan selapas ini. Cukup-cukuplah orang Melayu hanya menjadi penonton di setiap peluang yang wujud di setiap lokasi pembangunan yang menyediakan kek ekonomi yang berskala besar sepertimana kita lihat di pusat-pusat bandar yang ada hari ini.

Oleh itu, ujudkanlah peluang perniagaan untuk Melayu dan berikanlah kek ekonomi yang besar di bandar baru Pengerang ini nanti kepada Melayu.
- Johor Bangkit


10 May 2013

Disini aku kongsikan bersama warkah yang ku terima dari YAB Perdana Menteri...


Ismail Bin Othman yang dikasihi,

Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara.

Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti.

Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.

Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan.

Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.

Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.

Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat.

Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.

Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda.

Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini.
 
Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.


Najib Razak

5 May 2013

#PRU13 : Warkah akhir DS Najib untuk semua, sebelum kita mengundi...

Salam Semua, hari ni MP agak terlewat update story untuk kita sama-sama berkongsi di laman ini. Sibuk dengan urusan ke pusat mengundi lah, apa lagi...

Kepada yang belum keluar undi lagi tu, apa di tunggu lagi. Segeralah tunaikan kewajiban diri kita yang di beri hak sebagai pemilih.

Apa pun, sebelum pegi mengundi tu... Di sini ingin MP kongsikan utusan terakhir dari DS Najib, Perdana Menteri yang kita sanjungi selama ini. Oleh itu, ada eloknya baca dulu dan fahami apa yang beliau cuba sampaikan!


Kepada Pembaca yang dikasihi,


Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan.

Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan.

Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020.

Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini.

Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.

Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan.

Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah 1Malaysia.


Yang ikhlas,









Najib Razak
Pengerusi Barisan Nasional

23 February 2013

PRU13: Pemimpin pembangkang sedar yang mereka kecundang lagi.


BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi.

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.

Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.

Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat.

Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.

Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa.

Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.

Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

30 September 2012

Bajet 2013: Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.