GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PENGERANG. Show all posts
Showing posts with label PENGERANG. Show all posts

28 November 2015

XPURA 2015: Buka Peluang & Ruang Pamir Kepada Usahawan Tempatan.


EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA 2015)

Buat julung kalinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) akan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kejora (XPURA 2015) di Dewan Bandaran Dan Tapak Bazar Bandar Penawar, Desaru.

Ketua Unit Ekonomi Dan Keusahawanan Kejora, Marlina Amir berkata, objektif utama ekspo ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan mengadakan pameran dan jualan produk masing-masing selain mencari peluang perniagaan dengan pihak yang berminat dengan produk yang dipamerkan.

Katanya, ekspo yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember ini mensasarkan 200 usahawan yang terdiri dari pelbagai produk termasuk makanan; minuman; herba atau ubatan; pakaian; kraftangan; produk segar, pertanian dan perkhidmatan.

Menurutnya, program ini juga melibatkan penyertaan 20 pakatan strategik dari agensi bimbingan usahawan yang lain untuk tujuan 'one stop centre' bagi permohonan bantuan dan bimbingan usahawan.

"Kerjasama yang akan dibuat adalah dalam bentuk khidmat nasihat kemudahan kredit; dana dan latihan serta lain-lain bimbingan pembangunan kemahiran keusahawanan kepada pengunjung yang hadir.

"Agensi yang terlibat di dalam program ini merupakan yang tersenarai di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)," katanya.

Antara pengisian program ialah penganjur seminar SETDA sepanjang tiga hari melibatkan 500 peserta yang terdiri dari kumpulan usahawan dan peniaga; pameran dan jualan produk; program bicara Addin dan malam cinta Rasul; pameran gerbang kerjaya dan pengambilan pelajar Institut Kemahiran Binaan Negara (IKBN) serta temuduga terbuka.

Turut diadakan aktiviti keceriaan seperti sukaneka, mewarna, pertandingan memasak, karaoke dan persembahan artis terkenal tanahair Azlan Typewriter; Zamani Slam; Caliph Buskers; Ajai; Asmida serta pengacara Raja Lawak Joe dan Am
------------
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia ditalian 07-8843000 dan 07-8221601.

28 July 2015

Senarai Kabinet Baru: Tahniah DS Azalina Othman - Ahli Parlimen Pengerang


Tahniah Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang atas lantikkan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rombakan barisan Menteri Kabinet, di Putrajaya hari ini.
Pengumuman rombakan Kabinet ini menyaksikan seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baru telah dilantik berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.
Berikut senarai Kabinet baru:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri:
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan: Datuk Saravanan A/L Murugan
Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahadhir Khalid
Timbalan:
P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan
Senator Tuan Chong Sin Woon
Menteri KPDNKK : Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar : Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan: Datuk Ir Hamim Samuri
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Ahmad Maslan
Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air : Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Haji Tajuddin Andul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan: 
Datuk Alexander nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Komunikasi dan Multimedia : Datuk Seri Mohd Salleh Keruak
Timbalan: Datuk Jailani Johari
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican naina Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi : Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan:
Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot
Timbalan: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Moha A/L Jaganathan
Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Di JPM :
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Sri Idris Jala
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Azalina Othman Said
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
 Datuk Mah Siew Keong
Nancy Shukri
Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri Di JPM :
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki (Hal Ehwal Agama)
Datuk Razali Ibrahim
Antara yang digugurkan adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diganti oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini memegang portfolio di Kementerian Dalam Negeri (KDN). 
Selanjutnya KLIKSINI

12 June 2014

Pemindahan 'Kubur Cina' di Pengerang berjalan lancar.



Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas,

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman berkata, kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini.

PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja.

"Pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu," tambah Noorazam.

Kubur lain di Pengerang tidak terjejas kerana kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan.Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka.

Menurut beliau lagi, perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi.

Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat.Setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park.

Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris.

"Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga," kata jurucakap itu. 

14 April 2014

Hub Antarabangsa Generasi Muda akan diujudkan - @khalednordin



Kerajaan Negeri Johor akan mewujudkan Hab Antarabangsa Generasi Muda Johor bagi membolehkan generasi muda membabitkan diri dalam pembentukan serta kemajuan masa depan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hab bernilai kira-kira RM20 juta itu akan dibangunkan di kawasan seluas lebih 14 hektar di Tampoi.

"Projek Hab Generasi Muda yang masih dalam perancangan lagi akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) bersama-sama kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan serta beberapa pihak lain," katanya.


Beliau berkata hab itu mempunyai persamaan dengan Youth Park di Singapura yang mempunyai pelbagai tarikan kepada golongan muda.
Hab pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini. Antara pengisian di hab yang akan mengekalkan keadaan semulajadi di kawasan itu adalah berdasarkan konsep kreatif, niaga, kesukanan, kajian dan pembangunan serta kepimpinan.

"Sebagai contohnya, di bawah konsep kesukanan, kita akan mempunyai sukan lasak.

"Usaha Iskandar Malaysia itu adalah untuk membangunkan golongan muda keranadalam tempoh 15 tahun lagi apabila Iskandar Malaysia mencapai kematangan, golongan itu akan mengambil alih kepimpinan pembangunan di Iskandar Malaysia," kata Ketua Eksekutif Irda Datuk Ismail Ibrahim

Golongan muda yang ingin menyertai hab itu boleh mendaftar secara dalam talian di https://www.facebook.com/johoryouthhub


12 April 2014

Roboh rumah di Kota Tinggi salah siapa? KLIK baca sini!



Huhhh! Agak lama juga MP untuk mendapat pasti akan kebenaran isu 'Kota Tinggi Runtuh Rumah Rakyat' ini. Akhirnya kini jelas...

Bak kata pepatah, 'Sudah jatuh ditimpa tangga'... Begitulah malangnya nasib yang menimpa beberapa keluarga juga mengakui dirinya penduduk dan sebahagian daripadanya menggelarkan diri mereka sebagai 'PENEROKA', disitu. Namun hakikat sebenarnya, kediaman mereka itu adalah penempatan berstatus rumah haram kerana di dirikan atas tanah yang bukan milik mereka serta tiada kebenaran sah dari pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Berpunca kerana terlalu percayakan seseorang, 2 arahan notis pencerobohan yang dikeluarkan pihak penguatkuasa, langsung tidak diambil peduli hingga berlarutan ke tarikh 31 Mac baru-baru ini, pihak berkuasa datang bertindak menghalau keluar serta merobohkan rumah-rumah yang ada.

Kes membabitkan 14 termasuk 2 buah rumah separuh kekal yang dibina atas tanah seluas 17.81 hektar di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun, Kota Tinggi,Johor terpaksa dirobohkan pihak berkuasa tempatan sebab kesalahan menceroboh dengan mendirikan penempatan haram atas tanah kerajaan sejak lebih setahun lalu dan gagal mematuhi arahan notis pencerobohan yang sudah 2 kali dikeluarkan pada 20 November 2013 dan Februari 2014.


Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A. Hamid berkata, tindakan diambil selepas pemilik rumah terbabit gagal mematuhi arahan notis pencerobohan tanah kerajaan yang dikeluarkan pada 20 November 2013 dan Februari lalu.

Mengikut kanun tersebut, mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sama ada melakukan penerokaan atau membina bangunan secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya juga, tindakan dibuat adalah mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 bagi mengekang penerokaan tanah secara berleluasa.

Walau pun pada awalnya operasi itu berhadapan dengan halangan serta tentangan keras dari keluarga terlibat, Setelah penjelasan demi penjelasan serta kefahaman diberikan, mereka akhirnya akur dengan tindakkan yang dibuat.

Namun begitu jawapannya... Pendirian parti pembangkang pastinya berbeza dengan fakta sebenarnya. Sikap mengambil kesempatan dalam merosakkan fahaman rakyat dengan menyebarkan 'berita separuh masak' demi kepentingan politik mereka sememangnya itu sifat mereka. 

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya hal ini ada kena mengena dengan Barisan Nasional khususnya UMNO. Sedangkan terang-terang hal ini dinyatakan langsung tidak ada kaitannya dengan politik seperti yang dinyatakan dalam video dibawah. 

Saksikan...



Nah, sekarang siapa yang bersalah dan siapakah nama-nama yang di sebut itu?
Apa yang berlaku, dilihat terdapat kegiatan sindiket menjual tanah tersebut dengan secara senyap tanpa diketahui pihak berkuasa.

Sindiket telah mengutip sebahagian wang dikatakan akan sentiasa memaklumkan kepada pembeli yang mereka sedang menyelesaikan permohonan TOL dan sebagainya dengan pejabat tanah.


Akhirnya tanpa disedari pembeli, mereka telah ditipu dan terpaksa akur apabila pihak berkuasa daerah bertindak merobohkan rumah-rumah mereka.

6 April 2014

RAPID PENGERANG : Kerajaan Johor bangunkan lagi akademi industri minyak dan gas - @khalednordin



Kerajaan negeri Johor akan memberi sepenuh kerjasama dan sentiasa menyambut baik langkah Petronas untuk memastikan pembangunan di negeri itu terus berjalan lancar.

Pembangunan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (KBP) yang melibatkan pelaburan besar itu pastinya perlu dilakukan secara teliti dengan kerjasama semua pihak.


YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga akan memastikan persekitaran projek itu berada dalam suasana kondusif.


Kerajaan negeri juga sedang membangunkan Akademi Petroleum Malaysia bagi melahirkan belia terlatih dan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas.

Menurutnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Road To MAHA 2014 peringkat negeri di Dataran Penggaram, Jumaat lalu. Antara usaha kerajaan negeri memberi lebih banyak peluang untuk penduduk setempat menerima manfaat kerjaya dalam sektor berkaitan yang siap dibangunkan di kawasan tersebut. Beberapa lagi institusi seumpama itu akan dibangunkan menerusi kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan pihak swasta, Prestariang Sdn. Bhd.

Kelmarin, Lembaga Pengarah Petronas meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembangunan kompleks tersebut di Pengerang, Kota Tinggi.

FID yang diluluskan itu merupakan perkembangan terbaru bagi projek KBP yang mengandungi Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia berskala dunia.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

4 April 2014

@khalednordin Skim RM6 juta untuk rakyat Johor.



Satu skim baharu akan diperkenalkan membabitkan peruntukkan sebanyak RM6 juta bagi memulakan projek pertanian secara berkelompok dan berskala besar yang turut melibatkan bidang penternakan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, skim tersebut merupakan simpanan terkumpul daripada dana pinjaman industri kecil berasaskan tani dan makanan di negeri ini yang dikendalikan Agro Bank.

“Baki peruntukan terdahulu dilaburkan sehingga jumlah terkumpulnya menjadi RM6 juta yang membolehkan skim baharu diwujudkan.

“Jadi dengan wang ini lebih banyak cabang pertanian dapat dilakukan sekaligus meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pakej Projek Usahawan Lebah Peringkat negeri di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di Muar, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, peniaga kecil digalakkan membuat pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional berbanding Agro Bank.

“Syarat pinjaman Tekun lebih mudah tanpa memerlukan cagaran dengan tawaran pinjaman serendah RM5,000 hingga RM15,000.

“Kita mendapati peminjam Tekun dapat menjelaskan bayaran balik lebih teratur mengikut jadual kerana ada pegawai datang ke rumah setiap minggu memungut hutang,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan Tekun pula akan menawarkan kadar pinjaman yang lebih tinggi secara berperingkat sehingga RM100,000 jika prestasi bayaran baik.

Jelasnya, Agro Bank terpaksa mengambil tindakan menyenaraihitamkan 25 peserta Skim Satu Daerah Satu Industri kerana gagal melunaskan pinjaman mengikut kadar dan masa yang ditetapkan.

“Perkara ini (tidak bayar hutan) disebabkan banyak faktor antaranya perniagaan yang dilakukan tidak berjaya, masalah kesihatan, bencana alam dan sengaja tidak mahu bayar hutang.

“Kita mahu peminjam mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kerana boleh menjejaskan peluang orang lain untuk memulakan perniagaan,” katanya. 
-Sumber


4 March 2014

RAPID PENGERANG: Agih projek kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera



Kerajaan negeri Johor bakal memuktamadkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera tempatan.

Menurut laporan berita sebelum ini, PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai pelaburan akhir RAPID, hujung bulan ini.

Pelaburan bernilai RM60.6 bilion tersebut, membabitkan projek dan kontrak kerja antaranya pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam.

"Kerajaan negeri turut mengadakan rundingan dengan pihak PETRONAS dan dijangka peroleh satu keputusan yang positif, dari itu. Dalam soal ini, kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,” kata DS Khaled Nordin kepada media ketika majlis perasmian Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor, baru-baru ini. 

Bagi kontraktor bumiputera di negeri Johor yang berminat dengan projek RAPID ini, diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan dalam mendapatkan kontrak yang ada. 


28 February 2014

Ketua Wanita UMNO Semenchu di bunuh.

Arwah Mak Pah (gambar tengah)

P157 PENGERANG - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semanchu, Zalifah Jamaluddin atau di kenali dengan nama Mak Pah ditemui mati disyaki dibunuh di kediamannya No 36, Blok 2 FELDA Semenchu, di sini dan dipercayai dibunuh dan disamun, pagi tadi.

Kejadian itu disedari anak mangsa pukul 12.20 tengah hari setelah penggilannya tidak dijawab.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan mayat telah dibawa ke hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

#MP - Alfatihah buat beliau, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Nya.  Amin.

13 February 2014

ISU BUKA TUDUNG: (VIDEO) Pemuda UMNO Johor tidak puas hati tindakkan diambil.


Hahasrin Hashim
Ketua Pemuda UMNO Johor.

Setelah bantahan keras dibuat oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Johor, bulan lalu (KLIK) berkaitan kes seorang guru perempuan mualaf yang dipaksa buka tudung oleh Guru Beaar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya di Kota Tinggi Johor.

Guru Besar terlibat telah dikenakan tindakkan tukar sekolah ke SJK (Cina) Benut, Pontian, Johor.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut dianggap satu tindakkan yang terlalu ringan dikenakan keatas guru besar berkenaan memandangkan kesalahan beliau lakukan itu adalah suatu kesalahan yang benar-benar mencabar dan menyentuh sensetiviti umat serta agama Islam di negara ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Johor lagi, dengan menyentuh sensetiviti agama dan akidah Islam dan hanya dikenakan tindakkan pindah sekolah, adalah satu tindakkan yang amat tidak sepadan.

"Kita minta kementerian bertindak lebih tegas dlm hal yg melibatkan akidah dan syariat Islam", kata Hahasrin Hashim ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Pertubuhan Pemuda UMNO Johor bersama Media di Johor Bahru, kelmarin.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh (video) beliau di bawah:



21 January 2014

PRU14: UMNO-BN Johor yakin kekal kuasa - YB. Md Jais.


 YB. Md. Jais Sarday

Umno Johor mengatur pelbagai strategi untuk mengekang usaha pakatan pembangkang terutamanya DAP yang mahu menjadikan negeri ini sebagai "medan peperangan utama" pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Setiausahanya yang baru dilantik Md Jais Sarday berkata, ia merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani oleh Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

"Kita mengambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang tentang usaha parti itu untuk menguasai Johor. Ia adalah cabaran untuk kita di Umno dan BN," katanya, baru-baru ini.

Namun, Exco kanan kerajaan negeri itu yakin menerusi beberapa strategi yang telah dan bakal dilaksana, Johor akan terus kekal menjadi kubu kuat dan "simpanan tetap" kepada BN pada PRU14.

Pada PRU13 Mei tahun lepas, pembangkang memenangi 18 kerusi Dun, dengan 13 daripada kerusi itu dimenangi oleh DAP, satu oleh PKR dan empat oleh Pas. Pembangkang juga memenangi lima kerusi Parlimen.

Mohd Jais mengulas kenyataan Kit Siang baru-baru ini yang meletakkan Johor sebagai medan utama yang bakal menjadi penentu kepada usaha pembangkang untuk menguasai negara pada PRU14.

Pengerusi DAP itu berkata, selain mempertahankan lima kerusi Parlimen, pembangkang juga berhasrat untuk menguasai lapan lagi kerusi Parlimen pada PRU14 iaitu Pasir Gudang, Sekijang, Pulai, Ledang, Muar, Segamat, Labis dan Tebrau.

Md Jais percaya DAP akan berusaha memindahkan pengundi Cina ke kawasan-kawasan sasaran serta meningkatkan pendaftaran pengundi baharu.

Beliau bagaimanapun berpendapat pengundi Cina akan kembali kepada BN di atas beberapa faktor terkini termasuk pemulihan MCA daripada krisis kepimpinan.

Sebagai parti teras orang Cina di dalam BN, MCA tidak berada di dalam kedudukan terkuatnya di dalam menghadapi PRU13 berikutan krisis kepimpinan serius yang dihadapinya, kata beliau.

"Bagaimanapun dengan kepimpinan MCA yang baharu, parti itu akan menjadi lebih teguh, tersusun serta fokus untuk memenangi kembali hati masyarakat Cina," katanya sambil menambah, sejarah negara membuktikan MCA telah berjaya memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.

Mohd Jais mendakwa masyarakat yang diwakili DAP di Johor kini mulai sedar tentang ketidakmampuan mereka menyelesaikan masalah-masalah setempat yang dihadapi rakyat, berbanding ketika kawasan itu diwakili BN.

"Mereka (wakil rakyat DAP) tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Apa yang mereka tahu adalah mengambil gambar dan meletakkannya di dalam laman-laman sosial dan membuat pelbagai dakwaan untuk tujuan sensasi," katanya. - Bernama

ARTIKAL BERKAITAN KLIK DIBAWAH: 


19 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Kenyataan Akhbar PERKASA daerah Kota Tinggi. KLIK baca ni!


KENYATAAN AKHBAR
SEMPENA PERHIMPUNAN AMAN TELOK SENGAT (KLIKSINI)

1. Berhubung dengan isu arahan melarang seorang guru wanita beragama Islam dari memakai tudung ketika berada dalam kawasan sekolah SRJK (c) Nan Ya seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13hb Januari 2014 :

    Guru Besar - sebagai ketua di sekolah, telah cuba menghalang seorang penjawat awam yang juga kakitangan di bawah penyeliaannya daripada mengamalkan ajaran agamanya iaitu memakai tudung (menutup aurat) yang merupakan kewajipan bagi seorang wanita muslim. Tindakan Guru Besar ini sesungguhnya bertentangan dengan hak asasi yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia untuk dengan bebas mengamalkan ajaran agamanya seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah - telah membuat suatu ugutan keselamatan bahawa sekiranya guru yang berkenaan enggan menurut arahan agar menanggalkan tudung ketika bertugas maka sesuatu yang buruk akan berlaku. Ugutan ini jelas merupakan suatu kesalahan jenayah yang serius di bawah Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius dan tidak boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf dari para pelakunya.

Sehubungan dengan itu, dan memandangkan isu ini adalah isu berkepentingan ramai, maka PERKASA Kota Tinggi mendesak supaya pihak Polis Diraja Malaysia tidak tunduk dengan tekanan daripada mana-mana pihak dan bertindak menyegerakan siasatan dan mendakwa penjenayah-penjenayah ini ke muka pengadilan dengan seberapa segera.

2. PERKASA Kota Tinggi juga mendesak Kementerian Pelajaran melalui Menterinya, supaya mengambil tindakan tatatertib dengan serta merta ke atas Guru Besar terbabit termasuk memecatnya kerana telah berkelakuan dan bertindak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan memburukkan imej Institusi Pendidikan negara yang sepatutnya menjadi wadah menyuburkan semangat meluhurkan perlembagaan seperti yang terkandung dalam Rukunegara yang diikrarkan oleh setiap warga sekolah pada setiap kali perhimpunan mingguan diadakan.

3. PERKASA Kota Tinggi juga mendesak Kementerian Pelajaran khususnya Menteri Pelajaran melalui kuasa-kuasa yang ada padanya supaya menutup terus SRJK (c) kerana telah terbukti menjadi penghalang sebenar kepada cita-cita melahirkan warganegara yang bersatu padu melalui sistem pendidikan kebangsaan. Punca sebenar kepada kekeruhan dalam hubungan kaum di Malaysia adalah disumbangkan oleh kewujudan SRJK (c) yang merasakan dirinya terlalu elit dan mengasingkan warganegara sejak dari peringkat rendah lagi. Bagi menjamin masa depan negara khususnya perhubungan antara kaum kaum-kaum agar terus harmoni dan bersatu padu, maka PERKASA Kota Tinggi mendesak Menteri Pelajaran supaya menghentikan segala bantuan dan menutup terus sekolah-sekolah Cina yang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah hubungan kaum di Malaysia.

Sekian, Terima kasih.

Tuan Hj. Shukri Suratman
Naib YDP2 PERKASA Johor
Pengerusi PERKASA Kota Tinggi

SHUKRI BIN SURATMAN
Pengerusi
Pertubuhan Pribumi Perkasa
Daerah Kota Tinggi.

19hb. Januari 2014

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

ISU BUKA TUDUNG: Himpunan Aman PERKASA Johor bantah tindakkan Lembaga Pengurusan SJK(Cina) Telok Sengat.


PERKASA Daerah Kota Tinggi dan Negeri Johor hari ini bangkit menganjurkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap Pang Ah Ngan dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan berikutan kes beliau memaksa seorang guru perempuan mualaf yang telah memeluk Islam supaya membuka tudung serta menghalang dan mengugut kalau hendak teruskan mengajar di sekolah tersebut. (KLIK)

Petang jam 2:30 petang tadi, PERKASA serta beberapa NGO serta penduduk Melayu sekitar Telok Sengat mengadakan perarakkan juga perhimpunan secara aman bagi menzahirkan bantahan terhadap kebiadapan pihak yang terlibat dalam menyentuh ketinggian dan kesucian martabat Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Turut hadir Samad Atan; YDP PERKASA Negeri Johor, Tuan Hj. Mohd Ghauth Mohd Uusof  
; Naib YDP1 PERKASA Johor merangkap Pengerusi PERKASA Johor Bahru, Tuan Hj. Shukri Suratman; Naib YDP2 PERKASA Johor merangkap Pengerusi PERKASA Kota Tinggi, Tuan Hj. Amir Hamzah; Setiausaha Kehormat PERKASA Johor, Rosli Othman; Ketua Penerangan PERKASA Johor, Farid Arifan; Ketua Wira PERKASA Johor, AJK PERKASA Negeri Johor serta pemimpin tempata.

Berita lanjut akan disiarkan sebentar nanti.





SELANJUTNYA
IKUTI KENYATAAN MEDIA PERKASA



18 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Maaf Guru Besar SJK(Cina) Teluk Sengat, tidak cukup? KLIK baca ni!


Chiew Swee Tuan

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Pang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina mualaf yang diminta membuka tudungnya baru-baru ini. (KLIK)

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, dekat sini.

Namun, tindakkan mengambil jalan penyelesaian dengan hanya memohon maaf masih tidak dapat diterima ramai pihak.

Terdahulu (KLIK) Ketua Pertubuhan Pemuda UMNO Negeri Johor turut mengeluarkan kenyataan, bahawa kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam dan menyentuh senseviti agama Islam.

Sekaligus, membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor, sebelum ini.

"Kami juga mendesak Kementerian Pelajaran agar mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut, bersesuaian dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi," tegas Hahasrin.


Pada kenyataan Pemuda UMNO Malaysia dalam satu sidang media (KLIK) Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen turut mendesak agar Guru Besar sekolah terbabit dipecat kerana menurut beliau, Guru Besar tersebut telah gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam negara ini

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan"

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.


16 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Pemuda UMNO Johor desak pihak berkuasa bertindak tegas. KLIK baca ni!

Hahasrin Hashim, Ketua Pemuda UMNO Johor.

Susulan tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) bertindak mengeluarkan kenyataan membantah keras kejadian itu pada hari ini.

Hahasrin Hashim melahirkan rasa dukacita dan amat kesal atas sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

"Saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi", katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara.

Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor.

Pada kenyataan media tersebut, Hahasrin Hashim bagi pihak PPUNJ turut mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut.

Katanya lagi, kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam.

Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin.

Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, PPUNJ melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini.

Atas pada itu, PPUNJ hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit melalui Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Selain itu, PPUNJ juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.


Berikutan dari kejadian ini, PPUNJ juga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini.

"Jangan hanya rakus mengejar kuasa hingga sanggup menggadaikan perjuangan Islam" , tambah beliau.

"Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat, semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur. Insya-Allah", katanya lagi.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI.


13 January 2014

HANGAT!!! Sekolah Jenis Kebangsaan Cina arah guru Muslim buka tudung. KLIK baca ni!



Penduduk Kampung Teluk Sengat, Kota Tinggi dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini. ( KLIK )

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


11 January 2014

BONGKAR!!! Perkiraan DAP bagaimana cara merampas Johor. KLIK baca ni!


Bagaimana PAKATAN menang di Johor

Kejayaan terbesar semasa pilihan raya 2013 ialah: Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kubu atau deposit tetap negeri Johor lagi.

Pakatan Rakyat di Johor mengesan isyarat bermulanya kejatuhan model politik dan ekonomi BN. Jika Pakatan mampu menawan Johor , kuasa untuk menawan kerajaan persekutuan adalah pasti.

Untuk berjaya menggantikan model BN di Johor , kita perlu mengemukakan wacana kita sendiri yang boleh dipercayai sebagai satu pendekatan baru Pakatan ke arah politik dan ekonomi.

Johor adalah contoh model BN yang paling cemerlang. Sejak Merdeka lagi, model pembangkang telah ditanamkan secara menyeluruh kelas pemerintah dari semua kaum.

Pada tahun 1970-an , kewujudan model BN bergantung kepada Umno melebihi 60 % undi Melayu, dan - sebelum 2008 - BN mendapat sekurang-kurangnya 40 % undi Cina.

Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kebanyakan kerusi Parlimen Johor kini berbilang kaum. Daripada 26 kerusi Parlimen , terdapat 18 kerusi kurang daripada 60% pengundi Melayu ke atas 40% pengundi bukan Melayu.

BN telah belajar daripada senario pilihan raya 1999 di mana UMNO hilang sokongan Melayu tetapi BN mendapat sokongan kaum Cina. Oleh itu keperluan untuk melindungi kepentingan politik mereka ialah dengan mewujudkan lebih banyak kawasan pilihan raya yang mempunyai penduduk pelbagai etnik.

Ironinya pada tahun 2008, kekalahan besar yang dialami oleh BN di pantai barat Semenanjung Malaysia, semuanya adalah dari kawasan etnik campuran.

Pada awal 2013, saya membangkitkan teori " chain reaction " atau kesan domino. Saya menegaskan tempat BN lemah di Johor - 18 kawasan kaum campuran sasaran utama akan jatuh , yang mana 13 daripadanya Pakatan mempunyai peluang yang cerah.

Kami hanya berjaya memenangi lima kerusi Parlimen tetapi ia adalah satu peningkatan termasuklah kerusi tunggal yang dimemenangi pada tahun 2008. Malah, lapan kerusi yang dimenangi BN hanyalah dengan jumlah kemenangan yang kecil : Segamat, Sekijang , Labis , Ledang , Muar, Tebrau, Pasir Gudang, dan Pulai.

BN berada dalam keadaan yang tidak menentu , kurang daripada 60 % undi Melayu, kurang daripada 20 % undi Cina dan kurang daripada separuh daripada undi India.

Pendekatan semasa Umno berasaskan politik kaum dan politik pelampau TIDAK MUNGKIN akan dapat memenangi hati bukan Melayu kembali kepada BN. Cabaran terbesar Umno adalah untuk memenangi undi Melayu yang bukan elit dan kelas pekerja.


Trend Pengundi

Semakin, parti itu dilihat memberikan kepentingan kepada golongan elit politik dan kroni kelas maka ia dilihat semakin jauh daripada kehidupan seharian rakyat kolar biru, walaupun menindas kelangsungan hidup mereka .

Kita boleh meramalkan dua trend dalam komposisi pengundi masa depan.

Pertama, seramai enam juta pengundi baru boleh ditambah kepada kawasan campuran dalam pilihan raya akan datang. Menurut statistik , pengundi Malaysia melebihi 10 juta pada tahun 2008.

Menjelang 2013, kita mencapai lebih 16 juta rakyat yang berumur 21 dan ke atas, dengan jumlah lebih daripada 13 juta pengundi.

Setiap tahun sekurang-kurangnya 500,000 orang sudah cukup umur untuk mengundi. Tidak termasuk mereka yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi , jumlah ini boleh melebihi enam juta.

Kedua, orang Melayu membentuk lebih dua pertiga pengundi baru berdaftar. Dengan pertambahan pengundi Melayu ini akan menambahkan lagi sakit kepala Umno dan BN.

Semakin bertambah peduduk bukan elit Melayu, maka lebih banyak peluang pekerjaan dan mekanisme sosial yang diperlukan, dan sudah pasti semakin banyak suara-suara perbezaan pendapat akan didengar .

Cabaran Pakatan adalah untuk mengendali ‘perbezaan pendapat’ itu dalam masa yang sama kebencian terhadap kerajaan adalah tinggi , untuk meyakinkan orang Melayu biasa, polisi Pakatan haruslah memberikan tumpuan, melihat dan menjaga kesejahteraan mereka.

Kita mesti mencari jalan untuk membantu industri semi urban yang dikuasi oleh orang Melayu tanpa mengabaikan industri bukan Melayu dalam sektor Kecil dan Sederhana (PKS).

Dalam landskap ekonomi baru, kita mesti memenuhi harapan dan aspirasi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, terutamanya yang majoritinya dilahirkan di Johor .

MARI KITA LIHAT LIMA BIDANG UTAMA DI JOHOR.

Pertama, jika 2008 merupakan tsunami bukan Melayu dan 2013 merupakan tsunami bandar, boleh pilihan raya akan datang menjadi tsunami separa bandar ?

Ada yang percaya bahawa pada tahun 2013, Pakatan kalah kerana ia tidak mempunyai undi luar bandar. Saya mempunyai pendapat yang berbeza . Kawasan luar bandar sentiasa menjadi medan pertempuran Umno dan PAS. Kekalahan tipis Pakatan separuh daripadanya adalah kerusi parlimen bandar, ini adalah benar di Johor.

Kedua, dalam pilihan raya 2013, Pakatan mendapat kelebihan di kawasan bandar di Selatan Johor berikut kejayaan menawan Gelang Patah . Pada pilihan raya akan datang, pertempuran sebenar untuk Johor akan berada di kawasan tengah dan utara.

Jika Pakatan mampu menerapkan wawasan baru bagi bandar-bandar satelit dan kampung-kampung dan jika hubungan antara bandar bertambah baik melalui perkhidmatan kereta api dan pengangkutan kita, ini akan menentukan bagaimana ia mempengaruhi kawasan separa bandar.

PERANGKAP LEDAKAN HARTANAH

Ketiga, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan Pembangunan Iskandar dan sektor hartanah. Kawasan tengah dan utara Johor ketinggalan dalam hal ini.

Ledakan hartanah panas berjalan bahaya memerangkap diri. Meskipun fokus kepada pembangunan hartanah , ramai orang Johor tidak mampu memiliki hartanah yang tumbuh bagaikan cendawan di depan mata mereka.

Keempat, bidang pertanian merupakan tulang belakang bagi negeri yang luas dan kaya seperti Johor. Pakatan juga mesti perlu berfikir untuk menaik taraf industri pertanian dan perladangan.

Harga minyak sawit memberi kesan kepada pekebun kecil di luar bandar, kecenderungan untuk turun adalah lebih besar dalam tempoh dua tahun akan datang. Begitu malang bagi BN kerana kesan harga minyak sawit akan memberi impak besar.

Kelima, pada tahun 2013 kebanyakan daripada semua kaum daripada kumpulan kelas menengah menyokong Pakatan, tetapi masih ada ruang untuk berlakunya pertambahan sokongan orang Melayu di peringkat kelas pertengahan terutamanya kelas pekerja, di kawasan-kawasan separa bandar. Pakatan perlu berusaha untuk memahami dan mencari penyelesaian ekonomi bagi kelas pertengahan terutamanya kelas pekerja.

Wawasan yang lebih besar untuk jangka panjang adalah untuk membantu mendominasi sektor PKS ‘bukan Melayu’ untuk berkembang dan berubah, serta mengurangkan terlalu kebergantungan kepada tenaga kerja asing, menyediakan peningkatan kemahiran untuk pasaran buruh tempatan dan berusaha untuk mewujudkan satu kitaran "tinggi kemahiran - produktiviti tinggi – gaji yang tinggi" dalam tenaga buruh kita.

Politik pasca - GE13 memerlukan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap wacana ekonomi kita, kita perlu melihat di luar status quo untuk memikirkan lagi cabaran serta peluang baru.

Johor kini berada dalam situasi pertempuran politik seperti tidak pernah berlaku sebelum ini , dan untuk melangkah jauh , kita perlu memikirkan semula dan mengatur strategi secara komprehensif , meliputi semua sudut.

Liew Chin Tong.
Pengarah pendidikan politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.