GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

2 February 2019

#JUARA4JDT : Pertahan 'SUMBANGSIH' Jgn Lupa, Jgn Gila.. Ok!!!


AYOOHHH!!! JOHOR.
Gemakan Stadium Kitaaaa!!!

Pada malam ini, 'Juara 5 Kali Berturut-Turut' iaitu tentunya sekali pasukan kebanggan kita... Team JDT (Johor Darul Takzim) turun padang menentang The Bos Gaurus (Perak) bagi merebut dan mempertahankan Piala Sumbangsih dalam saingan Liga Bola Sepak Malaysia musim ini.

Jommm!!! Mari kita ramai-ramai... Kehadiran anda dialu-alukan.. Laungan anda, semangat kemenangan!!

Cuma apa yang penting. Sekuat mana sorakkan kita..! Meluap mana pun semangat kitaaa!!!

Jangan lupa, jangan gilaaa ok..! Berpesan-pesanlah antara kita... Jangan cuba melakukan sebarang provokasi, elakkan diri dari bertindak ganas ... Jangan sesekali mencetuskan kekecohan dan usah dibawa barang terlarang ke stadium.

Tentu sudah pasti puluhan ribu penonton yang sanggup membanjiri Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin malam... Datang dan perginya mereka semata-mata untuk kibar bendera tercinta, melaungkan semangat mereka... Dengan harapan, akan pulang sebagai 'Juara'.

So.. Be Cool Bossku..!

Patuhi segala arahan dan berikan kerjasama sepenuhnya pada petugas-petugas keselamatan, anggota pasukan Polis agar keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara pada sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya perlawanan hingga tamat.

Sepertimana biasa, garis panduan dan setiap prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang sudah ditetapkan oleh pehak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajib dipatuhi oleh semua pehak yang hadir malam ini.

Berikut, untuk makluman kita bersama. MP kongsikan 7 garis panduan yang sudah ditetapkan pehak FAM dan PDRM adalah seperti dibawah :


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

GARIS PANDUAN & S.O.P 
KAWALAN KESELAMATAN 
FAM & PDRM
SEMASA DI STADIUM.

1. Dilarang sama sekali
memiliki, membawa atau
membakarapa-apa bahan letupan
sama ada di luar atau dalam
kawasan stadium sebelum,
semasa atau selepas perlawanan
bola sepak berlangsung
seperti suar, api berwarna, dinamit,
flares, bunga api atau mercun.

2. Dilarang sama sekali
kedua-dua belah penyokong menganjurkan apa-apa juga perarakan, perhimpunan atau seumpamanya sebelum atau selepas perlawanan samada di luar kawasan
stadium atau dalam kawasan
stadium.

3. Dilarang membawa senjata
tajam, berbahaya atau
barang-barang terlarang yang
menjurus kepada kesalahan jenayah
di luar atau dalam stadium yang
boleh menimbulkan kekacauan
dan kekecohan kepada
orang awam.

4. Dilarang melakukan
sebarang bentuk provokasi
pengeseran, pertelingkahan,
cakar-mengcakar dan seumpamanya yang boleh menimbulkan atau mencetuskan pergaduhan antara
kedua-dua belah penyokong
pasukan.
.
5. Dilarang membawa sebarang peralatan yang boleh mendatangkan kecederaan sepertibotol kaca,
kayu, batang besi, mercun,
tin minuman  serta objek yang
boleh dijadikan senjata dan mencetuskan pergaduhan
dan sebagainya.

6. Dilarang meminum minuman
keras atau membawa masuk minuman memabukkan di stadium sebelum
atau selepas perlawanan.

7. Dilarang melakukan sebarang
bentuk vandalisme seperti membakar kerusi penonton, menconteng,
memanjat pagar, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Oleh itu, semua pehak perlulah menjaga tingkah laku, moral, budaya dan etika yang positif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang acara berjalan sehingga tamat.

Tuan Shahurinain Bin Jais.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Amaran juga telah dikeluarkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata...

"Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan dan perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang." 
Asisten Komisioner Shahurinain Bin Jais.

Ok.. Diharap artikal ini sedikit sebanyak telah menyalurkan maklumat yang berguna serta berfaedah kepada semua pembaca terutama sekelian 'Followers Setia Laman-Laman Sosial Mael Pengerang (MP)

Baiklah untuk semua Bangsa Johor ku yang akan ke Stadium Larkin, petang ini.. Take care and be careful!!!

MP ucapkan 'Selamat Menonton & Menonton Dengan Selamat' kepada semua...

Keputusan MP:
JDT Johor 4 - 1 TBG Perak
Ayooohhh Johor!!! Kita Tetap Juara!!!

#AyooohJOHOR
#KibarSemangatMuJOHOR
#LuaskanKuasaMuJOHOR






24 December 2017

#KlikSini : 'Disini Semuanya Untuk Anda'



Salam 1Malaysia Negaraku,

Kurang dua minggu lagi kita akan memasuki tahun baharu 2018. Pasti ramai yang sedang menghabiskan cuti akhir tahun, cuti Krismas serta membuat persiapan persekolahan baharu anak-anak. Tapi sebelum itu, apa kata kita lihat dulu perkara yang harus dilakukan sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya?

'Disini Semuanya Untuk Anda'

Selanjutnya KLIKSINI

22 August 2017

#MasyukBeb : Rugi Tak Ambil Peluang Ini


Salam semua.. Disini saya kongsikan peluang terbaru yang ada pada saya...

Ini salah satu jalan untuk bantu sekaligus boleh selesaikan beberapa masalah kewangan yg kita ada.

Klik link website ini:
http://www.gajimasyuk.com/user/mail72

Sila buka video tu dan isi maklumat anda pada ruang yang disediakan. ..

Baru anda akan baca penerangan tentang peluang besar ini dengan bantuan sistem mudah online.

Kalau anda rasa anda memang mahu 1 lagi pendapatan tambahan yg tetap dan berpanjangan...

Inilah peluangnya!!!

Sekali lagi saya sarankan. Klik saja link dibawah ini:

http://www.gajimasyuk.com/user/mail72

30 November 2015

Innalillah: Yus Jambu Meninggal


Semoga Rohnya dicucuri rahmat...
Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia.

Selanjutnya KLIKSINI.

19 October 2015

#SOSMA : Ketahui Fakta & Tujuannya. KLIK!


10 FAKTA ANDA PERLU TAHU TENTANG SOSMA

Fakta-fakta penting yang anda perlu tahu tentang Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Definisi
SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?

menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:
1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan..

9 August 2015

#OpsTEGAS : 12 'Kereta Sapu' Tumpas - SPAD


Biar pun amaran telah dikeluarkan berkali-kali, selain beberapa tangkapan yang serupa dibuat sebelum ini... Perkhidmatan membawa penumpang awam tanpa lesen Grab Car dan UBER terus berdegil dan seperti tak pernah serik 
menjalankan perkhidmatan haram sebagai kenderaan pengangkutan awam apabila 12 buah kenderaan kepunyaan Grab Car dan Uber ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), baru-baru ini.
12 yang terbabit pada 'Ops Tegas' pihak SPAD ditahan di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang. Antara jenamanya ialah 4 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Axia, Sebuah Proton Preve, sebuah Toyota Camry, sebuah Toyota Vios, sebuah Honda Jazz, sebuah Honda City, sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet. 

Tindakkan tegas pihak SPAD terhadap 12 buah kenderaan ( Grab Car-11 dan UBER-1 ) atas kegiatan 'teksi sapu' dengan menjalankan perkhidmatan kenderaan awam tanpa lesen/permit pengendali, kesemuanya disita dan dibawa ketapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

Berikut antara gambar-gambar kenderaan yang ditahan dan disita pihak penguatkuasaan SPAD pada 'Ops Tegas' tersebut. 








 
 

7 August 2015

VIDEO: Kehilangan #MH370 selama 515 hari ditemui - @NajibRazak


Serpihan pesawat sepanjang dua meter yang ditemui, di Pulau Reunion disahkan daripada badan MH370.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media khas menyatakan pasukan penyiasat antarabangsa mengesahkan ia milik pesawat MH370 selepas hilang selama 515 hari.



“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370."

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.


Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.


Selanjutnya ikuti video pada sidang media pengumuman penuh YAB Perdana Menteri di bawah ini:



#MP: Setelah pelbagai spekulasi kita dengar sebelum ini. Macam berita dan cerita tersebar di alam maya. Nampaknya kenyataan DSN dlm sidang media setahun yang lalu bahawa perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi, akhirnya terbukti benar.

31 July 2015

#TragediMH370 : Tidak mahu memberikan harapan palsu - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
Sejurus penemuan sebahagian daripada serpihan pesawat yang dikatakan badan Boeing 777 di Pulau La Reunion di Lautan Hindi, kelmarin. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya tidak mahu memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa tragedi MH370 berikutan berita penemuan serpihan tersebut.

"Selagi belum ada bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal bahawa serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah dari MH370, kita tak sepatutnya membuat sebarang spekulasi," katanya.


Antara Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pulau Reunion 
Katanya kementerian mahu mendapatkan kepastian dan pengesahan terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa.

"Sebahagian sayap kapalterbang yang mungkin daripada jenis Boeing 777 telah ditemui terdampar di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

"Kami telah berhubung dengan Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), iaitu agensi penyiasat kejadian kapalterbang terhempas Perancis, berhubung perkara ini.


Gambar sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion
"Satu pasukan yang dianggotai pakar-pakar dari Jabatan Penerbangan Sivil (DCA), Peneebangan Malaysia (MAS) dan Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team untuk MH370 telah dihantar ke Pulau Reunion untuk mengesahkan sama ada bangkai sayap itu adalah dari MH370.

"Kami akan membuat pengumuman sewajarnya sebaik segala butiran disahkan," katanya. - Sumber

30 July 2015

#TragediMH370 : Serpihan disahkan badan Boeing 777


Serpihan pesawat yang ditemui terdampar di Pulau La Reunion di Lautan Hindi disahkan daripada pesawat Boeing 777.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh ketua penyiasat di sini.
“Serpihan itu daripada sebuah pesawat Boeing 777,” katanya.
Serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi semalam mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui beberapa orang yang sedang membersihkan pantai.
Pesawat MH370, Boeing 777 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Mac tahun lalu dan semasa itu membawa 239 orang penumpang. 

29 July 2015

Penggunaan Toyota Innova bukan kehendak SPAD - Dr Syed Hamid Albar




Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid tidak menolak kemungkinan pada masa depan SPAD akan menimbangkan penggunaan kereta yang lebih kecil dan murah bagi golongan pengusaha dan pemandu teksi yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kita hendaklah menyokong kereta nasional. Tetapi Innova dikeluarkan di negara kita dan juga menyumbang kepada ekonomi negara kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) ada kepentingan dalam UMV Toyota.


Ditanya sama ada dia tidak bimbang kemungkinan akan ada pihak yang cuba memainkan isu ini... 


Beliau berkata, "Saya fikir dekat Malaysia sekarang banyak tukang spin. Kita jangan khuatir soal spinners. Kita mesti tengok bagaimana kita dapat meningkatkan perkhidmatan teksi di negara ini yang telah diberikan imej yang kurang baik.

"Malah apa yang saya buat pun orang selalu spin. Semasa saya lancarkan Exora sebagai TEKS1M dulu pun orang gelar saya penjual kereta Exora. Jadi saya sudah biasa," katanya dalam nada seloroh.

Setakat ini SPAD telah mengeluarkan 1,382 lesen untuk TEKS1M. SPAD juga telah menerina 3,367 permohonan untuk migrasi dari lesen teksi lama kepada TEKS1M.


Sementara itu presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata pihaknya telah menerima 300 tempahan bagi Toyota Innova TEKS1M. Katanya pihaknya mensasarkan sebanyak 700 unit akan ditempah sehingga akhir tahun ini.

Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini.

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar juga berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.


"Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ini. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan untuk kegunaan teksi.

"Kita tak mahu terlibat dalam apa-apa perkara politik. Ia tak ada kena mengena dengan politik. Ia adalah proses transformasi dan kami memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.

23 July 2015

#KekalNajib : Bicara Perdana Menteri di hari ulang tahun kelahirannya. KLIKSINI!



Selamat Menyambut
Hari Ulang Tahun Kelahiran Mu
Datuk Seri Najib Tun Razak Ke-62
Pada hari ini 23 Julai 2015

Ikuti bicara mengenai keperluan bagi golongan tua memberi ruang kepada golongan muda untuk berdikari.
Oleh : Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak 


Transkrip:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini anak perempuan kesayangan saya telah pun selamat diijabkabulkan. Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.

Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini.

Wawasan 2020 adalah sebuah visi yang telah ditetapkan pemimpin terdahulu untuk kesejahteraan generasi masa hadapan.

Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini. Susah-senang, turun-naik, pahit-manis perlu dialami sendiri oleh generasi pelapis ini kerana jiwa mereka semakin matang dan kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Orang muda perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka, tetapi yang tua juga perlu mempertimbangkan keadaan dan cabaran yang telah berubah di arus peredaran zaman.

Kadangkala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.

Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh




21 July 2015

FGV: Perluaskan Ladang Felda di Indonesia



Mengulas rancangan dan tujuan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan tersebut dibuat setelah FELDA menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini.

"Ketiadaan tanah sesuai bagi memperluaskan sektor perladangan sedia ada menyebabkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adakan cadangan untuk melabur di Indonesia."

PT Eagle High Plantations (EHP) 
Beliau merangkap Pengerusi FELDA juga berkata, FELDA beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini.

"Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan,”ujarnya lagi.

Tanah seluas 420,000 hektar tersebut juga dikatakan sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV selain tanaman sawit.


Tan Sri Isa Samad bersama isteri Puan Sri Bibi Sharliza melayan tetamu
di majlis rumah terbuka beliau.
Menurut Tan Sri Isa, pada masa ini FELDA belum memiliki ladang tebu.

“Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk FELDA termasuk minyak masak dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, pihaknya sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan ia akan dibawa pada mesyuarat agung luar biasa bulan depan, 
jelasnya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, semalam.


Terdahulu (KLIKSINI), YAB.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyatakan, dimana kerajaan menerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melakukan penelitian sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Pembelian itu tidak dilakukan secara terburu-buru kerana perlu mengambil kira manfaatnya kepada pelbagai pihak khususnya peneroka FELDA dari segi keuntungan yang bakal diperoleh." jelas DS Najib.

Baru-baru ini juga (KLIKSINI), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah membawa 50 wakil peneroka terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah Felda dan Wanita Felda, termasuk ahli Majlis Belia Felda Malaysia selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu bagi melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia.

19 July 2015

#TragediMH17 : "Bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai," kata Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama isteri ketika di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri

"Penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan". kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kenyataan tersebut di buat berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine menyebabkan berlakunya tragedi MH17 di tembak jatuh,

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini. 

"Pada waktu kejadian, bukan pesawat MH 17 sahaja yang berada di udara. Dihadapan MH 17 ada sebuah pesawat, di belakang pun ada sebuah pesawat. Manakala ada beberapa buah lagi pesawat datang dari arah bertentangan... Adakah kita mahu menyalahkan takdir maha esa kerana menjadikan MH17 sebagai mangsa? Sudah tentu tidak patut" tambah DS Liow.

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu.

"Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka" ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri kelmarin.

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. 

"Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai." jelas DS Liow.

16 July 2015

OPS SERKAP : Kelibat SPAD melegakan penumpang pulang berhari raya.


Kelibat anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Pudu Sentral hari benar-benar melegakan para pengguna pengangkutan awam (bas) yang sibuk untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya.

Tindakkan SPAD yang pastinya menjaga keselamatan penumpang setiap kali musim perayaan amat dihargai.

Demi keselamatan dan keselesaan para pengguna, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantauan OPS SERKAP di Pudu Sentral, sepanjang hari ini.


Operasi itu bertujuan untuk memantau penjualan tiket musim perayaan serta perjalanan bas-bas menuju destinasi masing-masing..apa yang dilakukan SPAD ini adalah untuk memastikan kes penipuan penjualan tiket pada musim perayaan dapat dikurangkan.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni yang ditemubual sejurus pemantauan Ops Serkap, berkata, operasi ini dilaksanakan bertujuan memastikan rakyat yang hendak balik ke kampun selamat.
Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni 
"SPAD telah memulakan operasi sejak 10 Julai hingga 26 Julai. Sejak ops ini dilancarkan SPAD telah memeriksa tidak kurang 2,800 kenderaan bas dan juga teksi." tambah beliau .

Sepanjang OPS siang tadi, anggota SPAD memeriksa pergerakan bas dengan memastikan cukai jalan, permit dan segala syarat dipatuhi sebelum memulakan perjalanan.

"Daripada jumlah tersebut, SPAD telah mengenalpasti 160 kesalahan berbagai yang melibatkan Bas dan teksi. Tumpuan utama kita adalah di terminal kerana di sini merupakan tumpuan rakyat untuk balik ke kampung." kata Che Hasni


Sepanjang operasi ini, SPAD mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan company bas dalam penjualan tiket mereka. Namun SPAD memberi kelonggaran dan menegur pihak bas bagi menambahbaik sistem maklumat pada tiket.


Che Hasni menjelaskan antara kesalahan yang terdapat pada tiket ialah maklumat tidak lengkap seperti waktu, tarikh, platform, nombor tempat duduk, terminal, nombor pendaftaran bas tidak lengkap.

Mengikut syarat SPAD, setiap tiket tidak digalakkan ditulis dengan tangan kerana ianya mendedahkan kepada penipuan.


HARI RAYA 2015 : Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan - DS Liow Tiong Lai




UCAPAN KHAS :
SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

OLEH :

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN
 

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.
: YB Dato Sri Liow Tiong Lai  - Menteri Pengangkutan, Presiden MCA

13 July 2015

#TragediMH17 : Gesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas cari mereka yang bertanggungjawab - Menteri Pengangkutan


Walaupun mengetahui ia bukanlah sesuatu yang mudah, Kerajaan Malaysia tetap komited dalam mencari jawapan serta kebenaran untuk para waris mangsa tragedi malang pesawat MH17 yang ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas sehingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya di mana di antaranya adalah 43 rakyat Malaysia.

Di dalam satu kenyataan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan pada majlis memperingati ulang tahun tragedi MH17 yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA baru-baru ini, beliau bertekad bahawa kerajaan Malaysia akan terus menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas mencari dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan bagi menegakkan kebenaran.


Beliau turut menyeru agar semua negara mematuhi protokol di dalam proses membuat laporan dan tidak wujud halangan di dalam mencari kebenaran dengan tragedi yang telah berlaku.

"Dalam hal mencari jawapan dan kebenaran ini, kita dan mereka tidak pernah keseorangan.

"Draf laporan akhir siasatan sudah diberikan kepada semua negara terlibat oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) di mana merekalah yang mengetuai kumpulan penyiasatan teknikal. Laporan rasmi dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ini." jelas DS Liow Tiong Lai.

Malaysia juga telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyemak laporan tersebut dan setiap perkembangan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada para waris mangsa pada waktu yang sesuai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai,
bertemu waris dan anggota keluarga mangsa tragedi MH17
Upacara memperingati tragedi MH17 pada 11 Julai lalu, selain anggota keluarga mangsa. Majlis tersebut turut dihadiri para menteri yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sebagai sebahagian daripada 15 negara anggota 
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), negara turut mengemukakan satu draf resolusi dengan mendesak agar satu tribunal antarabangsa dapat ditubuhkan.

"Daripada itu, negara Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine telah pun menyatakan sokongan penuh kepada kita (Malaysia)," tambahnya lagi.

Datuk Liow juga memaklumkan, segala perkembangan dilihat amat menggalakkan dan setiap langkah yang diambil oleh negara ianya berada di landasan betul.ini.

Majlis tersebut diadakan,adalah sebagai tanda penghormatan negara kepada mangsa-mangsa yang terkorban.


10 July 2015

FGV : 50 wakil peneroka FELDA dibawa tinjau ladang milik PT Eagle, Indonesia.



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membawa lima puluh wakil peneroka FELDA terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah FELDA, Majlis Belia Felda Malaysia dan Wanita Felda selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu ke Indonesia bagi tujuan melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di negara itu.

Kumpulan pertama sudah pun diterbangkan ke Indonesia pada Rabu dan kumpulan seterusnya berlepas semalam untuk bersama-sama dibawa meninjau kawasan tanah dan ladang tebu yang dijangka diambil alih FGV.

Pengambilalihan tersebut dikatakan penting, terutama dalam membantu menstabilkan saham FGV yang menurutnya sentiasa dijadikan isu dan kritikan pihak tertentu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang turut sama dalam lawatan tersebut berkata lawatan tiga hari itu bertujuan memberi pemahaman kepada semua wakil peneroka tentang potensi pengambilalihan ladang tersebut yang akan memberikan keuntungan kepada FGV untuk jangka masa panjang.

"Kita lihat Indonesia ada potensi besar dalam bidang hiliran, biodiesel dan sebagainya yang menjadi kekuatan FGV pada masa ini," katanya.

PT Eagle High Plantations (EHP)
Bila mana perjanjian dengan syarikat negara jiran (EHP) itu dimeterai, FGV akan memiliki kepentingan ke atas lebih 420,000 hektar tanah ladang yang mampu menghasilkan pulangan lumayan, sekali gus melonjakkan saham FGV.

Beliau berkata FGV dijangka mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ogos ini, dengan pemegang saham FGV akan menentukan sama ada syarikat itu wajar meneruskan pengambilalihan itu atau sebaliknya.

EHP memiliki ladang sawit seluas 425,000 hektar, dengan 67% di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9%), Sulawesi (19%) serta Sumatera (5%).


“Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai” - Dato Sri Liow Tiong Lai


Setiap tahun Kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bila menjelang musim perayaan. Ini membuktikan betapa pihak kerajaan memandang serius isu keselamatan jalan raya terutamanya di musim perayaan. 

Dengan tema “Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai”, kempen tahun ini menekankan kepada keselamatan semasa berada di jalan raya supaya pengguna selamat sampai ke destinasi untuk menyambut Hari Raya bersama kaum keluarga dan rakan taulan.


"Langkah yang diambil oleh JKJR dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian sempena Aidilfitri tahun ini dengan melibatkan sokongan pelbagai Kementerian, Jabatan, agensi kerajaan dan agensi swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) ini adalah amat bertepatan," kata YB Dato Sri Liow Tiong Lai ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan OPS Bersepadu Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015, di Terminal Bersepadu Selatan, semalam.


YB. Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan.
Bagi mendapat hasil lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. program-program berkaitan kempen keselamatan jalan raya terus diperhebatkan.Tahun ini juga, kerajaan telah merencana lebih banyak program dengan berteraskan advokasi dan penguatkuasaan.

Pada setiap kempen yang dijalankan, Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dan bergerak bersepadu sebagai satu pasukan dengan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Kerja Raya (KKR) serta agensi-agensi seperti JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan JPJ.


Dalam perkembangan yang sama, DS LiowTiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan bertegas, kerajaan akan tetap menguatkuasakan serta menyegerakan pemakaian tali pinggang penumpang tempat duduk belakang kenderaan.
Katanya, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa terbabit berjaya memupuk kesedaraan dan sikap memakai tali pinggang pemandu dan penumpang hadapan sesebuah kenderaan tetapi pemakaian tali pinggang penumpang belakang sangat mengecewakan.
"Cuba bayangkan 90 peratus pemandu dan penumpang hadapan memakai tali pinnggang, tetapi hanya tujuh hingga sembilan peratus penumpang dewasa belakang sahaja memakai tali pinggang sejak ia dilancarkan pada tahun 2009.
"Ini isyarat rakyat tidak menyambut baik pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang kenderaan. Saya dah tegaskan bahawa kerajaan akan menguatkuasakan secara tegas peraturan ini." 
DS Liow Tiong Lai memakaikan tali pinggang keselamatan kerusi kanak-kanak kepada Muhammad Rayyan Danish Khairul Anuar (tengah) pada majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Besepadu Peringkat Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 
Menurut beliau, kerajaan juga belum bersedia untuk mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam semua kenderaan berikutan faktor kos ekonomi yang masih dianggap sebagai kekangan oleh pengguna.
"Bagaimanapun program advokasi dan kempen mengenai pentingnya keselamatan penumpang bayi menerusi kerusi bayi khas terus ditekankan dan dididik secara berterusan." tambahnya.
Bermacam cara kerajaan lakukan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya... Namun, DS Liow berpendapat tanpa kerjasama semua pihak, perkara ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya.

"Saya juga ini ingin menzahirkan rasa gembira dengan pendekatan yang diambil dalam operasi penguatkuasaan pada masa ini di mana badan-badan penguatkuasaan seperti JPJ, PDRM dan SPAD bekerjasama sebagai satu pasukan." ujar beliau.
Menyentuh mengenai kempen keselamatan kali ini, beliau berkata, pada 15 dan 16 Julai 2015 serta pada 24 dan 25 Julai, larangan ke atas kenderaan barangan akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tambahan lagi, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga akan mewartakan penurunan had laju sebanyak 10 km/j bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri mulai 10 hingga 25 Julai ini.

Sehubungan itu, had laju bagi Jalan Persekutuan akan diturunkan kepada 80 km/j manakala bagi Jalan Negeri akan diturunkan kepada 70 km/j.

Tahun lalu, berteraskan 5 tonggak strategik. Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020Pelan ini dirangka agar aspirasi kementerian untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya dapat direalisasikan.




Ia terbukti dengan penurunan indeks kematian bagi setiap 10 ribu kenderaan berdaftar di Malaysia kepada 2.90 kematian pada tahun 2013 berbanding 4.51 kematian pada tahun 2004.

"Saya percaya, indeks ini akan mencatatkan penurunan saban tahun sekiranya kita berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan usaha dan kerjasama yang utuh." kata DS Liow.

Menurut beliau lagi, dengan penglibatan pihak swasta dan korporat turut sama menjalankan kempen, ia pasti akan menjadi sumber inspirasi kepada pihak lain bagi mengadaptasi keselamatan jalan raya sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR).

"Kerajaan sentiasa menggalakkan dan menyokong inisiatif dan langkah positif yang dijalankan oleh sektor swasta dan NGO dalam bersama-sama menghidupkan kempen keselamatan jalan raya dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan kempen keselamatan jalan raya kali ini." 
jelas Dato Sri Liow Tiong Lai.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.