#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 July 2015

#TragediMH17 : Gesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas cari mereka yang bertanggungjawab - Menteri Pengangkutan


Walaupun mengetahui ia bukanlah sesuatu yang mudah, Kerajaan Malaysia tetap komited dalam mencari jawapan serta kebenaran untuk para waris mangsa tragedi malang pesawat MH17 yang ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas sehingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya di mana di antaranya adalah 43 rakyat Malaysia.

Di dalam satu kenyataan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan pada majlis memperingati ulang tahun tragedi MH17 yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA baru-baru ini, beliau bertekad bahawa kerajaan Malaysia akan terus menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas mencari dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan bagi menegakkan kebenaran.


Beliau turut menyeru agar semua negara mematuhi protokol di dalam proses membuat laporan dan tidak wujud halangan di dalam mencari kebenaran dengan tragedi yang telah berlaku.

"Dalam hal mencari jawapan dan kebenaran ini, kita dan mereka tidak pernah keseorangan.

"Draf laporan akhir siasatan sudah diberikan kepada semua negara terlibat oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) di mana merekalah yang mengetuai kumpulan penyiasatan teknikal. Laporan rasmi dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ini." jelas DS Liow Tiong Lai.

Malaysia juga telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyemak laporan tersebut dan setiap perkembangan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada para waris mangsa pada waktu yang sesuai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai,
bertemu waris dan anggota keluarga mangsa tragedi MH17
Upacara memperingati tragedi MH17 pada 11 Julai lalu, selain anggota keluarga mangsa. Majlis tersebut turut dihadiri para menteri yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sebagai sebahagian daripada 15 negara anggota 
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), negara turut mengemukakan satu draf resolusi dengan mendesak agar satu tribunal antarabangsa dapat ditubuhkan.

"Daripada itu, negara Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine telah pun menyatakan sokongan penuh kepada kita (Malaysia)," tambahnya lagi.

Datuk Liow juga memaklumkan, segala perkembangan dilihat amat menggalakkan dan setiap langkah yang diambil oleh negara ianya berada di landasan betul.ini.

Majlis tersebut diadakan,adalah sebagai tanda penghormatan negara kepada mangsa-mangsa yang terkorban.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.