#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 July 2015

Tangguh pemilihan parti adalah satu pertimbangan yang wajar - Datuk Haji Noor Ehsanuddin


Memandangkan senario politik masa kini yang agak dinamik dan panas dengan beberapa isu parti seperti mana yang diketahui ramai. Keputusan ahli Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan parti adalah satu pertimbangan yang wajar kata Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Hj Mohd Harun Narrashid.

Menurut beliau, setiap keputusan dibuat pasti ianya sudah diteliti dari segala aspek. Ketika ini adalah lebih baik UMNO fokus memastikan para jentera UMNO dikemaskini bagi menghadapi pilihanraya akan datang. 

“Parti politik adalah satu medium untuk kita tubuh kerajaan. Oleh itu fokus UMNO adalah untuk menang PRU 14 bagi memastikan UMNO khususnya BN berjaya menubuhkan kerajaan.

Namun begitu, katanya pemilihan parti pasti akan diteruskan kerana ianya adalah satu proses pengukuhan parti. Biasanya ahli ahli UMNO boleh faham dan menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin atasan.

"Melalui kerajaanlah kita dapat meneruskan agenda pembangunan bagi kesejahteraan rakyat.

"Namun begitu pemilihan parti pasti akan diteruskan kerana ianya adalah satu proses pengukuhan parti. Biasanya ahli ahli UMNO boleh faham dan menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin atasan,” ujarnya.

Datuk Ehsan membuat kenyataan demikian bagi menyokong langkah Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 26 Jun lepas, untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan selama 18 bulan berdasarkan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO yang memberikan hak kepada MT untuk menangguhkannya.

MT UMNO mengambil pendapat bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan di mana penangguhan ini akan dapat membuatkan ahli dan kepimpinan parti lebih fokus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, baik di peringkat dasar mahupun diperingkat akar umbi.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.