Kumpulan pertama sudah pun diterbangkan ke Indonesia pada Rabu dan kumpulan seterusnya berlepas semalam untuk bersama-sama dibawa meninjau kawasan tanah dan ladang tebu yang dijangka diambil alih FGV.
Pengambilalihan tersebut dikatakan penting, terutama dalam membantu menstabilkan saham FGV yang menurutnya sentiasa dijadikan isu dan kritikan pihak tertentu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang turut sama dalam lawatan tersebut berkata lawatan tiga hari itu bertujuan memberi pemahaman kepada semua wakil peneroka tentang potensi pengambilalihan ladang tersebut yang akan memberikan keuntungan kepada FGV untuk jangka masa panjang.
"Kita lihat Indonesia ada potensi besar dalam bidang hiliran, biodiesel dan sebagainya yang menjadi kekuatan FGV pada masa ini," katanya.
PT Eagle High Plantations (EHP) |
Beliau berkata FGV dijangka mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ogos ini, dengan pemegang saham FGV akan menentukan sama ada syarikat itu wajar meneruskan pengambilalihan itu atau sebaliknya.
EHP memiliki ladang sawit seluas 425,000 hektar, dengan 67% di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9%), Sulawesi (19%) serta Sumatera (5%).
0 comments:
Post a Comment