GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PONDOK. Show all posts
Showing posts with label PONDOK. Show all posts

26 March 2015

Pembangkang pertikai lagi kenapa Dr Mashitah tidak ditahan Polis.


MP DAP Ipoh Timur yang cuba bangkit mempertikaikan semula kredibiliti anggota Polis kononnya Polis tidak menahan Ketua Wanita UMNO Baling setelah mengeluarkan satu kenyataan sensitif semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 dianggap tektik untuk mendapatkan publisiti murahan.

Walaubagaiman pun, hal tersebut telah disambut oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya kenapa pemimpin UMNO tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan kerana kenyataan Dr. Mashitah dapat dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Dr. Mashitah yang dikaitkan sebagai pemimpin UMNO yang tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan mengenai kejadian membakar Al-Quran di Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bagaimanapun memberi kerjasama kepada polis apabila tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Disember tahun lepas.

Mashitah sebelum itu dilapor membangkitkan isu berkenaan dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir November.

Susulan itu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa siasatan dibuat terhadap Mashitah, manakala pada 28 November, Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap tidak bertanggungjawab.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam penjelasannya berkata, sebelum menyampaikan perbahasan, beliau dimaklumkan oleh Ketua Wanita UMNO Kuala Kedah bahawa berlaku peristiwa berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, di Kedah.

Namun Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kemudian menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Selanjutnya ikuti sedutan ucapan Dr Mashitah yang dikatakan telah membangkitkan sensitiviti sesetengah pihak.

23 March 2015

Tindakkan DAP menentang pelaksanaan 'Hudud' bukan satu kejutan - Dr Mashitah Ibrahim

 

Tindakan Aisyah Tajuddin mempersendakan hukum Hudud melalui sebuah klip video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" pada 19 Mac 2015, tidaklah menjadi satu kejutan.

Jika diteliti latar belakangnya, Aisyah Tajuddin merupakan anak kepada ibu bapa yang menjadi ahli dan menganut fahaman DAP.

Video diterbitkan oleh BFMRadio itu mengkritik Hukum Hudud disebar luas dalam media sosial.setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 19 Mac, lalu.
Sepertimana semua ketahui, DAP adalah penentang utama hukum Hudud sekiranya dilaksanakan di Malaysia. Walaupun PAS dan DAP berada di dalam Pakatan Pembangkang yang sama, hukum Hudud kerap kali menyebabkan kedua-dua parti sering tidak bersefahaman.

Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengingatkan di dalam rencana yang ditulisnya di dalam Sinar Harian dua bulan lepas yang bertajuk "Kenapa DAP Bantah Hudud". KLIKSINI. 
 
Dr Mashitah Ibrahim,
Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Dr Mashitah dalam tulisannya berkata;

Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.

Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

20 March 2015

MOU KUIN-YPPM: Dilaksana atas keyakinan wujudnya sinergi dengan pengalaman - Dr Mashitah


Perjanjian yang di lakukan baru-baru ini, bukan sahaja satu lembaran baharu kepada kedua-dua belah pihak, malah membawa impak besar terhadap institusi dan perkembangan pengajian pondok di negara kita.

Dimana MEMORANDUM persefahaman antara Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia turut dilaksanakan atas keyakinan wujudnya sinergi dari segi pengalaman, pengetahuan dan sumber insan yang boleh memanfaatkan Kuin, YPPM dan negara, khususnya dalam usaha membangun dan memperkasakan institusi dan sistem pendidikan pondok di Malaysia.

Skop kerjasama ini meliputi bidang penyelidikan, perkongsian sumber teknikal dan kepakaran, penerbitan, kemudahan untuk kajian akademik dan penganjuran wacana ilmu seperti forum, seminar dan persidangan serta program yang membabitkan masyarakat (community engagement). Ia membuka ruang kepada kegiatan penyelidikan lebih luas terhadap institusi pondok dan penganjuran program, bukan sahaja di Malaysia malah Asia, Afrika, Timur Tengah dan Eropah bagi menambahkan lagi khazanah ilmu dan pengetahuan mengenainya.

Untuk melaksanakan matlamat ini, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kampus Kuin Kuala Ketil yang mula berfungsi pada 1 Mac lalu. KLIKSINI

Manakala YPPM pula bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal, serta sokongan logistik dan jaringan.

Dr. Mashitah yang juga Pengerusi Pembangunan Yayasan Pondok Malaysia turut bersetuju dilantik sebagai Pengarah PKP dan berkhidmat tanpa gaji demi mengangkat martabat Institusi Pondok tanahair.

Malah, usaha seperti ini perlu digalakkan memandangkan institusi yang memberi pengkhususan kepada kajian mengenai pondok tidak banyak.

Menurutnya, hanya Universiti Utara Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Islam Malaysia sahaja, selain Kuin, yang ada minat khusus terhadap kajian pondok.

"Saya cukup memahami tugas dan tanggungjawab yang dipikul, serta harapan banyak pihak terhadap PKP. Saya akan duduk berbincang dengan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Mohd Yusof Kassim dan beberapa pihak lain untuk menetapkan hala tuju dan matlamat pusat kajian ini, serta cara paling baik dan berkesan untuk menghidupkan MoU yang baru ditandatangani. Pastinya ini meliputi, antara lain, soal penghasilan dan output, keperluan dana, kesesuaian staf, bahan penerbitan, aktiviti penyelidikan dan penganjuran program" ujar beliau lagi

Bagi pihak penganjur, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi merasmikan PKP dan menyaksikan majlis menandatangani MoU Kuin-YPPM.

Juga kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, barisan Exco Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Lembaga Pengarah dan Mustasyar YPPM yang turut hadir, serta semua pihak yang terbabit menjayakan majlis bersejarah itu.

Kehadiran istimewa guru-guru pondok dan puluhan pelajar pondok yang datang ke TH Hotel and Convention Centre dengan bas telah memeriahkan majlis, terutama berselawat menyambut ketibaan Najib, yang juga Penaung YPPM dan semasa beliau meninggalkan majlis.

16 March 2015

YPPM-KUIN Terajui Pusat Kajian Pondok


Pelancaran dan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Kajian Pondok (PKP) antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Kedah, baru-baru ini.

Berlangsungnya majlis bersejarah tersebut, disempurnakan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung YPPM.


Tertubuhnya pusat kecemerlangan yang tentunya memberi tumpuan kepada penyelidikan yang terperinci dan menyeluruh dalam pelbagai aspek berkenaan institusi 'Pondok' serta sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara itu akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama.

Turut disaksikan Perdana Menteri, melalui MoU yang ditandatangani oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim (YPPM) manakala KUIN diwakili oleh Rektornya, Prof Datuk Dr. Mohd. Yusof Kassim telah membentuk persetujuan dimana pihak KUIN akan bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran dan kakitangan, kemudahan penyelidikan atau bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, bilik dewan serta sokongan logistik.


YPPM pula akan menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal serta logistik dan jaringan yang diperlukan bagi program yang akan dijalankan bersama kelak.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.


Dengan termeterainya MOU di antara YPPM dan KUIN ini, maka terbentuk selangkah lagi kejayaan dalam usaha menaikkan martabat warga 'Pondok' di negara ini.

Bukan hanya penyelidikan terperinci berkaitan institusi 'Pondok' serta kajian terhadap tokoh-tokoh 'Pondok' tempatan yang telah banyak berjasa akan ditumpukan. Namun skop PKP turut meliputi sistem pengajian sama di negara-negara Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah. 

5 March 2015

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) yang pertama.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP)
Baru baru ini Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIN) melalui rektornya telah melantik Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang juga Pengerusi Pembangunan Pondok Malaysia bagi memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) yang pertama dalam sejarah penubuhannya

Perlantikan ini dilihat sebagai satu pilihan yang tepat dimana kelayakan serta pengalaman yang ada pada diri Datuk dr Mashitah merupakan aset yang amat berharga dilihat oleh KUIN untuk beliau menerajui Pusat Kajian Pondok (PKP).


Dalam satu kenyataan terima kasih, Datuk Dr Mashitah amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan menyatakan kesediaan beliau menerajui PKP atas perlantikan oleh pihak KUIN menjadi satu tanggung jawab yang besar beliau bagi memastikan PKP akan terus wujud sebagai pusat kecemerlangan yang akan dibanggakan pada masa akan datang.

Semoga sumbangan Dr Mashitah di dalam PKP KUIN akan diberkati Allah SWT.

Berikut kenyataan terima kasih daripada Datuk Dr. Mashitah atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) yang pertama:

 



28 February 2015

Tertubuhnya Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad ( KPPM )


Siang tadi majlis persidangan Lembaga Pengarah Yayasan Pondok Malaysia (YPPM)  telah diadakan bertempat di Sri Pondok, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur yang di pengerusikan oleh Datuk Dr Mashita Ibrahim. 

Apa yang menariknya pada persidangan tersebut, impian dan harapan kumpulan YPPM mahu menubuhkan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad akhiirnya dapat dicapai seperti yang dirancang.

Secara tidak langsung Mesyuarat Agung kali pertama Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad (KPPMB) turut selamat dijayakan dengan lancarnya pada majlis berkenaan. 



Ahli mesyuarat keseluruhannya sebulat suara melantik Datuk Dr Mashita menjadi peneraju (Pengerusi) KPPM dan  Juhaidi Yean Abdullah di lantik sebagai Setiausaha KPMM yang pertama serta Datuk Seri Amir Hussien diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Bendahari KPMM.

Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia atau nama singkatnya KPPM ini adalah hasil kerja dan usaha dari apa yang di susun pada mesyuarat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang lalu.

Dengan kehadhiran lebih 70 bakal ahli yang mana jauh lebih ramai dari jangkaan awal kehadiran yang hanya dianggarkan 50 sepertimana yang di tetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , tentu sekali menambah kesungguhan dan semangat untuk membawa nama KPPM ke mercu kejayaan.




Sesungguhnya dengan terbentuk badan koperasi ini hasrat YPPM (KLIKSINI) mahu keluar dari terus bergantung kepada pemberian dana pihak lain kepada satu yayasan yang boleh berdikari sendiri juga diharap akan tercapai.

Ketika mesyuarat di ada kan SKM di wakili oleh Saudara Muhamad Amran Che Abdullah sebagai Penolong Pengarah Kanan Nasional A, SKM Cawangan Wilayah Persekutuan bagi memantau mesyuarat ini.

Untuk mengetahui apa kata Datuk Dr Mashitah, Pengerusi KPPMB berhubung penubuhan dan mesyuarat agung permulaan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia Berhad sepenuhnya sila KLIKSINI


27 February 2015

Bahayanya Gerakan Militan IS - Dr Mashitah Ibrahim


Islam adalah satu agama perdamaian. Ia bukan agama yang menganjurkan keganasan seperti yang dilabelkan oleh orang asing hanya kerana perbuatan segelintir ekstremis yang berkepentingan. 

Malah, semua agama termasuk Islam tidak pernah menganjurkan penganutnya untuk melakukan keganasan.

Malangnya pada hari ini, timbul kumpulan-kumpulan yang menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai, lakukan penculikan, juga memenggal kepala yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang 'IS ( Islamic State )' ataupun 'Daulah Islamiah" dengan membawa matlamat kononnya untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama cuba berleluasa di merata dunia termasuk Malaysia.


Negara ini turut mengenalpasti wujudnya pengganas-pengganas yang kini menggunakan Islam sebagai asas mereka. Keselamatan negara juga pernah diancam oleh kumpulan yang diketuai Ibrahim Libya di Kedah pada pertengahan tahun 80an. Ini telah disahkan oleh mantan Ketua Polis Negara...DI SINI )

Dalam konteks ini, semua pihak termasuk rakyat, pihak berkuasa, institusi pendidikan, agensi perisikan serta pihak-pihak yang berkaitan tentunya perlu berganding bahu dalam memastikan propaganda serta ideologi ekstrem sebegini tidak betapak di negara ini.

Penegasan serta komitmen oleh kerajaan dalam memerangi ancaman IS seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib amat tepat pada masanya.



Kelmarin, sempat MP menonton sebuah rancangan  "Soal Jawab" diterbitkan oleh TV3 DI SINI ) yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Rancangan yang bersiaran secara langsung itu turut menampilkan dua tokoh berpengetahuan luas diundang sebagai panel iaitu Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sepanjang program tersebut pelbagai persoalan dibangkitkan serta pendapat telah diluahkan oleh kedua-dua tokoh undangan. Namun, antara isi penting yang menjadi perhatian dan ingin MP kongsikan disini adalah soalan dimana ianya 
berkaitan dengan penyebab remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam "Jerat IS" dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. 

Soalan itu di jawab oleh Datuk Dr Mashitah dengan memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah "IS (Islamic State)" seperti berikut :

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.


Kesimpulannya, Datuk Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. 


Dalam pada itu, merangkap sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) antara tunggak utama didalam memartabatkan pelajar serta pendidikan sekolah-sekolah pondok dalam negara... Datuk Dr. Mashitah turut menyatakan bahawa salah seorang pejuang IS yang telah meninggal dunia datang dari salah satu pondok di Kedah, 

" Ia sangat mengejutkan dan YPPM merasakan ia menjadi satu tanggungjawab...Imej sekolah pondok perlu dihindarkan dari dibabitkan dengan keganasan terutamanya IS. Yang berlaku hanya segelintir kecil sahaja,", jelas beliau.

Usaha YPPM mendekatkan diri dengan semua sekolah-sekolah pondok dengan mendapatkan pandangan mereka dan mendengar permasalahan mereka untuk diselesaikan bersama adalah antara pendekatan yang diambil.


Dalam hal ini juga, MP berpendapat ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dengan memantau kandungan yang cuba dilayari oleh anak-anak mereka di Internet. Langkah ini perlu kerana kebanyakan usaha merekrut pengikut berlangsung di media sosial. Media sosial menjadi medium paling efektif untuk merekrut kerana ia mudah, menjimatkan masa dan berkesan dari segi penyampaian mesejnya.

Selain itu, rakyat digesa supaya tidak terbawa-bawa dengan emosi dengan isu yang cuba dijaja oleh IS. Mereka harus bijak membezakan apa sebenarnya yang betul dan dibenarkan dalam agama. Mereka perlu sedar juga bahawa sebarang perbuatan yang tidak bertanggungjawab hanya akan memberi gambaran negatif kepada agama Islam.

15 February 2015

Aktiviti 'candlelight vigil' mengandungi unsur-unsur "tasyabbuh"



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan, Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

Oleh itu, upacara 'candlelight vigil' atau berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin adalah dilarang bagi umat Islam kerana ia menyerupai upacara agama lain.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti 'candlelight vigil' kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam," menurut kenyataan muzakarah tersebut yang dikeluarkan menerusi laman rasmi Facebook Fatwa Malaysia.

Mengulas lanjut, Jawatankuasa muzakarah berkata di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan.

"Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

"Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha," jelas jawatankuasa tersebut.

Terbaru, upacara 'candlelight vigil' kembali hangat diperkatakan apabila para pemimpin dan penyokong pembangkang berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai simbol untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan ketua Anak Muda Keadilan berkata, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha mereka berhimpun sambil memegang lilin adalah semata-mata untuk menunjukan solidariti terhadap Anwar dan bukannya melakukan upacara keagamaan.
Hal ini juga telah mendapat perhatian seorang lagi tokoh keagamaan iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau merasakan terpanggil untuk berkongsi pandangan disamping mengingatkan kita melalui sepotong hadith Bagiunda Rasulullah yang memberi maksud: 

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.”  (Riwayat Tabrani)

Apa yang jelas dari maksud hadith ini, perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara “candlelite vigil” mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Datuk Mashitah mengingatkan bahawa kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik. Dengan sendiri kita boleh berfikir untuk tidak langsung melibatkan diri samada upacara “candlelite vigil”, demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan mahu pun dalam bentuk memprortes.


Datuk Dr Mashitah dalam ulasannya turut menyebut bahawa musuh Islam sentiasa akan cuba membawa umat islam kearah kesesatan dengan cara membudayakan setiap amalan secara beransur ansur sehingga ianya menjadi satu amalan kebiasaan.

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Dalam ulasannya lagi berkata,’Terlalu banyak “candlelight”yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa mengira batas batas agama , isu ini bermula apabila mereka mula menterjemahkan hal hal yang berkaitan dengan agama yang  mana  tiada perbezaan diantara agama agama yang dianuti.”

Beliau juga sempat mengingatkan kita kembali dimana hukum penglibatan orang Islam dalam akitiviti orang bukan Islam dalam upacara “Candlelite Vigil” adalah haram dan kata beliau, Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  kali ke 88  yang telah bersidang pada 2 Oktober 2009  lalu... 


Muktamat telah memutuskan bahawa umat islam dilarang sama sekali menyertai apa juga ritual yang bersifat upacara keagamaan bukan Islam yang mengandungi usur tasyabbuh dan boleh menjejaskan Aqidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara. Ada larangan larangan yang perlu kita hindarkan, bukan setakat isu lilin ini, malahan banyak lagi perkara yang telah berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang bermaksud:

“Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)


Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa.

Renung-renungkanlah!!!

10 February 2015

Perhatian penuh terhadap mangsa serta madrasah 'Pondok' dilanda banjir - YPPM


Beberapa madrasah yang dilanda banjir baru-baru ini terus mendapat perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak dalam usaha meringankan sedikit bebanan mereka, baru-baru ini.

Dua madrasah tersebut ialah Madrasah Raudhah Al-Muhibin, Seberang Chenor dan Madrasah An Najah, Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, bantuan yang disalurkan mengambilkira kawasan sekolah pondok yang terjejas teruk akibat banjir.

“YPPM menyalurkan bantuan kepada dua buah madrasah setelah melihat keadaan madrasah yang teruk akibat terjejas bencana banjir.


Kedua-dua buah madrasah itu difahamkan ditenggelami air banjir sedalam dua kaki sehinggakan merosakkan keadaan struktur bangunan dan barang-barang keperluan dapur pelajar,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, YPPM sudi menghulurkan bantuan berbentuk atap zink, prabong, tong gas, tilam, buku log dan kitab-kitab agama bagi meringankan bebanan pihak pondok.

Selain musibah banjir, Mashitah turut meninjau keadaan Madrasah An Najah yang baru-baru ini terbakar.


“Ada empat rumah penginapan pelajar lelaki di Madrasah An Najah terbakar dan ini benar-benar menguji kesabaran pihak sekolah pondok tersebut yang baru sahaja melanda banjir.

“Saya berharap mereka bersabar dengan ujan terbaharu ini,” katanya.

5 February 2015

YPPM Memenuhi Aspirasi Warga Pondok


Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia pada hujung tahun 2014 amat dahsyat kesannya kepada mangsa yang terbabit. Justeru, kerja-kerja bantuan pasca banjir masih amat diperlukan bagi memastikan semua operasi atau urusan mangsa terlibat dapat kembali normal.
Keadaan yang serupa turut dilalui oleh Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YYPM) yang akan menjalankan misi bantuan ke beberapa pondok yang terjejas teruk akibat banjir sekitar Temerloh, Pahang.

Menurut kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia DISINI. Pelbagai bentuk rancangan telah pun dibentuk. Misi pertama menjadi tumpuan kumpulan YPPM iaitu ke Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor.

Kedua-dua pondok ini ditenggelami air ketika banjir melanda pantai timur beberapa minggu lalu, dan tidak boleh berfungsi sehingga memaksa lebih 300 pelajar pondok dan guru menghentikan semua aktiviti.

Atas dasar keprihatinan dan kewajipan membantu mangsa bencana, YPPM dengan kerjasama beberapa pihak lain, termasuk Yayasan Salam, Kolej Vokasional Auto Prima (Shah Alam) dan sebuah masjid di Kuala Lumpur, telah menghantar beberapa sukarelawan untuk meninjau keadaan di Pahang dan Kelantan pada Januari lalu, bagi mengenal pasti dan melihat sendiri pondok yang terjejas teruk. Tersenarai dalam laporan lapangan itu adalah 32 buah pondok.

Namun, YPPM tidak berupaya, baik dari segi kewangan mahupun tenaga sukarelawan, untuk membantu kesemua pondok yang terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda negeri-negeri pantai timur.

Selepas dua kali perbincangan berkaitan dana dan isu logistik, YPPM dan pasukan sukarelawan bersetuju menghantar bantuan dalam bentuk barangan keperluan bagi kegunaan warga pondok seperti kitab, buku tulis, dapur gas, sistem PA, peti ais, khemah, atap zink, tilam, bantal, selimut dan kain pelekat kepada pelajar dan penghuni pondok berkenaan.

"Kita mengharapkan bantuan ini dapat pulihkan pondok-pondok terbabit untuk berfungsi seperti sediakala dan difahamkan, pihak GiatMara telah membantu pondok-pondok tersebut memperbaiki pendawaian yang rosak," kata Dr. Mashitah.

"Saya turut merayu kepada dermawan, baik syarikat, organisasi atau individu, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi membolehkan pengagihan kepada lebih banyak pondok yang terbabit. Dalam keadaan sebegini, elok kita ingat sejenak sumbangan sekolah pondok kepada pendidikan Islam di negara kita dan membina kekuatan ummah, terutama dalam mempertahan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah" tambah beliau.

Peranan ulama pondok dalam memperjuang kemerdekaan negara, membina generasi al-Quran serta melahirkan para hufaz dan pemimpin sangatlah besar dan tinggi nilainya.

Justeru, dalam keadaan mereka memerlukan, bantulah mereka dengan ikhlas dan amat dialu-alukan. Sebarang sumbangan dan derma, bolehlah disalurkan melalui YPPM dengan cara menghubungi talian 03-22016711 atau layari laman web Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di alamat www.yppm.org.my ataupun terus ke www.facebook.com/YayasanPembangunanPondokMalaysia laman Facebook YPPM.

Kata Dr.Mashitah lagi, musibah banjir yang melanda baru-baru ini, telah mencetus fikiran untuk warga YPPM melihat lebih terkedepan khususnya meningkat keupayaan dan keberkesanan YPPM sendiri, menjadi lebih self-sufficient, lebih mampu melaksana tanggungjawab dan memenuhi aspirasi warga pondok.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa pada mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM kelmarin, pihak YPPM telah sebulat suara bersetuju untuk meneroka penubuhan sebuah koperasi yang terbuka kepada semua pondok di Malaysia. Lembaga Pengarah YPPM akan mengkaji cadangan ini secara mendalam, serta mendapatkan nasihat dan pandangan kementerian berkaitan.

Dengan penubuhan koperasi ini nanti, sudah tentu membolehkan YPPM membabitkan diri dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi. Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen.

Selain itu, YPPM juga akan memulakan kaji selidik ke atas pondok seluruh negara tidak lama lagi bagi memenuhi visi YPPM, kata Dr. Mashitah yang juga Pengerusi YPPM.

Dua visi ataupun matlamat yang menjadi keutamaan bagi YPPM iaitu:

1. Mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu.

2. Memenuhi keperluan satu laporan lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyalurkan dana RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok seperti yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Penaung YPPM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu.

Walau bagaimana pun, laporan ini dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, dan boleh dianggap kajian paling komprehensif yang pernah dijalankan ke atas sekolah pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia, tegas beliau.

26 January 2015

Persoalan Kewajipan Bermazhab - YPPM

SERING kali timbul persoalan mengenai kewajipan bermazhab. Terdapat pihak yang mengatakan individu Muslim wajib memilih hanya satu sahaja mazhab antara mazhab imam empat (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali) yang muktabar, sedangkan wahyu, baik al-Quran mahupun As-Sunnah tidak pernah menetapkannya.

Disini ingin MP kongsikan kepada pembaca berkaitan topik ini yang bertajuk 
"Bermazhablah Berlandaskan Ilmu, Bukan Buta Tuli"

Di tulis oleh MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
(Kewartawanan) UiTM Shah Alam


Ikuti penjelasan seterusnya.... KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH:




25 January 2015

Nafas Institusi Pondok Bersama YPPM


Selaras dengan komitmen Kerajaan Pusat di bawah pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak yang turut mengiktiraf institusi Pondok sebagai institusi pengajian terulung merupakan institusi pengajian yang tertua di negara ini.

Buat julung kalinya seorang Tok Guru Pondok di Kedah menerima Darjah Kebesaran D.S.D.K (Darjah Setia Diraja Kedah) yang membawa gelaran Dato'. 

Guru Pondok dan jugas tokoh agamawan yang di maksudkan itu ada lah Tok Guru Pak Teh Mat yang juga di kenali dengan nama Tuan haji Ahmad Mohd Noor 

Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor ( gambar tengah )
Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor, antara nama yang dicadangkan oleh Dato Seri Hj Mukhriz bagi menerima pingat Dato, bagi mengenangkan jasa beliau mendidik anak bangsa menjadi muslimin dan muslimat yang sempurna. 

Ternyata cadangan DSMM disokong oleh ADUN beliau, YB Badrol Hisham malah pihak Istana juga bersetuju untuk kurniakan darjah kebesaran itu kepada beliau. Syabas Menteri Besar Kedah atas pengikhtirafan beliau kepada Ulamak Kedah.Dengan anugerah ini dan diberikan kepada rakyat Kedah, ia turut membanggakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mashitah Ibrahim juga merupakan anak jati kelahiran negeri ini yang turut banyak mempromosikan dan membangunkan sekolah podok di negara ini khasnya di Kedah.

Ramai juga tidak tahu bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, Institiusi Pondok yang di naungi oleh Yayasan Pondok Malaysia (YPPM) telah di beri nafas baru bersama peruntukkan yang diluluskan pada pengumuman bajet belanjawan negara.

Selanjutnya sila klik link dibawah ini –
http://yppm.org.my/2014/10/bajet-2015-kerajaan-sedia-peruntukan-rm25-juta-untuk-sekolah-pondok-berdaftar/

14 January 2015

Dimana hala tuju PAS bersama DAP?


Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat PAS menubuhkan Negara Islam.


Meskipun tidak puas hati dengan apa yang berlaku, PAS masih akur dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluar daripada pakatan politik yang longgar itu, bagi bersendirian dan mengekalkan asas perjuangannya.

PAS masih meneruskan tahaluf siyasi bersama Pakatan Pembangkang, khususnya DAP. Agak ramai juga penyokong PAS tidak setuju, Namun, pemimpin Pas cuba juga menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam.  

Selama 15 tahun bersama DAP, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras. 


Dalam satu kenyataan, Guan Eng dengan nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang 
sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang kini dilihat semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ini menjadikan parti itu menjadi mangsa buli PKR dan DAP, seperti yang diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 September.

Contohnya penggurangan kerusi Exco (dalam kerajaan negeri Selangor) kepada PAS daripada empat kepada tiga, darjah kemarahan PAS itu tetap ada tetapi ia tidak menyebabkan PAS keluar daripada pakatan.

Soalnya sampai bila polimik hal karut marut ini akan berakhir dalam permainan politik mereka? Kenapa DAP bantah hudud?

Selanjutnya baca kenyataan berikut, KLIK pada gambar dibawah:



12 January 2015

Siapa Menduga Musibah Banjir Dasyat Melanda Negara - Dato' Mashitah Ibrahim.


Bencana banjir yang menyaksikan 90,250 mangsa melibatkan penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis yang terpaksa berpindah adalah antara jumlah yang terbesar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Tentunya tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat ini akan melanda.

Hinggakan ada mangsa yang terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit dan bangunan-bangunan tinggi akibat kebanyakan kawasan ditenggelami air keparas yang amat mambahayakan.

Lebih sayu melihatkan anak-anak kecil dan orang tua terpaksa tidur tanpa ada khemah dan terdedah kepada kesejukan malam.

Bencana yang melanda turut menenggelami beberapa sekolah pondok. Kemeriahan anak-anak menimba ilmu lenyap dek kerana bencana yang melanda di beberapa negeri yang terlibat.

Namun, kita bersyukur dimana saat-saat tragedi dan bencana seperti ini berlaku, rakyat di seluruh negara menunjukkan tahap solidariti yang tinggi dengan mengetepikan sebarang kepentingan diri mahupun ideologi dalam membantu mangsa.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia mengambil tanggungjawab membantu dan sempat membuat beberapa tinjauan awal dan menghulurkan bantuan kepada Pondok yang terlibat disekitar negeri-negeri yang dilanda banjir.

Berikut senarai lokasi-lokasi Pondok yang terlibat dilanda banjir KLIK SINI.


Marilah sama-sama kita membantu, sekurang-kurangnya menghulur doa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa di lindungi Allah khendaknya... Amin.

10 January 2015

'Sekolah Pondok' Tidak Dipinggir


Jika disoroti sejenak, kisah tentang 'Sekolah Pondok' di negara ini, ia bukannya suatu yang baru dan tentunya ia suatu yang tidak asing bagi umat Islam di Malaysia..

Sistem pengajian 'pondok' yang pada dulunya mendapat sambutan tetapi kian merosot permintaannya akibat
 kesan arus perubahan dan kemajuan negara. Lahirnya sistem pendidikan formal dan moden serta sekolah-sekolah agama yang menggantikan sistem pondok.

Walaupun institusi ini mengalami pasang surut, para alim ulama dan guru tidak pernah berpatah hati dan berputus harap sebaliknya terus berusaha memperjuangkan institusi Islam dan warisan Rasulullah S.A.W. ini.


Hakikatnya institusi pondok telah banyak melahirkan ulama besar, ilmuan agama, pegawai-pegawai agama di negara Malaysia ini.

Ia terbukti apabila institusi serta sistem pengajian pondok ini bangkit semula mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-20. 

Kejayaan ini adalah hasil usaha para alim ulama terdahulu yang telah berjaya melahirkan ramai anak murid berkebolehan dan menanam semangat kecintaan mereka dan masyarakat terhadap agama Allah.



Sebab lain yang mendorong masyarakat menerima semula institusi ini adalah kerana kitab-kitab yang digunakan telah diterjemah oleh para guru yang mahir. Tambahan pula, kitab-kitab tersebut tidak lagi ditulis tangan tetapi dicetak. 

Dengan adanya kitab-kitab bercetak ini, masyarakat dapat mengikuti “halaqah” pengajian agama di pondok-pondok mahupun di masjid-masjid. Kewujudan kitab yang dicetak dan dikarang dalam Bahasa Melayu juga telah membantu perkembangan institusi pondok menjadikan ia sebuah institusi yang paling terkenal dengan pengajaran agama.

Pondok Lubok Tapah atau nama rasminya
Madrasah Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubok Tapah diasas sekitar tahun 1931,
merupakan antara pondok tertua di Kelantan.



Sejarah juga menyebut, sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka lagi. Pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan Islam hasil daripada kedatangan agama suci tersebut ke rantau Asia yang kemudiannya merebak ke Melaka. Pendidikan Islam pada awal usianya mula diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau, madrasah sebelum berpusat sepenuhnya di beberapa sekolah pondok hingga ke hari ini.

Pusat pengajian 'Pondok' adalah antara institusi pendidikan Islam yang tertua di Tanah Melayu. Dianggar terdapat hampir 1,000 sekolah pondok yang dikendalikan secara professional, swasta atau secara individu namun kurang daripada 300 diketahui dan dikenali.


Dalam mencapai hasrat dan kelangsungan sistem pengajian tradisional ini terus kekal dan relevan serta menghargai 'pondok' bersama jasa bakti para -para Ulama, Tok Guru dan Tok Mudir.yang sudah memulakannya sejak ratusan tahun menyumbang ilmu, tenaga dan masa dalam mengembangkan pendidikan Islam kepada masyarakat. 

Pada tahun 2012, pihak kerajaan telah menyatakan kesediaannya memberi komitmen secara terbuka dan peruntukan secukupnya untuk memartabatkan institusi pondok di negara ini.

Iltizam kuat kerajaan itu, mula terserlah, apabila YAB. Perdana Menteri sendiri mencetuskan idea dan meluahkan hasrat beliau mahu melihat Yayasan Pondok ditubuhkan. 

Datuk Seri Nahib turut mencadangkan agar pengurusan yayasan itu nanti dapat menyalurkan bantuan kewangan, menyediakan segala keperluan dan juga bantuan biasiswa kepada pelajar 'pondok' yang cemerlang dan mungkin menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Dato’ Dr Mashitah bersama YAB. Perdana Menteri ketika pelancaran logo YPP1M
Justeru itu Dato’ Dr Mashitah Ibrahim seterusnya mengambil inisiatif menubuhkan  Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan pada 1 Ogos 2012.

Dato’ Sri Mohd Najib sebagai Penaung YPPM, manakala Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM. Namun begitu, YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menjaganya.


Dan pada 8 November 2012, Majlis Pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia oleh Perdana Menteri disempurnakan. Kehadiran lebih 4,000 orang, termasuk kira-kira 1,000 warga pondok seluruh negara melebihi jangkaan.

Majlis Pelancaran YPP1M membabitkan logo dan website www.pondok1msia.org.my serta sebuah direktori Pondok-Pondok Di Malaysia, yang mungkin satu-satunya di dunia itu turut melibatkan 200 tok guru dan mudir pondok berserta ratusan pelajar pondok dan sekolah tahfiz seluruh negara.
Logo Rasmi Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Direktori setebal 240 halaman ini memuatkan gambar dan maklumat asas mengenai semua pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri negeri masing-masing.

Acara kemuncak ialah pemberian Anugerah Tokoh Pondok 2012 . Anugerah julung kali diberi ini disempurnakan Perdana Menteri sendiri, yang juga Penaung YPP1M. Kehadiran Perdana Menteri adalah bagi menghargai pengorbanan dan ketokohan mereka, sekali gus membuang persepsi bahawa warga pondok dipinggirkan atau adalah golongan kelas kedua.

Setiap tokoh yang diberi anugerah menerima wang tunai, Amanah Saham 1Malaysia, pakej umrah dan tiga set kitab'


Tidak ketinggalan, Perdana Menteri menyampaikan dana khas yang dipanggil Anugerah Kasih kepada 11 pondok bagi membantu pondok-pondok tersebut menyediakan kemudahan asas dan membaik pulih prasarana masing-masing.

Dalam bancian YPP1M terhadap 112 pondok seluruh negara pada Ogos-September lalu, didapati ada pondok yang berada dalam keadaan sangat sederhana dan dha’if, dan sangat memerlukan bantuan.

Dengan tertubuhnya YPP1M, terbukalah lembaran baru dalam sejarah pendidikan Islam, khususnya pengajian pondok di negara kita.

Warga pondok seluruh negara seharusnya menyambut baik kehadiran YPP1M yang bertujuan memelihara, membela dan memperkasakan satu institusi yang telah lama berjasa.

Selanjutnya saksikan sedutan rakaman video Majlis Ramah Mesra Warga Sekolah Pondok dan Pelancaran Yayasan 
Pembangunan Pondok 1Malaysia pada  8 November 2012, lalu.



Tujuan utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama selain mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

Penubuhan dengan bermatlamatkan aspek keagamaan, pendidikan, sosial dan kebajikan selain daripada bersifat terbuka dilihat sesuai dengan peranan serta usaha penubuhan YPPM dalam membantu negara meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok serta tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Pihak yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. 

Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya.

yayasan-pondok-najib


Dalam satu resolusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Pondok 1Malaysia cawangan Kedah selain dari memuji pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengangkat dan memartabatkan institusi pondok di Malaysia. Antara lain meminta kerajaan mengiktiraf dan mendaulatkan sistem pengajian pondok, mengiktiraf sijilnya setaraf dengan pusat pengajian yang diiktiraf dan untuk menzahir komitmen guru pondok seluruh negara bagi memelihara akidah umat Islam berteraskan Sunnah Wal-Jamaah dan hal agama tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak. 


Melihat usaha pihak kerajaan ini, seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak bagi memastikan kesepaduan dan kelestarian institusi pondok. Institusi pondok adalah institusi pengajian Islam tertua di Malaysia dan berperanan besar dalam usaha pengukuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejak zaman Tanah Melayu. Ia juga berperanan sebagai antara benteng bagi mempertahankan kedaulatan Islam sehingga kini.

Bagaimanapun, sebagai individu yang turut diberi amanah dalam menjaga YPP1M, Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin berkata, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang agama mereka.


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.