#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 March 2015

YPPM-KUIN Terajui Pusat Kajian Pondok


Pelancaran dan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Kajian Pondok (PKP) antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Kedah, baru-baru ini.

Berlangsungnya majlis bersejarah tersebut, disempurnakan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung YPPM.


Tertubuhnya pusat kecemerlangan yang tentunya memberi tumpuan kepada penyelidikan yang terperinci dan menyeluruh dalam pelbagai aspek berkenaan institusi 'Pondok' serta sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara itu akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama.

Turut disaksikan Perdana Menteri, melalui MoU yang ditandatangani oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim (YPPM) manakala KUIN diwakili oleh Rektornya, Prof Datuk Dr. Mohd. Yusof Kassim telah membentuk persetujuan dimana pihak KUIN akan bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran dan kakitangan, kemudahan penyelidikan atau bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, bilik dewan serta sokongan logistik.


YPPM pula akan menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal serta logistik dan jaringan yang diperlukan bagi program yang akan dijalankan bersama kelak.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.


Dengan termeterainya MOU di antara YPPM dan KUIN ini, maka terbentuk selangkah lagi kejayaan dalam usaha menaikkan martabat warga 'Pondok' di negara ini.

Bukan hanya penyelidikan terperinci berkaitan institusi 'Pondok' serta kajian terhadap tokoh-tokoh 'Pondok' tempatan yang telah banyak berjasa akan ditumpukan. Namun skop PKP turut meliputi sistem pengajian sama di negara-negara Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah. 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.