"Hari ini kita menyambut ulang tahun MCA. Kita perlu membina semula kecemerlangan dengan menentukan tindakan, dedikasi kepada parti, Menjadi satu pihak yang boleh memberi atau menawarkan kecemerlangan dan kekuatan kepada parti itu adalah hadiah yang paling berharga untuk parti dan kita", kata Dato' Sri Liow dihadapan lebih 2,500 anggota MCA yang menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu yang bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme."
Melalui perlaksanaan transformasi yang terperinci dengan sikap kepimpinan yang mahu memperbaiki diri serta mengurangkan jurang antara mereka dan pengundi, Beliau meletakkan keyakinan dan kepercayaan tinggi terhadap MCA yang pastinya berupaya bangkit semula.
Bersama kemajuan besar dicapai pada 11 bidang yang menjadi tumpuan MCA sejak kepimpinan parti baru mengambil alih jawatan, antara bukti MCA semakin teguh, kata beliau.
"Bidang-bidangnya ialah pemantapan senarai anggota, pembaharuan terhadap pemilihan parti, mekanisme pemilihan calon, penubuhan bilik tempur tetap pilihan raya, mengkaji dan menyusun semula peristiwa bersejarah parti, pembaharuan terhadap latihan untuk kader, latihan mengenai mekanisme latihan, bidang tinjauan pendapat, mendekati golongan muda, menyemai semangat kesukarelaan dalam tugas kepartian, melaksanakan pembaharuan terhadap urusan publisiti dan publisiti siber serta meletakkan kembali MCA pada kedudukan kukuh dalam Barisan Nasional (BN) dan kerajaan", tambahnya.
Menurut Dato' Sri Liow, MCA giat berusaha untuk melakukan transformsi terhadap Kampung Baharu berikutan penduduknya yang semakin berusia lanjut dan berkurangan. MCA juga akan berusaha membantu usahawan kecil dan sederhana untuk memperbaiki nasib mereka, termasuk membantu mereka meneroka ke luar negara.
Beliau juga telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Promosi Perdagangan Luar Malaysia-China, yang akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai langkah usaha menyatukan dan menggembleng semua perusahaan kecil dan sederhana (SME) melalui bantuan politik bagi memanfaatkan kekuatan syarikat berkaitan kerajaan yng bertaraf gergasi di rantau ini seperti Petronas dan Felda Global Venture untuk meneroka pasaran besar yang terdapat di China.
Sehubungan dengan tema yang dibawa, beliau sebagai Presiden MCA turut menyatakan tentang pendirian parti itu yang menyokong kesederhanaan sepertimana gesaan pengasasnya dan menegaskan bahawa MCA tidak akan bertolak ansur dengan pelampau agama.
"Dalam usaha untuk menggalakkan kesederhanaan, kita sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebangkitan pelampau agama", tegas beliau.
"Kesederhanaan adalah amat penting untuk negara kita dan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu... Malah, presiden MCA pertama, (mendiang) Tun Tan Cheng Lock menekankan mengenai kepentingan bersederhana dan keperluan untuk menolak ekstremisme," katanya lagi.
"Dalam usaha untuk menggalakkan kesederhanaan, kita sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebangkitan pelampau agama", tegas beliau.
"Kesederhanaan adalah amat penting untuk negara kita dan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu... Malah, presiden MCA pertama, (mendiang) Tun Tan Cheng Lock menekankan mengenai kepentingan bersederhana dan keperluan untuk menolak ekstremisme," katanya lagi.
Dato' Sri Liow juga menyeru kepada 1 juta ahli MCA yang ada, supaya kembali pada sejarah dan seharusnya memuji Tun Tan Cheng Lock terhadap pandangan jauh beliau bahawa MCA mesti mengejar kesederhanaan walaupun berkali-kali pihak pembangkang mencemarkan nama, mencerca dan mengkhianati MCA, agar orang akan tetap suka pada MCA.
0 comments:
Post a Comment