#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 March 2015

DAPvsPAS: “Kalau nak putus biar putus habis..." - Wee Ka Siong


Bak kata pepatah "Bagaikan Retak Menanti Belah". Itulah ungkapan yang sesuai dapat MP perkatakan terhadap kekalutan yang di persembahkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti DAP kepada rakan sekutunya parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

Berlakunya situasi sebegini, tentu sekali telah menyedarkan lebih ramai lagi pengikut terutama bagi golongan muda ataupun yang masih mentah dalam menyertai politik PAS yang sekian lama tidur sebantal dengan DAP.

Pergolakkan antara DAP dan PAS di lihat semakin keliru dengan kenyataan terkini dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi DAP dan telah membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan Hadi kerana mengkhianati persetujuan dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan dilihat semakin meruncing apabila Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.

Pada masa yang sama, kini DAP hilang kepercayaan kepada PAS setelah melihat tindakkan PAS bersama 12 Adun Umno menyatakan sokongan sebulat suara terhadap pembentangan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) negeri Kelantan yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 19 Mac 2015

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan kelmarin meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas kesemua 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.



Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong turut menyatakan pendapat beliau dan menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan hanya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukannya PAS keseluruhannya adalah pelik, aneh dan ganjil.

Menurut Ka Siong. keputusan untuk melaksanakan hudud adalah keputusan parti, bukan keputusan Presiden PAS itu seorang.

“Hudud itu adalah pendirian parti PAS, bukan pendirian presiden sahaja, Ia bukan satu perkara yang boleh buat secara cincai, tak boleh dijadikan perkara remeh temeh,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Tambahnya lagi, seharusnya DAP memutuskan hubungan seluruhnya dengan PAS sekiranya parti itu benar-benar tidak mahu ada hubung kait dengan parti PAS dalam sebarang urusan.

“Kalau nak putus biar putus habis, jangan putus dengan seorang.

“Sebab Saya nampak tak logik kalau dia putus hubungan dengan seorang pemimpin tapi bukan dengan parti,” tambahnya.


Jelas Ka Siong, hudud telah dibangkitkan oleh PAS pada 1993, sepatutnya DAP sudah sedia maklum tentang pendirian PAS yang memang tidak pernah berubah sejak penubuhannya.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.