GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 April 2015

#PRKRompin : Pembangkang Asyik Menipu Warga Felda


Bengong! Akibat terlalu banyak termakan dakyah pembangkang...
Pakatan pembangkang terutama Pas sejak dahulu lagi sering melemparkan kritikan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam isu berkaitan Felda. Sehinggakan kebajikan yang dilakukan kerajaan untuk para peneroka juga diputar belit.

Ketika Felda ditubuhkan, Pas mencanangkan bahawa peneroka tidak akan mendapat surat hak milik tanah. Apa yang berlaku sehingga kini seramai 89,196 daripada 119, 635 peneroka asal di 317 tanah rancangan seluruh negara menerima geran masing-masing.


Antara yang terbaru, hampir ke seluruh rancangan Felda Pas mengheret kempennya konon hendak selamatkan Felda dengan membabitkan isu saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang mengalami kejatuhan pada masa kini.

Peneroka Felda dimomokkan dengan isu-isu turun naik yang berlaku dalam pasaran saham tersebut. Sedangkan adalah perkara turun naiknya pasaran saham sesuatu yang biasa berlaku. Namun, apa yang penting sebaliknya peneroka tidak rugi kerana tanah mereka tidak langsung terlibat.

Terkini, tak cukup denga menghasud peneroka, mereka cuba pula meracuni fikiran generasi baru FELDA dengan melalui isu Perumahan Generasi Baru FELDA yang sedang dibangunkan. Macam-macam tuduhan, kononnya Felda gagal sepertimana yang dijanjikan.. Itu lah, ini lah... (KLIKSINI)



Mereka puak-puak pembangkang Felda ni tak pernah serik. ( KLIKSINI )


Bercakap tentang hajat Pas terhadap Peneroka Felda, Pas seharusnya pergi selamatkan ladang rakyat di Kelantan sebelum menyebarkan dakyah tidak benar dengan alasan untuk selamatkan Felda.

Tengok apa yang terjadi dengan Ladang Rakyat yang dibangga-banggakan itu?


Habis balak-balak digondolkan, haram satu pucuk pokok dan ladang pun tak kelihatan.

Hujung tahun lalu orang Felda dapat bonus. Ladang Rakyat pulak dapat apa? Akhirnya banjir lumpur yang melanda dek kerana banyak hutan-hutan yang digondolkan. Rakyat derita tapi pemimpin pembangkang sembang lebih kononnya Tanah Felda perlu diselamatkan...

Nak selamatkan dari apa??? Cuba cerita sikit dengan fakta! 




Ada kalangan pemimpin pembangkang terutama PAS adalah berasal dari anak-anak orang Felda. Ntah tak tahulah mengapa... Mungkin agaknya salah didikan atau dah memang jenis kufur nikmat maka segala nikmat yang diperolehi menjadikan mereka tetap kufur...

Kononnya Felda tak bawa apa-apa kebaikan pun. Mereka cakap mereka berjaya pun sebab usaha mereka sendiri. Bukan sebab bantuan Felda. Terpulang korang lah!



Dalam kempen, punyalah semangat memburuk-burukkan Felda, dengan hajat mahukan sokongan serta undi dari warga Felda... Bawak pulak bekas Pengarah KPF yang kononnya individu yang mengetahui segala selok belok Felda.

Weiii, itu bukan pakar selok belok Felda! Kaki 'selok' Felda adalah!!! Hampir 30 juta wang Felda lesap dikerjakannya weiii.... Lupa ka!!! ( KLIKSINI )

Samalah juga peneroka-peneroka yang bertindak menfailkan saman ke atas Felda kerana kebulurkan duit saman isu kadar gred perahan sawit... Hujung-hujung peneroka terbabit dan keluarga mereka dihalang mengambil segala bonus FGV, duit raya tahunan...


Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Gelak besar nampak!

Padan muka tak dapat habuan, orang lain merasa korang tengok saja.

Tu duit berkepuk-kepuk kononnya akan menang saman yang dijanjikan peguam-peguam keling PKR; Latipah Koya, R.Sivarasa dan N. Surendran bila nak dapat?

3 tahun saman difailkan, yuran bulanan tetap jalan, kos mahkamah, kos pengangkutan, kos dokumen semua dikira dek loyar-loyar musibat... Mana-mana peneroka yang nak tarik balik saman kena bayar denda RM5,000 pada loyar-loyar musibat...tengok sapa yang bodoh terjerat sekarang? (KLIKSINI)



Kepada PAS yang hanya tahu menghasut dan melonggokkan mereka berhimpun untuk merusuh dalam himpunan haram Kuning, Hijau, Oren, Hitam sebelum ini, cukup-cukup laa...

Adakah itu nak dikira sebagai jasa-jasa PAS pada umat dan rakyat di Rompin yang perlu dikenang?

Melonggokkan peneroka dan generasi mereka yang jumud dijalanan untuk perjuangan yang tak pasti dan sonsang dari syariat. Sambil kumpul sambil tipu sambil kaut sedekah... Pastu ntah duit lesap ke mana?

Fikir-fikirkan laaa.. Jangan ingat Felda duduk diam tak akan lawan mempertahankan hak mereka?... Jadilah cerdik sikit, jangan dok asyik kena tipu memanjang dek pembangkang jer.

Kali ini, undilah BN. Moh ramai-ramai tolak PR @ Penipu Rakyat!


29 April 2015

#PRKRompin : Kenapa pilih dan undi calon BN Datuk Hasan Arifin?


Pucuk pimpinan parti BN-UMNO telah memutuskan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang itu adalah individu paling sesuai dan cukup layak untuk mewakili BN dan calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini memandangkan Datuk Hasan Arifin dilihat seorang yang penuh didikasi dan berpengalaman dalam urusan dan pentadbiran parti dan kerajaan, sebelum ini.

Malah maklum balas dari kebanyakkan pengundi yang ditemui juga mendapati, majoritinya memang mahukan Datuk Hasan Arifin diangkat calon bertanding dan dipilih sebagai peganti bagi mengisi kekosongan kerusi Ahli Parlimen Rompin setelah kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis (1990 - 2015).akibat kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April, lalu.

Kenapa pilih Datuk Hasan Arifin dan BN?

Datuk Hasan merupakan seorang tokoh yang telah melalui pelbagai peringkat jawatan dalam UMNO, dan antara tanggungjawab dan jawatan tertinggi sebelum ini yang pernah disandang beliau di negeri Pahang ialah sebagai Timbalan Menteri.

Tidak timbul soal BN untuk tidak mahu memilih yang lain atau tidak ada calon yang lebih muda ataupun menolak calon baru untuk ditampilkan BN di PRK Rompin sepertimana tuduhan yang dilemparkan pihak PAS, baru-baru ini...

Namun pengalaman dan ketokohan yang ada pada Datuk Hasan disamping keperibadiannya yang senang memahami jiwa anak muda... Datuk Hasan juga dikatakan pilihan yang terbaik sebagai pengganti untuk meneruskan legasi kepimpinan cemerlang yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Tan Sri JJ) yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin sebelum ini.

Datuk Hasan antara individu yang paling dipercayai oleh Allahyarham TanSri JJ.Sepanjang Allahyarham menjadi Duta Besar di Amerika Syarikat, segala kerja parti Allahyarham dilaksanakan sepenuhnya oleh Datuk Hassan dan semua ahli-ahli UMNO serta komponen BN dengan cemerlang.

Legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri JJ di kawasan Rompin ini sangat besar dan sungguh baik serta 
cemerlang sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di kawasan ini.

Maka sudah sebaiknya orang Rompin memberi undi kepada BN dan calonnya pada PRK Rompin 5 Mei ini memberi kepercayaan terhadap Datuk Hasan dalam meneruskan kepimpinan terdahulu dan juga untuk menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh Arwah Tan Sri JJ sebelum ini.

Untuk apa dilupakan segala usaha yang telah banyak dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri JJ bersama BN Rompin dengan bantuan Datuk Hasan serta ahli jawatankuasanya selama hampir 6 penggal antaranya;

  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00
  • Membina hubungan erat Malaysia -US sepanjang 4 tahun menjadi TYT Duta Besar Malaysia di Washington
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.

Bukan sekadar itu, malah banyak yang boleh diceritakan tentang jasa BN-UMNO di Rompin di bawah Allahyarham Tan Sri JJ, sebenarnya.

Pandanglah sebaiknya... Adakah itu semua bukan kebaikan dan jihad membangunkan umat seperti mana ditohmahkan puak-puak jumud PAS?

Apakah itu semua duniawi dan rasuah pembangunan yang melekakan rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh puak-puak jumud PAS sepanjang kempen mereka di Rompin pada hari ini?

Baiknya, tak perlulah PAS dan jenteranya berkempen di Rompin kerana ia hanya akan menjadi penyebab dan punca perpecahan umat.

Ingat menabur fitnah, memaki hamun, memutar belit ayat-ayat suci untuk membela manusia songsang dan memecah belahkan umat itu haram dan berdosa besar hukumnya.

Insaflah wahai rakan-rakan PAS. Marilah bersama-sama BN-UMNO kita makmurkan lagi bumi Rompin agar anak cucu kita lebih selesa di sini.

Syukur pada nikmat Allah dan kenanglah segala jasa manusia yang membantu kita sebelum ini.

Tetapi apa yang boleh UMNO-BN nak katakan lagi... Bila PAS tetap dengan pendirian akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin pada 5 Mei, menolak saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menggesa parti Islam itu memberikan laluan agar Umno dan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakkan UMNO-BN memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka sebelum ini bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat.

Terpulang... Renung-renungkanlah wahai pengundi-pengundi PAS di Rompin.



28 April 2015

#PRKRompin : Jelas PAS tidak berakal bila mengundang Sarchu Sawal ke FELDA


Tindakkan PAS mengundang Datuk Sarchu Sawal, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF) berceramah di atas slogan 'Selamatkan Felda' itu dilihat sebagai tindakkan 'menepuk air didulang kemudian terpercik kena muka sendiri' parti itu.

Begitulah gelojohnya PAS untuk memenangi hati pengundi di rancangan-rancangan Felda sekitar Rompin.


Takkanlah PAS masih tidak mengenali Datuk Sarchu Sawal?

Lebih menarik lagi apabila Sarchu dalam ceramahnya menyeru warga FELDA untuk “selamatkan FELDA, selamatkan KPF dan undi PAS”. Kahkahkahhh!

Rasanya ada lebih baik Sarchu selamatkan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk hendak menyelamatkan organisasi gergasi orang Melayu, FELDA.

Ramai yang mempersoalkan kelayakan Sarchu untuk ‘selamatkan FELDA, selamatkan KPF’ sedangkan beliau masih dalam perbicaraan kesnya di SPRM dan dipecat.

Bagi warga FELDA disini, Sarchu dilihat sekadar menggunakan peluang berceramah atas pentas PAS hanyalah atas sebab dendamnya kepada FELDA dan KPF, bukan kerana hendak menyelamatkan FELDA dan KPF.

Sarchu turut mengatakan bahawa dia sudah lama menyertai PAS dan penyertaannya ke dalam PAS bukan untuk bertanding tetapi untuk membetulkan keadaan. Selain itu katanya, beliau punya tanggungjawab untuk membantu peneroka kerana FELDA telah kacau bilau.

Itu menurut kata Sarchu Sawal laaa...

Kalau menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lain pula ceritanya... Berikut disertakan laporan dari portal rasmi SPRM;





Bekas CEO, Pengarah KPFQ hadapi tuduhan CBT RM30 juta 

Dua orang bergelar “Datuk”, masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bekas pengarahnya, hari ini berhadapan dengan tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM30 juta.

Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook, masing-masing bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd dan pengarahnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.

Sarchu, 64, dan Tan, 59, dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sarchu didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat RM16,963,825 melalui 27 keping Penerimaan Jurubank di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini antara Ogos 2011 dan Februari 2012. Tan pula yang ketika itu anggota lembaga pengarah, didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dana RM13,164,955 melalui 20 keping Penerimaan Jurubank di tempat dan masa yang sama.

Hakim Rosbiahanin menetapkan wang jamin RM2 juta ke atas Sarchu dengan dua syarat tambahan iaitu dua penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan. Dalam pada itu, Tan pula diikat jamin RM1 juta dengan dua syarat tambahan yang sama.
Kes mereka akan disebut semula 13 September ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Sabtu mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kedua-dua tertuduh diwakili Harvinderjit Singh dan William Leong Jee Keen.

Awal Disember lalu, Tan bersama Ching Siew Cheong, 50, bekas Ketua Pegawai Operasi KPF Quality Foods didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen. 

Mereka dengan curangnya didakwa mendorong pegawai bank terbabit untuk memindahkan RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – SPRM


Nah... Nampak tak apa lagi yang PAS telah lakukan ni..? Warga FELDA tidak sebodoh yang dijangka oleh PAS sebenarnya, kerana mereka bijaklah maka impaknya PAS terpaksa membatalkan majlis penutup Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 semalam.

Jelas sekali pihak pembangkang ni cuba memperbodoh-bodohkan warga Felda dengan mengguna agenda peribadi Sarchu yang tentunya berdendam kepada FELDA.

Selamba mereka menperdengar kata-kata seorang individu yang tidak bermoral yang pernah terlibat dengan kes rasuah dan dipecat dihadapan warga FELDA.

Yang pastinya, bagi MP...

Warga FELDA tidak sebodoh PAS yang bertindak membawa pengkhianat FELDA untuk menyelamatkan FELDA itu sendiri.

Tentu sekali warga FELDA dalam Parlimen Rompin juga tidak perlukan individu yang tidak beretika seperti Sarchu dan parti seperti PAS yang sanggup memperbodohkan mereka untuk masuk campur urusan FELDA dan kehidupan mereka di FELDA.

Akai ada kaaa!

#PRKPermatangPauh : Sah Wan Azizah (PKR) hilang satu undi. #Vote4Suhaimi #UndiBN


Seperti sudah dijangka bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap terus mencalonkan Presiden parti itu sendiri merebut dan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Namun apa yang pasti, pencalonan ini boleh diibaratkan seolah-olah keluarga Anwar Ibrahim tidak mempercayai mana-mana orang termasuk kalangan ahli serta penyokong mereka sendiri. Tetapi dalam masa yang sama masih menagih sokongan pengundi Permatang Pauh.



Lebih kritikal juga beliau tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di DUN Kajang apabila beliau lebih selesa menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya. Lebih menyakitkan hati pengundinya di DUN ini, setelah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini, tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ada menyatakan dimana Permatang Pauh sebagai sebuah parlimen yang diabaikan ahli parlimennya sejak sekian lama dan hanya mengharapkan wakilnya sahaja untuk berada di kawasan berkenaan.

Jadi untuk apa PKR bertanding lagi? Mengharapkan undi rakyat, tapi tanggungjawab dan amanah yang diberikan pengundi tidak pernah dipenuhi.


Berita terbaru tentang Anwar di sana tu... Beliau dikhabarkan hilang kelayakkan untuk mengundi dimana-mana pilihan raya. Maka hilanglah satu undi untuk calon boneka PKR, Wan Azizah.

Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan telah memperincikan, seseorang akan hilang kelayakan untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri jika pada tarikh kelayakan itu, dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau orang yang sedang menjalani hukuman penjara.

Peruntukan undang-undang tersebut menurut pengamal undang-undang, Salim Bashir, terpakai terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.


#PilihBN #Vote4Suhaimi #UndiBN

#PRKPermatangPauh : Tumbangkan legasi Anwar. #UndiBN #PilihBN



UMNO Permatang Pauh membuktikan transformasi mereka kepada rakyat di sini dengan menampilkan calon baru. Calon tempatan berstatus orang muda menjadi pertaruhan untuk memenangi hati pengundi di PRK Permatang Pauh .

Perwatakan rendah diri dan suka membantu orang dan dilihat mmpu membuat kejutan kali ini seperti mana disebut Ketua Bahagian Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said bagi melakar sejarah baru menumbangkan legasi kerabat Anwar di Permatang Pauh.


Setiausaha UMNO Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin,43, diangkat sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Permatang Pauh di Pusat Gerakan BN, kelmarin.

Pencalonannya dimumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, Suhaimi yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu adalah calon terbaik dan disukai penduduk di Permatang Pauh.



Menurut Tan Sri, beliau yakin Suhaimi yang juga seorang ahli perniagaan itu mampu membawa suara Permatang Pauh di Parlimen.

Kata beliau lagi, dia juga yakin kemenangan BN di Permatang Pauh dengan sambutan yang diterimanya.

"Suhaimi bakal memikul tanggungjawab yang berat namun yakin beliau mampu memikulnya."tambahnya lagi.


#MP: Undi Suhaimi... Pilihlah Barisan Nasional!!!


26 April 2015

#PRKRompin - PAS Mula Hasud Generasi Ke-2 Felda


Tindakkan meraih sokongan serta undi dengan taktik 'politik kotor' sememangnya bukan suatu perkara pelik dalam amalan parti pembangkang tiap kali pilihanraya diadakan.

Sikap gemar menyebar fakta palsu serta memutarbelitkan sesuatu isu terus menjadi lagu wajib dan menjadi kebiasaan dalam kegioatan politik mereka.

Tanpa ada rasa malu dan bersalah memutar belit fakta hingga sanggup menabur fitnah dan tuduhan liar terhadap BN dan UMNO tiap kali berada dipentas ceramah mereka.

Persoalannya disini, adakah di benak pikiran mereka semua rakyat khususnya pengundi yang ada itu semuanya 'bodoh' atau sememangnya mereka sengaja ataupun suka memperbodoh-bodohkan?

Terkini, dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, baru-baru ini. Pihak pembangkang (PAS) sekali lagi bertindak menarik perhatian pengundi dengan membuat serangan terhadap BN mendakwa kerajaan pusat gagal menyediakan rumah generasi kedua melalui FELDA seperti yang telah dijanjikan.

Namun, serangan PAS itu segera dibidas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dengan mendakwa pembangkang sengaja menimbulkan kekeliruan mengenai isu rumah generasi kedua FELDA semata-mata bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRK Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei depan,

Tan Sri Isa bersama calon BN, Datuk Hasan Arifin bagi PRK Parlimen Rompin
pada majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti Keratong 10 hari ini.
- Foto BERNAMA
Dalam sidang media kelmarin, pada program Pecah Tanah Dewan di Keratong 10, Tan Sri Isa membuat penjelasan berkata, sebanyak 9,000 unit rumah untuk generasi kedua sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk dibina tetapi terpaksa dihentikan seketika kerana terdapat masalah berkaitan penjualan.

“Kita dah mula bina dan sebanyak 9,000 unit rumah dah diluluskan tapi kita berhentikan seketika. Kita mahu selesaikan cara penjualan rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakan konsep sewa beli terhadap rumah tersebut. Anak generasi kedua yang difikirkan sesuai akan duduk dan sewa dulu rumah tersebut. Selepas lima tahun sekiranya mereka mahu memilikinya, mereka boleh membelinya.

“Tetapi kalau dalam tempoh dua tahun mereka nak beli, kita akan jual ikut kemampuan mereka,” tambah Tan Sri Isa.

Tan Sri Isa samad berkata, FELDA terpaksa menggunakan konsep sewa beli kerana timbul kekangan dalam soal pembelian rumah apabila terdapat golongan muda yang berkemampuan tetapi tidak mempunyai penyata pendapatan.

“Kita guna konsep ini terlebih dahulu kerana kita difahamkan ramai yang berkemampuan untuk membeli tapi tak ada penyata gaji,” kata beliau.

Sebanyak 20,000 unit rumah yang disasarkan untuk dibina akan dimulakan tidak lama lagi. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam dua tiga bulan lagi, jelasnya.

"Kita juga sedang memohon pinjaman bank dan saya rasa ia tak ada masalah,” kata Tan Sri Isa.

Tindakkkan menyebarkan dakwaan tanpa usul periksa dan tidak berasas yang dllakukan PAS seperti sebelum ini (KLIKSINI), jelas menunjuk sifat sebenar PAS yang mana ianya tidak pernah kenal erti serik melakukan perkara serupa dengan membuat fitnah juga tuduhan melulu terhadap FELDA. 

Biarpun beberapa kali diheret kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman denda berjuta ringgit kerana bersalah, Sikap PAS masih lagi berada ditakuk yang sama,

#MP: Nah... Inikah sikap kepimpinan parti yang harus kita terima dan patut kita pilih untuk mentadbir Rompin? Susah, kalau dah menjadi sifat ni... 
Renung-renungkan lah..!

#PRKRompin : Maklum balas masyarakat Cina memberangsangkan - Wee Ka Siong


MCA sedar mereka terpaksa menghadapi musuh utama mereka iaitu Dap, namun ada beberapa isu yang boleh mereka mainkan untuk menarik sokongan kaum cina. Tambahan pula, di Permatang Pauh, Dap tidak memainkan peranan untuk membela rakyat, mungkin mereka beranggapan kawasan tersebut bukan kawasan mereka.

Di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam kawasan itu. MCA tetap berkerja keras menjalankan kempen bagi memastoikan kemenangan BN disana. 

Tanggungjawab itu tidak akan dilepaskan begitu saja kerana bagi MCA undi mereka juga menjadi diantara faktor penentu bagi kemenangan BN pada PRK kali ini.

Namun begitu, hasil daripada memberi maklum balas dari masyarakat Cina di Rompin amat memberangsangkan khususnya penerimaan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Hasan sememangnya dikenali oleh masyarakat Cina dan dianggap mudah didampingi serta mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Calon ini masyarakat Cina sudah kenal dan merupakan satu aset dan kelebihan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas menyertai acara Jom Sihat peringkat daerah Rompin di sini, hari ini.

Presiden dan Timbalan Presiden MCA bertemu dan mendengar maklum
balas masyarakat Rompin terhadap BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil 5 Mei ini. 
Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun berkata MCA tidak akan leka dengan sokongan diterima daripada masyarakat Cina pada ketika ini, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih kuat bagi meraih sokongan terutama di kawasan bandar.

“Kita mahu memastikan peti daerah mengundi di kawasan bandar di mana dahulunya kita tewas, kita menang, ini sasaran kita,” katanya.

Dalam pada itu, Wee berkata MCA mengambil maklum isu dan keperluan yang dibangkitkan masyarakat Cina untuk tindakan kerajaan BN.

Katanya antara keperluan itu termasuk menambah baik infrastruktur di kawasan muara Tanjung Gemok bagi kemudahan nelayan serta menarik lebih ramai pelancong.

Selain itu, katanya, MCA memberi penerangan terperinci berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat Cina di sekitar kawasan parlimen itu.

“Kita akan menggunakan pendekatan pragmatik dengan menjawab satu persatu perkara yang dibangkitkan, dan jika calon BN dipilih, saya rasa kita tidak ada masalah melaksanakan permintaan-permintaan penduduk,” katanya.


25 April 2015

#PRKRompin : Hasan Arifin bukannya nama asing - Penduduk Rompin.


DATUK HAJI HASAN ARIFIN (kliksini), anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong, bukan nama asing dalam kalangan penduduk Parlimen Rompin, kerana pernah menjadi wakil rakyat negeri (BN – Tioman, dan, BN – Ibam), selama empat (4) penggal bermula 1990.

Keperibadian Hasan berumur 62 tahun, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.

Bagi suri rumah Hamidah Hasan, 58, beliau tidak pernah menyangka seorang Adun boleh bersifat begitu santai dan tidak mengharapkan layanan istimewa semasa ‘membuat kunjungan mengejut’ di rumahnya di Desa Melor, dekat sini bagi menghadiri satu kenduri suatu ketika dulu.

“Beliau makan bersama tetamu lain. Semasa kenduri juga ramai tetamu mengambil peluang mengajukan masalah yang dihadapi. Beliau tetap melayan mereka walaupun semasa itu sedang makan,” katanya semasa ditemui media selepas majlis pengumuman calon BN dan penyerahan watikah untuk PRK Rompin di sini, kelmarin.



Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 1,000 orang ramai termasuk anggota Puteri, Wanita, Pemuda dan parti komponen BN.

Perkara itu diakui juga Rosehabibah Abu, 48, dari Desa Dahlia di sini, yang menyifatkan Hasan sebagai ‘wakil rakyat sejati’ kerana tetap meneruskan khidmat membantu masyarakat walaupun tidak menjawat sebarang jawatan.

Hasan tidak ‘lokek’ untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri apabila dihampiri oleh penduduk kampung, khususnya jika tujuan wang itu adalah untuk persekolahan anak atau bayaran perubatan, katanya.

Bagi Orang Asli Sewan Ahmad, 71, beliau berkata Hasan bukan orang asing dalam masyarakat Orang Asli dan sifat murah hati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terhadap masyarakat Orang Asli, pasti akan diteruskan oleh Hasan.

“Kami sedar tidak semua orang boleh ‘masuk’ dengan masyarakat kami. Sebab itu, apabila kami mendapat seorang pemimpin yang baik, kami akan setia. Sudah pasti pilihan kepimpinan parti adalah individu yang setanding dengan Jamaluddin,” katanya.

Bagi Asiah Bogi, 47, Orang Asli dari Kampung Kedaik Asal, dekat sini berkata beliau sudah lama mengenali Hasan dan menyenangi peribadi beliau, menyebabkan beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kemenangan atas faktor ‘pemilihan calon yang tepat’.

Bagi Molhd Redzuan Mahayadi, 32, dari Felda Keratong 2 di sini, beliau telah lama mendengar nama Hasan disebut-sebut, walaupun ketika itu beliau masih bersekolah.

“Jika nama disebut, sudah pastilah orang itu mendapat tempat yang istimewa di hati dan telah berbudi, sehingga masyarakat tidak boleh melupakannya,” katanya.

Dato’ Hasan Arifin bersalaman dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad 
Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin pada 5 Mei nanti, pertembungan satu lawan satu dimana menemukan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Hasan Arifin dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad yang mula bergiat dalam dunia politik pada tahun 2005 apabila dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Rompin.

24 April 2015

#PRKRompin : Pembangkang gasak GST dalam kempen PRK.


Sehingga kini ada peruncit menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang termasuk barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai itu.

Hal ini turut diperbesar-besarkan pihak pembangkang dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagi mengulas tindakan PAS yang menjadikan GST sebagai isu dalam kempen PRK Parlimen Rompin itu perkara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, punca harga barang naik mendadak bukan kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa pembangkang tetapi angkara sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang atas alasan pelaksanaan cukai itu.

Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata rakyat Malaysia harus memahami dahulu GST supaya tidak tertipu dengan hasutan pembangkang yang menggunakan isu cukai itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin
.

Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkempen di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 3%
daripada jumlah pengundi Parlimen Rompin, namun undi mereka menjadi 
faktor penentu PRK kali ini. 

"Peruncit yang ambil kesempatan GST (GST) ini dan bukan cukai itu menjadi punca sebenar harga kenaikan barang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengundi PRK Rompin di Bilik Gerakan MCA Rompin di sini, semalam.

PRK Rompin yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

Pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam Parlimen Rompin.



23 April 2015

#PRKRompin - Elakkan perpecahan, bersemangat serta sedia bertempur untuk menang - @HishammuddinH20


Pemimpin Umno khususnya jentera parti diingatkan agar pastikan parti terus teguh dan elakkan perpecahan, bersemangat serta sentiasa bersedia bagi menjanjikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Rompin, pada 5 Mei akan datang.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan, kemenangan BN di PRK Rompin ini amat penting bagi membersihkan maruah parti yang terjejas akibat dikritik segelintir pihak sejak akhir-akhir ini.

“Ianya tidak kira Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan atau Menteri Besar mesti pikul tanggungjawab masing-masing agar memastikan parti tidak berpecah,” tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selaku Penyelaras Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Kita dilempar dengan pelbagai tohmahan. Ada pihak memperlekehkan parti dan cuba untuk menidakkan kejayaan kita," katanya.

“Kita boleh jadikan Rompin sebagai contoh selain pemangkin bagi calon BN di Permatang Pauh, semua jentera mesti bersemangat dan bersedia untuk bertempur dan ini boleh menjanjikan kemenangan kepada BN seterusnya kita akan bawa kemenangan ini ke Permatang Pauh,” kata beliau yang juga sebagai Naib Presiden UMNO.

Jelas DS Hishammuddin, walaupun Umno diuji dengan pelbagai tohmahan, setiap pemimpin dan ahli parti itu harus berusaha untuk terus membuktikan kepada dunia bahawa Umno akan mempertahankan kejayaan di Rompin.

"Saya anggap ini (PRK) sebagai satu ujian kerana saya rapat dengan JJ (Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis)... Jadi saya berharap calon kita, Datuk Hasan Ariffin akan menang dengan majoriti lebih besar," katanya.

Dalam pada itu, untuk membantu BN untuk meraih undi lebih 33,000 pengundi... DS Hishammuddin mengerahkan jentera Puteri UMNO menjadi tulang belakang. 

Seramai 1,997 pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali akan dikenalpasti oleh jentera Puteri UMNO Pahang sebagai pendekatan utama bagi memastikan kemenangan terus menjadi milik BN dalam PRK Parlimen Rompin itu nanti, kata DS Hishammudin Tun Hussein ketika berucap di hadapan kira-kira 500 ahli Puteri dalam pelancaran jentera pergerakan Puteri UMNO di Rompin, semalam.

20 April 2015

#PRKRompin : Tolak pandangan negatif yang dilemparkan pembangkang - DS Hishammudin




Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan Hassan sebagai calon sudah dijangka kerana mendakwa BN sukar untuk memberi ruang kepada pelapis dalam parti tersebut .

Ia berikutan Barisan Nasional (BN) menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62, sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini.

Walau bagaimana pun, kenyataan tersebut telah dibidas oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila ditanya wartawan pada sidang media selepas menghadiri Hari Terbuka Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Putrajaya, semalam.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga sebagaI Pengarah Jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin itu berkata, apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan, bukan mengambil kira dengan pandangan negatif yang dilemparkan oleh pembangkang.

"Apa lagi yang dia boleh cakap, yang penting keputusan telah dibuat siapa calon kita." tambah beliau.

“Dan tugas kita adalah nak mempastikan calon kita menang dengan majoriti yang lebih besar dan saya dah diminta untuk membantu Timbalan Perdana Menteri untuk membantu Menteri Besar Pahang dimana kita akan berkampung di sana mulai Selasa ini dan kita gerakkan kempen sebaik mungkin,” katanya lagi.




Pengumuman Datuk Hasan Arifin menjadi calon BN pada PRK Rompin akan datang berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah Utama PRK Parlimen Rompin pada 18 April lalu.

Untuk lihat latar belakang calon sila #KLIKSINI 

Modul baru PLKN 2.0 tentu lebih mantap dan mesra rakyat - Datuk Noor Ehsanuddin



Tercetusnya idea melibatkan seramai mungkin suara rakyat bagi membentuk Modul baru PLKN 2.0 melalui Makmal Transformasi PLKN yang dianjurkan 27 Mac lalu, tentunya lebih mantap dan mesra rakyat.

Ia diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklum balas dalam mentransformasikan PLKN tersebut, sebuah laman portal telah dibangunkan dan boleh layarinya di www.transformasi.khidmatnegara.gov.my yang akan dibuka sehingga 26 April ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara,
YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.

Datuk Ehsanuddin sebelum ini menegaskan penambahbaikkan modul PLKN itu hendaklah mengikut kesesuaian semasa. Dimana hasilnya nanti, para pelatih akan memperolehi sijil selain pakej lengkap dengan ilmu kemahiran serta vokasional sepanjang sesi latihan.

Penambahbaikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui Modul baru PLKN 2.0 itu akan membabitkan elemen kemahiran, teknikal dan vokasional kepada semua pelatih sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan sekiranya mereka tidak melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej, selepas itu.

Penangguhan kemasukan pelatih PLKN sejak Januari lalu dilakukan adalah bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul sedia ada kepada satu modul yang lebih mesra tentang masa depan pelatih..

Datuk Seri Hishammuddin Hussein diiringi Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin
ketika berucap di Program Hari Terbuka Transformasi PLKN
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adanya elemen kemahiran itu, tentunya menjadi nilai tambah kepada pelatih untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan dan selepas tamat latihan bersama kemahiran serta sijil yang mereka perolehi.

“Paling penting sijil baru yang dikeluarkan ini ditambah nilai serta memenuhi kehendak pasaran. Jadi, tiada alasan untuk tidak menerima mereka bekerja di syarikat swasta masing-masing,” katanya pada sidang media sempena Hari Terbuka Transformasi PLKN di IOI City Mall, di sini, semalam.


Program Hari Terbuka Transformasi PLKN tersebut, di anjurkan sendiri Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan kerjasama PEMANDU dari Jabatan Perdana Menteri. Program itu merupakan kesinambungan selepas tamatnya Makmal Transformasi PLKN yang telah berakhir 27 Mac lalu

Penganjuran ini diadakan bertujuan membolehkan hasil dapatan makmal dikongsi bersama rakyat dan membuka ruang serta peluang untuk orang ramai memberikan maklum balas, input serta idea terhadap perancangan transformasi PLKN sebelum ianya dilaksanakan dan sekaligus dijadikan dasar kerajaan yang baharu


Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin berkata, sebanyak 23 daripada 50 inisiatif yang dicadangkan melalui Makmal Transformasi PLKN dibentangkan ke Kabinet pada minggu lalu dan beliau turut minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11, nanti.

#PRKPermatangPauh : MCA "all out" bantu kemenangan BN


Penglibatan aktif MCA bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh kali ini, membuktikan keutuhan semangat kerjasama yang padu yang ditunjukkan pemimpin serta ahli-ahlinya.

Tidak seperti apa yang berlaku di dalam parti pembangkang. Majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh yang diadakan beberapa hari lalu sepi tanpa kelibat orang kuat PAS dalam PR iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Jauh sekali untuk melihat kelibat Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang, yang terang-terang ditolak untuk bekerjasama bersama dengan parti DAP

Apa yang berlaku pada ketika ini, pergolakan dalaman PAS dan PKR serta DAP di Pulau Pinang semakin parah.

Upacara Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh
Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyempurnakan upacara Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh, semalam. MCA telah bekerja keras di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. 

 

Tidak ketinggalan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA turut hadir ke Permatang Pauh untuk memantau persiapan MCA membantu calon Barisan Nasional (BN) di dalam menghadapi PRK Permatag Pauh. MCA telah bertekad untuk "all out" untuk memenangkan calon BN di dlam PRK tersebut.


19 April 2015

BANJIR KELANTAN: Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mulakan Operasi - SPAD


Bencana banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia penghujung tahun lalu merupakan banjir paling dahsyat pernah dialami oleh negara dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah berbilion ringgit. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian paling besar (KLIKSINI) akibat kerosakan teruk pada infrastruktur mereka akibat banjir. Hampir semua laluan pantai timur terpaksa ditutup untuk tujuan pemulihan semula. 


ANTARA laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilanda
banjir di kawasan pantai timur baru-baru ini.
Apa tidaknya, stesen kereta api yang terjejas akibat banjir ada 10 buah kesemuanya, dan ada di antaranya yang turut roboh akibat arus air banjir yang sangat kuat. Banjir yang berarus kuat juga telah memusnahkan beberapa batang jambatan di jajaran Gua Musang-Dabong. 


Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan 


Perkhidmatan bas henti-henti melalui Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan operasinya bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Kini penduduk setempat boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang sedia ada bermula sejak 13 April, 2015 lalu.

Menurut SPAD melalui kenyataan medianya, Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong, pada 14 April lalu.


Baru-baru ini juga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat mengenai keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut dan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh ditambahbaik.
.

18 April 2015

#PRKRompin : LATAR BELAKANG CALON BN PRK ROMPIN



Datuk Haji Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini.


BIODATA

Tarikh Lahir   : 28/4/1953


Umur             : 62 Tahun




LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


1976 Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979 Management Course Asia Institute Of Management Manila


PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK


1976 Menjadi Ahli UMNO

1978 Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan

1984 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

1986 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin

1990-2004 Ketua Bahagian UMNO Rompin

1996-2004 Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1982-1986 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan

1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan

1990-2004 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan

1986-1995 Exco Kerajaan Negeri Pahang

1995-1999 Timbalan Menteri Besar Pahang


TUGASAN YANG PERNAH DI PIKUL

i) Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng Industrial Area

ii) Menarik Pelaburan Di Pahang

iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)

iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan


JAWATAN SEKARANG


i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin

ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang

iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan

iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.


PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999 Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)

Bertanggungjawab :

i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga

ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar

iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang

iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang

v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

1995-1988 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)

1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang.


PENGALAMAN PERINGKAT ANTARABANGSA & NGO


1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago


LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim

Anak Pertama  : Sudah Berumahtangga  ( Ahli Perniagaan )

Anak Kedua     : Sudah Berumahtangga  ( Head Of Communication Tune Talk )
 
Anak Ketiga     : Belum Berkahwin  ( Exsecutive Auditor Delloite )

Anak Keempat : Belum Berkahwin  ( IT Exsecutive )

JASA-JASA BELIAU 


Dalam usianya yang mencecah hampir 56 tahun, Hasan bukanlah calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi timbalan menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999. 

Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, antara peranannya yang menyerlah dan dikenang ialah menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng, antara nadi kegiatan ekonomi Pahang pada waktu ini. 

Hasan yang dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, juga antara orang penting yang memainkan peranan memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan. Bagi penduduk Rompin mahupun Pahang, Hasan dikenali melalui jasa dan sumbangan sejak menyertai Umno pada tahun 1976. 

 Bermula dengan menjadi ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan pada 1978, Hasan kemudian menjadi ketua pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin, memegang jawatan yang sama pada 1986. 

 Melihat kepada kredebiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui Umno Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan anggota Exco kerajaan negeri. 

Beliau juga pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan ahli Lembaga Pengarah Felda.




PRO RAKYAT JOHOR: Pencapaian 2014



#PRKPermatangPauh : MCA ikrar dapatkan sokongan pengundi Cina.


MCA berikrar akan mendapatkan balik sokongan pengundi kaum Cina di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang bulan depan, mengatakan kerajaan bagaimanapun harus segera mengatasi masalah yang timbul.

Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, antara cabaran dihadapi Barisan Nasional (BN) bagi memenangi PRK itu ialah berhubung penjelasan kepada rakyat mengenai beberapa perkara, terutamanya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kita akan bekerja kuat menarik balik sokongan daripada kaum Cina dan kita rasa ada satu perkembangan menggalakkan, tetapi cabarannya masih besar.

"Kerana, ada masalah, perkara dan isu semasa yang kita perlu jawab dan kita perlu beri penjelasan kepada pengundi," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan perlu cepat bertindak menangani isu semasa dan mengatasi masalah seperti wujudnya aktiviti penipuan di kalangan peniaga tidak bertanggungjawab.

"Adalah wajar kerajaan cepat ambil tindakan yang berkesan untuk hentikan tingkah laku yang tidak munasabah, termasuk kenaikan harga yang tidak munasabah, oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

"Saya rasa kita akan dapat meraih sedikit sebanyak (sokongan) kaum Cina, tetapi peratusan itu tidak pasti. Bagaimanapun, kita buat persediaan yang secukupnya dan jentera kita pun sudah bergerak," kata Chew kepada pemberita.

Pada masa yang sama, beliau berkata, parti tersebut akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada BN untuk membuat persediaan secukupnya bagi PRK Permatang Pauh yang ditetapkan pada 7 Mei.

"Bukan sahaja seluruh MCA dari Pulau Pinang akan bekerjasama, tetapi Majlis Tertinggi MCA, semua ahli juga, akan turun, termasuk presiden dan timbalan presiden," katanya.

PRK itu diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.